Pengikut-pengikut

Friday, September 23, 2011

Pertandingan Kreativiti, Inovasi & Laman Web...

Aku mewakili team JMTI... kali nie JMTI menghantar 5 team... 3 dari Jabatan TKP, 1 dari Jabatan TKM dan 1 dari Jabatan TKK...

3 di pertandingkan dalam ketegori mekanikal dari Jabatan TKP...

1. Mesin Potato Twist (Team Aku la nie...)
2. Mesin Sand Blasting (Team Cikgu Lan...)
3. Universal Fryer (Team Abang Man Pulau...)

Jabatan TKM masuk dalam ketegori elektrikal dengan Mesin Kuih Siput... dan TKK dalam ketegori software...

Bertolak malam nie lepas Isyak... esok kena setup mesin ngan ada taklimat... MENANG KALAH ADAT PERTANDINGAN... JANJI CARI PENGALAMAN DULU..

Monday, September 19, 2011

Sinopsis Raya Tak Jadi...

Sinopsis Raya Tak Jadi
Filem ini bermula dengan seorang ahli perniagaan iaitu Leo yang bakalmengalami kerugian yang banyak kerana kontena yang berisi kurma-kurma yang ingin dijualnya sebelum raya tidak sampai. Oleh itu, dia telah merancang untuk menunda hari raya dengan menculik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Hj.Ehsan. Leo telah mengarahkan dua pekerjanya, Ali dan Abu untuk melakukan penculikan tersebut. Mereka berdua telah Berjaya menculik Hj.Ehsan namun masalah timbul apabila Ali dan Abu telah tertukar teksi yang ada Hj Ehsan dengan Shuib iaitu seorang pemandu teksi.

Shuib mempunyai seorang adik yang pekakiaitu Bob. Kekecohan berlaku apabila Shuib dan Bob menemui Hj Ehsan yang disangkai telah mati di dalam boot teksi.Mereka berdua telah melakukan pelbagai cara untuk meninggalkan mayat tersebut namun gagal dan membuat keputusan untuk mengebumikan mayat itu. Tiba-tiba mayat yang disangkai telah mati itu hidup semula dan ini telah memeranjatkan semua orang. Hj. Ehsan kemudiannya menerangkan mengenai penculikannya. Sementara itu, Leo telah mengarahkan Ali dan Abu untuk mendapatkan semula Hj Ehsan dan mereka telah menculik Ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob sebagai tebusan.
Kemudian, Leo mengarahkan Shuib meminta wang tebusan daripada isteri Hj Ehsan dan menyerahkan wang tebusan dan Hj Ehsan kepadanya sebelum dia melepaskan ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob. Leo dan dua pekerjanya telah diserbu dan ditangkap oleh polis ketika melakukan urusan penukaran tebusan dengan Shuib dan Bob. Shuib dan Bob berasa sedih kerana mereka terpaksa meraikan hari raya seperti hari raya tahun-tahun yang lepas, dalam serba kekurangan. Tetapi, Hj Ehsan telah dating menziarahi mereka dan memberikan pelbagai hadiah dan duit yang banyak sebagai ganjaran menolong dia. Selain itu, Hj Ehsan juga menyukai sikap mereka yang baik . Oleh itu dia turut menggajikan Shuib dan Bob untuk bekeja dengannya.

Tajuk Filem:
Raya Tak Jadi

Pengarah:
Prof Madya A. Razak Mohaideen

Penerbit:
Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd. , Primeworks Studios Sdn Bhd

Dipawagam:
15 September 2011

Pelakon Raya Tak Jadi:
Saiful Apek
Johan Raja Lawak
Dato’ Jalaluddin Hasan
Tengku Iedil Putra Alaudin
Wan Sharmila
Noreen Noor
Mak Jah
Mohd Farid Wari

Sinopsis Hantu Bonceng...


Sinopsis
Mengisahkan Amran(Zizan) seorang budak Delivery yang sering terlibat dengan perlumbaan motor. Drag secara haram. Cerita bermula apabila Amran memenangi satu perlumbaan drag haram dan di beri habuan seorang bohsia (Maya). Bohsia itu telah membonceng motor Amran untuk di bawa ke port. Malang tidak berbau apabila motor Amran telah dilanggar lori semasa keluar simpang.

Bohsia itu mati ditempat kejadian dan Amran telah dikejarkan ke hospital. Hidup Amran mula berubah selepas kejadian tersebut. Setiap malam Amran akan dihantui oleh Bohsia itu. Amran tension dan meminta bantuan kawan karibnya Kunyit. Mereka bersama telah berikhtiar dengan pelbagai cara untuk menghapuskan badi Amran itu. Tanpa mereka sedari, mereka mula menjadi baik dan mula menghargai kehidupan mereka dan tidak lagi terjebat dengan aktiviti yang tidak sihat itu.

Genre
Comedy | Horror

Info
Zizan Raja Lawak, Juliana Evans, Jue Aziz, Sallehuddin (Tai), Nursyuhaida (Dottie), Cat Farish, Zizie (Fabulous Cats), Azlan Kami, Zahid AF, Eizlan Yusof.

