Pengikut-pengikut

Saturday, November 26, 2011

Larian Mesra JMTI 2011 siri-2...

Sempena menyambut Awal Muharam... 1433 Hijrah... Kelab TKP menganjurkan larian mesra JMTI 2011 dan majlis makan malam. Tahniah kepada pemenang-pemenang yang berjaya memenangi acara masing-masing bagi LARIAN MESRA JMTI 2011... dan terima kasih kepada tenaga kerja yang menjayakan PROGRAM larian ini...

Kategori Pelajar Lelaki
1. Muhammad Aliff (TKP Sem 2)
2. Che Wan Ahmad Shukri (TKE Sem 2)
3. Muhammad Fariqg (TKP Adv Sem 3)
4. Nordanial (TKE Sem 1)
5. Suman (TKK Sem 3)
6. Muhammad Hafizuddin (TKM Sem 1)
7. Muhammad Hafiz (TKM Sem 1)
8. Muhamad Fazrul Azril (TKP Sem 1)
9. Muhammad Haiqal Ashraf (TKK Sem 2)
10. Muhammad Akhir (TKM Sem 5)

Kategori Pelajar Perempuan
1. Rasyidah (TKK Sem 2)
2. Busyra (TKP Sem 4)
3. Siti Aisyah (TKP Sem 5)
4. Noratikah (TKE Sem 1)
5. Nur Farihah (TKK Sem 2)
6. Nurul Elleyana Azzera (TKM Sem 1)
7. Maizatul Husna (TKK Sem 1)
8. Nur Atikah (TKP Sem 3)
9. Marina (TKK Adv Sem 1)
10. Nurliyana (TKM Sem 2)

Kategori Staff Lelaki
1. En. Mohd Rozaini (TKP)
2. En. Abdul Rashid Mericar (TKM)
3. En. Ahmad Amru (TKP)
4. En. Ierwan (TKE)
5. En. Mohd Yusri (TKP)
6. En. Mohd Zaidi (BPPL)
7. En. Mohd Rahim (TKP)
8. En. Mohd Raris (Unit Pengurusan)

Kategori Staff Perempuan
1. Cik Mariam (Pengajian Am)
2. Ustazah Haslinda (Pengajian Am)

Kategori Staff Lelaki (Veteran)
1. En. Shukri - Pak Long (Unit Pengurusan)
2. En. Kamaruzaman (TKP)



Tuesday, November 22, 2011

Harimau Malaya siri-4...

Luruh jantung dibuatnya bila tengok game malam nie... apa pun TAHNIAH buat pasukan kita MALAYSIA berjaya mempertahankan EMAS buat kali kedua... terima kasih kepada pemain-pemain HARIMAU MUDA... dan terima kasih tak terhingga kepada Khairul Fahmi yang banyak menyelamatkan pintu gol dari di BOLOSI walaupun minit ke-5....

Tak lupa buat pemain berasal dari KEDAH menjadi wira MALAYSIA... BADROL BAKHTIAR... kapten yang tenang di padang... memang BEST dan TERBAIkkkkkkk....

Sang Garuda terus patah sayap di jamah oleh HARIMAU MUDA....

GOL minit awal ke-5 tidak mematah semangat pasukan... terus mengasak... dan hasilnya...hantaran dari BADROL ke arah dalam GOL... memudahkan ASRA menjaringkan GOL penyamaan... walaupun gol nampak mudah.. tapi hakikat nya adalah GOL... beberapa cubaan penyerang-penyerang GARUDA diselamatkan oleh penjaga gawang kita APEK... walaupun kita ketandusan penyerang.. kita mampu mencipta beberapa peluang.. tapi sayang... FAKRI terlalu GOPOH dan banyak melakukan kesilapan-kesilapan mudah.... dan akhir nya di bawa ke masa tambahan... memang luruh abis jantung tengok cubaan-cubaan dari INDON... apa pun terima kasih APEK... wira negara...

Penalti akhir nya menjadi penentu buat MALAYSIA.... sepakan dari FAKRI menjadi kita rasa macam sudah tiada ada harapan.. apabila APEK menyelamat gol dari sepakan pemain INDON... menjadikan kita semangat semula... KAPTEN tenang mengambil sepakan.... walaupun hampir berjaya menangkis bola oleh penjaga gol... tapi bola akhir nya BERGOLEK TERUS ke PINTU GOLllllllll..........



Berbaloi walaupun naik BARACUDA.... hehehe terima kasih INDON... kenderaaan RASMI pasukan MALAYSIA di INDON....



Saturday, November 19, 2011

Sinopsis Alamak Toyol..

Sinopsis Alamak Toyol

Kisah bermula dengan Pak Umar yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak koleksi toyol dan setiap toyol mempunyai harga masing-masing. Oleh kerana tidak mampu, Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. Setelah mengambil toyol dari bomoh, bomoh tersebut mengecop barcode di dada kiri Pak Umar. Pada waktu yang sama, Fakhrul dan Kudin yang juga merupakan sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak namun semuanya gagal.

Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan pada mereka. Pak Umar bercadang mahu memberi toyol tersebut pada Fakhrul dan Kudin. Pada mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar. Toyol beralih arah dan barcode di dada kiri Pak Umar hilang serta-merta dan timbul barcode di dada kiri Fakhrul dan Kudin. Sejak hari itu, bermulalah kisah Fakhrul dan Kudin yang mahu jadi cepat kaya. Malangnya nasib mereka apabila toyol yang diambil dari Pak Umar itu tidak pandai mencuri. Fakhrul dan Kudin terpaksa mengajar teori dan praktikal kepada toyol tersebut untuk mencuri.

