Pengikut-pengikut

Wednesday, May 23, 2012

Liga Super JMTI 1/2012 siri-1...

Salam... dah lama aku tak menulis blog aku nie... so malam nie ada masa lagi... aku nak cerita serba sedikit pasal Liga Super JMTI 1/2012... 

Setelah begitu lamanya JMTI tiada padang... tahun lepas siap padang untuk JMTI bermain bola... akhirnya dengan ada nya padang bola... pasukan JMTI mampu memberi saingan sukan ILJTM... dan mungkin disegani atau digeruni... gembira apabila TARGET pertama aku untuk sukan ILJTM pada tahun sudah hanya lepas peringkat KUMPULAN... akhir nya membuah hasil dengan kejayaan memenangi tempat ke-3....

Jadi tahun nie kalau ikutkan hati aku... aku malas nak amik PORT pasal bola nie... di sebabkan ada dua tiga budak lama bola... aku pun memberi nasihat dan cadangan LIGA BOLA SEPAK JMTI yang PERTAMA.... pada 15 Mei 2012 sepak mula Liga Super JMTI akhirnya.....

So hari nie aku nak cerita pasal format perlawanan... liga nie di ikutkan aku nak dibuat dalam awal semester dan di mainkan pada setiap hari bekerja... di sebabkan kesuntukan masa terpaksa la main dalam masa sebulan nie... setiap JABATAN dikehendaki menghantar 2 pasukan... perlawanan berlangsung dalam masa 30-5-30 minit.... setiap pasukan boleh mendapatkan khidmat STAFF minimum 2 orang setiap pasukan... permainan BOLA dengan aksi 11 sebelah.... untuk permulaan nie pengadil digunakan dikalangan pasukan dan pengajar... hadiah pertandingan juga menarik.... JUARA liga akan mendapat PIALA PUSINGAN, medal, sijil, wang tunai  ataupun hamper.... NAIB JUARA pulak akan membawa pulang medal, sijil, wang tunai ataupun hamper... KETIGA mendapat medal, sijil, wang tunai ataupun hamper.... KEEMPAT sijil, wang tunai atauapun hamper... manakala KELIMA sehingga KE-8 akan mendapat sijil dan hamper... terdapat jugak piala untuk PEMAIN TERBAIK LIGA, PENJARING TERBANYAK, PENJAGA GOL TERBAIK... 

Nak cerita bab perlawanan.. nanti aku cerita lagi... apa pun aku nak ZZZZZ dulu.. esok-esok la pulak aku cerita lepas nie... nak cerita nama-nama setiap pasukan dan gambar... nak ulas pasal perlawanan juga.... tungguu.... JANGAN LUPA IKUTI siri Liga Super JMTI 1/2012 dalam blog ABAHFIZAL

Sunday, May 6, 2012

Ustaz ooo ustaz...



Di mulakan dengan bismillah.... hari nie apa catatan yang aku nak tulis... dah lama agak nya aku mendiamkan diri aku dalam BLOG aku nie... dalam coretan kali ni aku nak cerita pasal USTAZ...


Kita perlu menambah ilmu pengetahuan dalam agama dengan mencari USTAZ yang sesuai ngan kita... cari la USTAZ yang betul-betul dapat mengubah kita.... zaman dan trend sekarang pelbagai USTAZ menjadi IDOLA anak-anak muda kita sekarang nie... bermula ngan Ustaz Akhil Hay... gaya yang santai..... ramai anak-anak muda mengikut... lepas tue trend sekarang nie ramai yang suka ngan Ustaz Azhar Idrus... boleh di katakan apa saja yang ada di YOUTUBE akan di SHARE di FACEBOOK....tambah-tambah ceramah dia.... satu lagi... Ustaz Kazim.... ustaz nie ada aura tersendiri... aku rasa aku mula seronok dengar ceramah-ceramah dari dia... sampai buat koleksi la gak... hehehe cuma tak SHARE kat FACEBOOK je.... teringin aku nak jumpa dia pun ada gak...

Siapa jugak yang anda suka mendengarnya... teruskan la mendengar... jangan hanya mendengar tak pandai mengikut apa yang di suruh lak... jangan hanya dengar saja.... buat la pratikal sekali.... tak kira la Ustaz Azhar ke... Ustaz Kazim ke... Ustaz Akhil ke... Ustaz Don ke... ustaz-ustaz lama atau pun dalam iman muda ke... sama-sama la kita ikut yang baik dan tinggalkan yang buruk...





Sama-sama la kita berkongsi dan terus berkongsi ilmu mahupun ilmu dunia atau pun akhirat.... mencari ilmu biar la sampai ke negeri CHINA....