Sunday, September 18, 2011

Diet Siri 6...

Tujuh Punca Utama Cepat Lapar

Pasti anda pernah mengalami situasi di mana walaupun anda baru sahaja selepas makan, anda amat cepat untuk berasa lapar kembali. Ini akan membuatkan anda untuk makan banyak kali. Ia tidak baik untuk penjagaan kesihatan. Jadi, apakah punca yang menyebabkan masalah ini?

(1) Minum terlalu banyak minuman manis- Hasil daripada kajian oleh University of California di San Fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh 'menipu' otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya.

(2) Makan makanan bertin- Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia seperti bisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.

(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi- Hasil kajian terhadap 6746 orang selama empat (4) tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil 300 kalori pada sarapan pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak dua (2) kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.

(4) Tidak makan sayur-sayuran- Khasiat di dalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

(5) Tidak minum teh kurang gula- Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

(6) Kurang minum air masak- Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum makan anda perlu minum air masak terlebih dahulu.

(7) Kebosanan- Hasil daripada kajian penyelidik Flinders University, Australia mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak.

Saturday, September 17, 2011

Jamuan Raya TKP 2011...


16 September 2011 (Jumaat) jamuan raya TKP 2011... BEST... ahli keluarga TKP berkumpul, beramah mesra... seronok gak tengok anak-anak berlari sana sini bermain bersama walaupun jarang-jarang jumpa... semua nya hadir kecuali Cikgu Shahran dan Rahim... masa tidak mengizinkan mereka bersama... 

Kemeriahan bermula pada jam 8.30 malam... tetamu hadir.... majlis dimulakan pada jam 9.00 malam dipengerusikan oleh Cikgu Zainol... di jemput BOS TKP... En. Yusri memberi sepatah dua ucapan... lepas tue pengerusi menjemput suami Kak Mazni membaca doa... Brother ARIFF... selesai je baca doa... apa lagi serang hendap la... hahahah... boleh tahan gak makanan dia... 

Sambil makan... tuan pengerusi menjemput BOS TKP memberi DUIT RAYA kepada anak-anak TKP yang di bawah umur 12 tahun... selesai pemberian duit raya... tangkap gambar STAFF TKP dulu.... selesai gambar STAFF... sambung makan balik.. lepas tue apa lagi TAPAU la... habis TAPAU bergambar bersama ahli-ahli keluarga TKP bersama-sama... selesai jamuan jam 11.00 malam...





 








Sunday, September 11, 2011

Diet Siri 5...

10 Manfaat Air Putih

1. Memperlancar sistem pencernaan
Mengkonsumsi air dalam jumlah cukup setiap hari akan memperlancar sistem pencernaan sehingga kita akan terhindari dari masalah-masalah pencernaan seperti maag ataupun sembelit. Pembakaran kalori juga akan berjalan efisien.

2. Air putih membantu memperlambat tumbuhnya zat-zat penyebab kanker, plus mencegah penyakit batu ginjal dan hati. Minum air putih akan membuat tubuh lebih berenergi.

3. Perawatan kecantikan
Bila Ukhtiy kurang minum air putih, tubuh akan menyerap kandungan air dalam kulit sehingga kulit menjadi kering dan berkerut. Selain itu, air putih dapat melindungi kulit dari luar, sekaligus melembabkan dan menyehatkan kulit.
Untuk menjaga kecantikan pun, kebersihan tubuh hares benar-benar diperhatikan, ditambah lagi minum air putih 8 – 10 gelas sehari.

4. Untuk kesuburan
Meningkatkan produksi hormon testosteron pada pria serta hormon estrogen pada wanita.
Menurut basil penelitian dari sebuah lembaga riset trombosis di London, Inggris, jika seseorang selalu mandi dengan air dingin maka peredaran darahnya lancar dan tubuh terasa lebih segar dan bugar. Mandi dengan air dingin akan meningkatkan produksi sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan kemampuan seseorang terhadap serangan virus. Bahkan, mandi dengan air dingin di waktu pagi dapat meningkatkan produksi hormon testosteron pada pria serta hormon estrogen pada wanita. Dengan begitu kesuburan serta kegairahan seksual pun akan meningkat. Selain itu jaringan kulit membaik, kuku lebih sehat dan kuat, tak mudah retak. Nah, buat yang malas mandi pagi atau bahkan malas mandi (astagfirulloh!) harus mulai dirubah tuh kebiasaannya…

5. Menyehatkan jantung
Air juga diyakini dapat ikut menyembuhkan penyakit jantung, rematik, kerusakan kulit, penyakit saluran papas, usus, dap penyakit kewanitaan, dll.
Bahkan saat ini cukup banyak pengobatan altenatif yang memanfaatkan kemanjuran air putih.