Di satu tempat yang lain, Farah yang selama ini setia bekerja dengan Daniel akhirnya mengetahui rupa-rupanya selama ini Daniel menjalankan perniagaan haram iaitu dengan menyeludup dadah. Farah yang mengetahui hal ini telah membuat laporan polis namun pihak polis tidak berjumpa sebarang bukti. Daniel berdendam dengan Farah dan berniat mahu menghapuskan Farah. Suatu malam yang dingin, oleh kerana banyak kali gagal dalam mencuri, Fakhrul dan Kudin berniat untuk mengembalikan toyol pada Pak Umar kembali. Toyol dengan wajah sedih meminta satu lagi peluang dari Fakhrul dan Kudin. Toyol telah masuk untuk merompak rumah Farah dan di sini menjadi titik permulaan pertemuan antara Fakhrul, Kudin dan Farah. Fakhrul dan Kudin terpaksa menolong Farah untuk membongkarkan rahsia Daniel dalam masa yang sama mereka terpaksa mencari Pak Umar untuk mengembalikan toyol tersebut.

Pelakon Filem Alamak Toyol

Angah Raja Lawak sebagai Angah,
Along Cham sebagai Along,
Hamid Gurkha sebagai Pak Umar

Harimau Malaya siri-3...

Ngauman sang HARIMAU terus mengaum di Stadium Bung Karno.... akhirnya Malaysia berjaya menewaskan Myanmar dengan 1-0... ia nya penuh bermakna buat pasukan melangkah ke perlawanan EMAS... 

Permainan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain kurang memuaskan... berbeza ketika bertemu dengan pasukan Indonesia tempoh hari...tenang dan mengawal bola ngan baik... tapi hari nie pemain-pemain nampak kurang bermaya...terutama apabila coach di kena tindakan gantung 1 perlawanan... apa pun terjadi... perlawanan perlu di teruskan... 1 gol penuh bermakna buat pasukan Malaysia melangkah ke perlawanan penentuan EMAS pada 21 November nie bertemu pasukan Indonesia... 

Perlawanan EMAS nie bakal menjadi perlawanan hebat hujung tahun bagi pasukan MALAYSIA... berjaya atau tidak... TAHNIAH kepada HARIMAU MUDA kerana berjaya melangkah sekali lagi ke perlawanan akhir walaupun harungan terpaksa bertemu pasukan GARUDA...

Pasukan Malaysia mungkin akan kehilangan KAPTEN pasukan nya... BADROL BAKHTIAR mungkin tidak dapat beraksi bagi perlawanan EMAS nie atas KAD KUNING kedua...

Apapun halangan teruskan pasukan MALAYSIA mengharungi nya walaupun apa cara sekali pun... MALAYSIA BOLEH....

Larian Mesra JMTI 2011 siri-1...


Thursday, November 17, 2011

Harimau Malaya siri-2...

Malam nie aku layan game Sukan SEA ke-26... game pasukan HARIMAU MUDA bertemu SANG GARUDA.... rata-rata perlawanan mungkin milik GARUDA... tapi semangat yang di tunjukkan oleh pemain-pemain muda HARIMAU begitu baik terutama PENJAGA GOL... banyak membantu bahagian PERTAHANAN negara...

Permainan di TENGAH nampak sekali sekala membuat hantaran dan serangan yang mengejut ke pasukan lawan... agak gopoh di bahagian serangan... beberapa ruang dan peluang terhidang di depan GOL lawan....

Apapun SYABAS kepada pasukan kita HARIMAU MUDA.... teruskan MENGAUM dan mempertahankan PINGAT EMAS... walaupun kemenangan malam nie tidak la begitu sangat... tapi kemenangan tadi seolah-olah kita telah memenangi PINGAT EMAS... walaupun dalam peringkat kumpulan saja... mana tak nya... dalam kumpulan ini... HARIMAU terpaksa bertemu dengan SINGA TIRUAN... kemudian SANG GAJAH... dan seterusnya pasukan KEMBOJA... dan akhir sekali bertemu dengan SANG GARUDA...

Selepas ini pasukan HARIMAU akan bertemu MYANMAR pada peringkat separuh akhir...

Kami rakyat MALAYSIA akan terus menyokong pasukan HARIMAU MUDA... go MALAYSIA go... NGAUM Malaysia NGAUM...

Friday, November 11, 2011

11.11.11...

Apa yang menarik sangat ngan tarikh cam nie ye... tahun sudah 10.10.10.... kita di kejutkan dengan kemalangan maut di Highway melibatkan bas... dan banyak lagi kenangan yang mungkin tak dapat di lupakan...

Tahun nie pun sama gak... aku sampai keja... so aku dapat berita ada kemalangan melibatkan rombongan sekolah rendah dari Kulim menghala ke Genting @ Cameron kot... di fahamkan ada yang cedera parah dan ada yang meninggal dunia....

Sedih bila dengar berita macam nie... tue la.. nak buat cam mana... kita merancang tuhan yang menentukan segala-gala nya... aku pun ada agenda gak hari nie.. banyak keje nak kena settle... nak kena susun kerusi meja untuk majlis esok... nak hantar anak ke kelas Taekwando.... nak amik timbang berat aku.... rasanya hari nie aku busy gila.. heheheh.... pagi tadi dah selesai kelas Safety... tajuk hari nie berkaitan Manual Handling.... ramai gak yang tak hadir kelas aku... mungkin cara aku mengajar tak best kot... tak apa la... I try my BEST....

11.11.11 pelbagai kenangan pahit dan manis nya... yang penting setiap hari ada lah sama... beza nya ada tarikh... jangan di taksub pada tarikh sudah lah... apa pun kenangan yang dijadikan kepada diri anda pada tarikh nie anggap lah sejarah dan kenangan yang manis atau pahit buat anda... dan mungkin ia akan mudah di ingat bagi tarikh ini...