Pengikut-pengikut

Wednesday, May 18, 2011

Keong Racun...

Salah SIAPA???

Dah tersepit baru la nak cari orang tolong... TOLONG! TOLONG! TOLONG! cam tue la gaya nya... hari nie mungkin hari dia mana la tahu esok lusa aku pun cam tue...

Nak kata orang jangan lebih-lebih.. karang kita yang terkena dek batang hidung...

Masuk pertandingan, tapi projek tak siap lagi... esok nak pergi dah... hari nie masih dalam proses... sebarang TROUBLESHOOT tak buat lagi... aku takut tak jadi je... cam mana aku nak SHOOT gambar... kalau mesin pun tak siap lagi... SALAH AKU ke.... sendiri mau ingat la... hehehe... malu la kalau projek kena BAMBU tak siap... malu kat team yang buat... malu kat jabatan... cam tue la gaya nya...

Di harap semua jangan nak menuding jari kat sesiapa... yang penting kerjasama tue yang penting... kalau tak boleh minta la tolong awal-awal... jangan last minit baru nak agih tugas... takut last-last TAK JADI je... "APA YANG PENTING? KERJASAMA" gaya WONDERPET...

Kesian gak tengok kekawan yang buat mesin nie.. tak pergi lagi dah macam-macam hal... pergi esok entah la apa lak yang tak kena... yang aku tahu esok sehingga Ahad nie aku jaga BOOTH je... nak tanya lebih-lebih minta maaf la...

Nak cerita kata aku OKAY... tak la.. aku nie pun kekadang lebih kurang je.... jalan pun kekadang senget gak...

Itu la pepatah ada kata nak AJAR ANAK KETAM JALAN LURUS... BAPAK KETAM PUN JALAN MENGIRING....

ITEX 2011 KLCC...

Invention, Innovation & Technology Exhibition : 20-22 Mei 2011 di KUALA LUMPUR CONVENTION CENTER...

ITEX 2011 di Kuala Lumpur adalah Invensi, Inovasi, Antarabangsa & Pameran Teknologi ke 22. Ini adalah pameran yang terkemuka di Asia memaparkan penemuan baru, teknologi dan produk - ciri penemuan terbaru dan inovasi oleh universiti, institusi penyelidikan, penemu individu dan sektor korporat.

Pelaburan KWSP ke Unit Amanah....

Kelayakan Pengeluaran Pelaburan Ahli
Mulai 1 November 2007, KWSP telah melaksanakan beberapa pembaharuan dalam SKIM KWSP secara berperingkat di bawah inisiatif strategik ’Bukan Hanya Simpanan’ seperti mana yang diperuntukkan  di bawah Akta KWSP 1991 (pindaan 2007).  Ini termasuklah  inisiatif untuk memperkenalkan Simpanan Asas bagi menentukan amaun yang layak dilaburkan oleh ahli daripada Akaun 1 di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli (PPA).


Definisi Simpanan Asas
Simpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM120,000 pada umur 55 tahun.  Ahli boleh melaburkan simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi simpanan asas dalam produk dan menerusi insititusi pelaburan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.

Syarat-syarat Yang Ditetapkan
  • Mulai 1 Februari 2008, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah PPA tidak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1.
  • Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan sekali dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.
  • Jumlah Simpanan Asas dan contoh pengiraan adalah seperti jadual dibawah.
  • Syarat-syarat am prosedur di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah.
Jumlah Simpanan Asas Dalam Akaun 1 


Contoh Pengiraan Kelayakan

Pembawa Mulut...

Kenapa, bila ada gosip atau sebaran fitnah je... orang akan cakap orang tak bekerja yang membawa nya... contoh nya suri rumah la... kenapa tak cakap orang yang bekerja yang suka membawa mulut lak...



Ada beberapa sebabnya... mungkin sebab orang nampak dia orang tak keje... jangan cepat menuding jari... sama je manusia nie... selagi ada MULUT... mesti akan MEMBAWA nya... tanpa sedar atau sedar... kekadang orang akan bercakap apa yang dia nampak dan lihat... kekadang orang akan menambah PERISA atas apa yang dilihat... konon nya nak BAGI SESEDAP RASA... bak kata orang selagi dia ada sifat PHD...



Aku nie bukan la pandai sangat nak berBLOG nie... karang taip silap orang kata KONTROVESI lak... KONTROVESI??? hehehe...



Ada satu permainan yang aku suka masa aku jadi Fasilator dalam MSK... permainan dia aku kurang ingat nama apa.. cara dia macam nie... kita bina satu kumpulan dulu.... buat satu garisan panjang... kita akan panggil peserta pertama datang ke depan... menghafal satu ayat panjang la... contoh... Pak Abu naik basikal ke kedai untuk membeli gula dan tiba di kedai Pak Abu lupa membawa wang... dan di hafal la peserta pertama tadi... habis masa lima minit kita akan memanggil peserta kedua... di beri masa dua minit bagi peserta pertama tadi memberi maklumat kepada peserta kedua diselangi gangguan dari pihak ketiga... setelah tamat masa dua minit peserta seterus nya akan mendapat maklumat dari peserta kedua tadi...



Peserta terakhir dalam kumpulan di kehendaki mencatat semula apakah maklumat yang di sampaikan oleh peserta yang memberi maklumat terakhir kepada nya...



