Pengikut-pengikut

Tuesday, February 16, 2016

Terima kasih Coach...

Bermula dari sukan SISEM Zon Utara di Kulim coach nie sempat mengajar sekali dua kepada pasukan... kemudian tahun lepas coach ni juga banyak bagi komitmen yang cukup hebat kepada semua pemain... coach ni penganti ketika coach Rajan tiada di mana mempunyai komitmen kepada Sungai Ara Fc tahun 2014 dan awal tahun ni coach Rajan mempunyai komitmen dengan Belia Penang...


Dengan ini pasukan JMTI soccer mengucapkan ribuan terima kasih yang teramat kepada Coach Bashkaran yang banyak memberi tunjuk ajar kepada pemain bagaimana untuk bermain... walaupun cukup tegas di padang... coach Baz banyak memberi semangat kepada pemain untuk terus maju dan berdisplin dalam bolasepak jika untuk berjaya...

Semoga coach Bash terus berjaya dalam kerjaya jurulatih bolasepak Pulau Pinang.... terima kasih coach... jasa mu dikenang....



JMTi Soccer Mengamuk di Permatang Rawa...

Tahun kedua pasukan JMTI soccer masuk Liga Bukit Mertajam Divisyen 3... kali ini di letakkan dalam group A....


Perlawanan pertama pasukan JMTI FC berlangsung dalam keadaan cuaca yang sangat baik... rata2 semangat pemain JMTI soccer dalam tahap yang tinggi dengan catatan perlawanan persahabatan sebanyak dua kali... dengan keputusan kalah tipis kepada pasukan UITM 5-4... dan menang tipis dengan kilang IOI dengan 1-0 saja...

JMTI soccer turun bersama coach Baz yang mengambil alih coach Rajan... walaupun mempunyai masalah kewangan pasukan JMTI soccer terus memberi komitmen kepada coach Baz sepanjang bulan Januari... Okay la aku nak cerita kemenangan pasukan JMTI ke atas Smart FC... memang pasukan nie di hormati kerana di bimbing oleh coach yang bukan calang-calang orangnya... coach Jelani...

Alhamdullillah pasukan JMTI FC berjaya menang perlawanan pertama dengan jaringan 5-0 dengan jaringan dari pemain-pemain berpengalaman bersama pasukan JMTI sejak dari tahun lepas... jaringan oleh Chong 1, Kiren 2, Yob 1 dan goal dari kapten marvelous JMTI Alip 1...

Di harap pasukan JMTI dapat mengekalkan rentak kemenangan untuk perlawanan seterusnya dan mencapai impian bergelar JUARA... insha Allah....