Pengikut-pengikut

Thursday, June 26, 2014

5 Perkara Sebelum 5 Perkara...

Lama juga tak mencoret dalam laman blog aku nie... tertarik dengan DOA pagi dan TAZKIRAH dari sahabat Nizam tentang 5 perkara sebelum 5 perkara...

Jadi kat sini dan hari ini aku nak berkongsi apa yang di maksudkan dengan 5 perkara sebelum 5 perkara itu... sama-sama kita mengamalkan dan saling menginagati 5 perkara tersebut... antaranya adalah...

  • Sihat sebelum sakit
  • Muda sebelum tua
  • Kaya sebelum miskin
  • Lapang sebelum sempit
  • Hidup sebelum mati

Ini antara 5 perkara tersebut... dan kat sini pulak aku nak kongsi apa yang dimaksudkan dengan 5 perkara tersebut...
  • Sihat sebelum sakit - Melakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri anda dan orang-orang disekeliling anda semasa anda masih sihat.
  • Muda sebelum tua - Waktu anda muda inilah saatnya anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban anda kepada Maha Pencipta, kelak bila anda tua anda tidak lagi memikirkan hal duniawi.
  • Kaya sebelum miskin - Waktu anda kaya berharta itulah anda boleh menolong orang yang lebih sudah daripada anda kerana sedekah yang ikhlas akan menjadi bekalan anda mengahadapNya nanti.
  • Lapang sebelum sempit - Waktu anda masih ada kelapangan inilah waku yang paling sesuai mendalami ilmu agama sebagai pedoman anda.
  • Hidup sebelum mati - Sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh anda lakukan. Bila anda telah tiada hanya amal soleh, sedekah jariah dan doa anak yang soleh mengiringi anda.

No comments:

Post a Comment