Kalau dalam kumpulan tu ada peserta yang JUJUR dan AMANAH... jawapan ayat panjang tadi mungkin akan sama... jika ada YANG PEMBAWA MULUT atau BERMASALAH... mungkin jawapan ayat panjang tadi akan bertukar-tukar atau di TAMBAH-TAMBAH perisa nya... mungkin ayat tiba dikedai Pak Abu kemalangan kecil sehingga patah tangan dan kaki nya...



Kesimpulannya yang aku nampak la KITA SAMA SAHAJA... ADA KURANG NYA ADA LEBIH NYA... yang BAIK datang dari NYA... yang KURANG datang dari KITA sendiri... jangan nak TUDING JARI kepada sesiapa...

Kesian CUEPACS...

Tertarik dengan artikal yang di scan oleh rakan FB Mamu Aboy Rembau... mengenai geng pegawai kata CUEPACS hanya memperjuangkan hak GRED 1 sehingga 40 je... kesian CUEPACS...


Tak cukup ke... ish ish... rasa nya tak pernah di sisih pun gred 41 ke atas nie... apa yang GRED 1 hingga 40 dapat... GRED 41 pun dapat gak... dapat lebey lagi... ada ke GRED bawahan kisah... TAK PUN... sama-sama cukup la tue.... keja kekadang GRED bawahan yang buatkan... yang dapat nama GRED atasan... ADA KAMI KISAH...


Tak payah la nak bising-bising pasal benda semua nie...
JOM BACA TENGOK...


------------------------------------------------------------------------------------------------


CUEPACS hanya perjuang hak kakitangan rendah

2011/05/12

KENYATAAN Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman dalam akhbar ini pada 10 Mei lalu mengundang rasa kurang senang pegawai bergred 41 ke atas terhadap kesatuan itu mengenai cadangan tuntutan kenaikan elaun perumahan (ETP) gred 1 hingga 40 daripada RM180 kepada RM350, manakala elaun perumahan untuk gred 41 dan ke atas dikekalkan kerana sudah dianggap mencukupi.

Kami berpandangan cadangan CUEPACS tidak rasional dan tidak berdasarkan hakikat sebenar dan hanya mewakili kepentingan pihak tertentu saja. Setiap kali tuntutan dikemukakan CUEPACS hanya golongan tertentu seolah-olah ia berjuang untuk kepentingan kelompok itu saja dan selalu juga gred 41 tersisih dan tidak mendapat manfaat sewajarnya.
Ini sudah terbukti dalam kes pelarasan gaji antara 15 hingga 30 peratus pada 2005. Paling kurang mendapat manfaat adalah golongan dalam gred 41 yang sebelum pelarasan tangga gaji 41 adalah lebih tinggi daripada 27-32, namun sebaliknya selepas pelarasan.
Kami menyokong sepenuhnya cadangan itu seandainya ia memberi keadilan kepada semua. Tetapi apa yang berlaku jika diteliti secara mendalam apakah wajar cadangan yang cuba dibawa oleh oleh CUEPACS itu. Tidakkah CUEPACS sedar RM350 itu akan menjadikan elaun gred 1-40 lebih tinggi daripada pegawai mereka. Tidakkah Presiden CUEPACS tahu atau sedar bahawa bayaran ETP yang diterima kakitangan gred 41 hanya RM250.

Jika alasan CUEPACS kadar diterima gred 1-40 tidak mencukupi untuk menampung sewaan rumah kenapa tidak minta elaun sehingga RM500 hingga RM1,000 saja. Dalam soal tuntutan COLA, kami menyokong sepenuhnya kerana kos barangan dan perkhidmatan semakin meningkat.

Jika dikaji secara terperinci pendapatan sesetengah golongan gred 17 hingga 40 lebih tinggi daripada pendapatan pegawai gred 41-44, kerana selain gaji dan elaun, mereka boleh menambah pendapatan dengan tuntutan kerja lebih masa mencecah ribuan ringgit, sedangkan gred 41 dan ke atas tidak mendapat peluang itu. Seandainya JPA atau kerajaan menerima cadangan CUEPACS ini, ETP golongan gred 40 ke bawah menjadi lebih tinggi daripada kakitangan bergred 41 dan 44. Jika ini berlaku ia adalah sesuatu yang amat malang bagi kakitangan gred 41 kerana sering dilupakan CUEPACS.

Buatlah kajian secara mendalam sebelum mengemukakan tuntutan kepada kerajaan agar kebajikan anggota gred 41 juga mendapat perhatian sewajarnya.



AWAN KELABU,

Kuala Lumpur
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 


Pekerja gred 41 sering disisihkan

2011/05/12

SAYA berasa amat kesal dengan kenyataan Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman baru-baru ini yang dilihat hanya memperjuangkan kakitangan kerajaan gred 1 hingga 40 saja.

Kenyataan beliau yang mahu kerajaan menaikkan elaun kakitangan gred 1 hingga 40 tidak menunjukkan beliau sebagai seorang Presiden yang menjaga kepentingan kakitangan awam secara menyeluruh.
Lebih dikesali beliau menyatakan elaun kakitangan gred 41 ke atas sudah lebih mencukupi. Adakah adil elaun kakitangan gred rendah saja yang perlu dinaikkan? Jangan jadi pisang berbuah dua kali yang banyak menguntungkan sebelah pihak saja.
Jika beliau memperjuangkan golongan gred rendah beliau tidak layak memegang jawatan Presiden CUEPACS, sebaliknya menjadi Presiden Kakitangan Kerajaan Bergred Rendah saja.



JEJAKA KACAK,