6. Sebagai obat stroke
Air panas tak hanya digunakan untuk mengobati berbagai penyakit kulit, tapi juga efektif untuk mengobati lumpuh, seperti karena stroke. Sebab, air tersebut dapat membantu memperkuat kembali otot-otot dan ligamen serta memperlancar sistem peredaran darah dan sistem pernapasan. Efek panas menyebabkan pelebaran pembuluh darah, meningkatkan sirkulasi darah dan oksigenisasi jaringan, sehingga mencegah kekakuan otot, menghilangkan rasa nyeri serta menenangkan pikiran.
Kandungan ion-ion terutama khlor, magnesium, hidrogen karbonat dan sulfat dalam air panas, membantu pelebaran pembuluh darah sehingga meningkatkan sirkulasi darah. Selain itu pH airnya mampu mensterilkan kulit.

7. Efek relaksasi
Cobalah berdiri di bawah shower dan rasakan efeknya di tubuh. Pancuran air yang jatuh ke tubuh terasa seperti pijatan dan mampu menghilangkan rasa capek karena terasa seperti dipijat. Sejumlah pakar pengobatan alternatif mengatakan, bahwa bersentuhan dengan air mancur, berjalan-jalan di sekitar air terjun, atau sungai dan taman dengan banyak pancuran, akan memperoleh khasiat ion-ion negatif. Ion-ion negatif yang timbul karena butiran-butiran air yang berbenturan itu bisa meredakan rasa sakit, menetralkan racun, memerangi penyakit, serta membantu menyerap dan memanfaatkan oksigen. Ion negatif dalam aliran darah akan mempercepat pengiriman oksigen ke dalam sel dan jaringan.
Bukan itu saja jika mengalami ketegangan otot dapat dilegakan dengan mandi air hangat bersuhu sekitar 37 derajat C. Selagi kaki terasa pegal kita sering dianjurkan untuk merendam kaki dengan air hangat dicampur sedikit garam. Nah, jika Ukhtiy punya shower di rumah cobalah mandi dan nikmati hasilnya. Oh ya, shower di rumah juga menghasilkan ion negatif.

8. Menguruskan badan
Air putih juga bersifat menghilangkan kotoran-kotoran dalam tubuh yang akan lebih cepat keluar lewat urine. Bagi yang ingin menguruskan badan pun, minum air hangat sebelum makan (sehingga merasa agak kenyang) merupakan satu cara untuk mengurangi jumlah makanan yang masuk. Apalagi air tidak mengandung kalori, gula, ataupun lemak. Namun yang terbaik adalah minum air putih pada suhu sedang, tidak terlalu panas, dan tidak terlalu dingin. Mau kurus?, minum air putih saja.

9. Tubuh lebih bugar
Khasiat air tak hanya untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Ukhtiy mungkin lebih dapat bertahan kekurangan makan beberapa hari ketimbang kurang air. Sebab, air merupakan bagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
Jumlah air yang menurun dalam tubuh, fungsi organ-organ tubuh juga akan menurun dan lebih mudah terganggu oleh bakteri, virus, dll. Namun, tubuh manusia mempunyai mekanisme dalam mempertahankan keseimbangan asupan air yang masuk dan yang dikeluarkan. Rasa haus pada setiap orang merupakan mekanisme normal dalam mempertahankan asupan air dalam tubuh. Air yang dibutuhkan tubuh kira-kira 2-2,5 l (8 – 10 gelas) per hari. Jumlah kebutuhan air ini sudah termasuk asupan air dari makanan (seperti dari kuah sup, soto, dll), minuman seperti susu, teh, kopi, sirup dll. Selain itu, asupan air juga diperoleh dari hasil metabolisme makanan yang dikonsumsi dan metabolisme jaringan di dalam tubuh.
Nah, air juga dikeluarkan tubuh melalui air seni dan keringat. Jumlah air yang dikeluarkan tubuh melalui air seni sekitar 1 liter per hari. Kalau jumlah tinja yang dikeluarkan pada orang sehat sekitar 50 – 400 g/hari, kandungan aimya sekitar 60 – 90 % bobot tinja atau sekitar 50 – 60 ml air sehari.
Sedangkan, air yang terbuang melalui keringat dan saluran napas dalam sehari maksimum 1 liter, tergantung suhu udara sekitar. Belum lagi faktor pengeluaran air melalui pernapasan. Seseorang yang mengalami demam, kandungan air dalam napasnya akan meningkat. Sebaliknya, jumlah air yang dihirup melalui napas berkurang akibat rendahnya kelembapan udara sekitamya.
Tubuh akan menurun kondisinya bila kadar air menurun dan kita tidak segera memenuhi kebutuhan air tubuh tersebut. Kardiolog dari AS, Dr James M. Rippe memberi saran untuk minum air paling sedikit seliter lebih banyak dari apa yang dibutuhkan rasa haus kita. Pasalnya, kehilangan 4% cairan saja akan mengakibatkan penurunan kinerja kita sebanyak 22 %! Bisa dimengerti bila kehilangan 7%, kita akan mulai merasa lemah dan lesu.

Asal tahu saja, aktivitas makin banyak maka makin banyak pula air yang terkuras dari tubuh. Untuk itu, pakar kesehatan mengingatkan agar jangan hanya minum bila terasa haus Kebiasaan banyak minum, apakah sedang haus atau tidak, merupakan kebiasaan sehat!

Jika kuliah di ruang ber-AC, dianjurkan untuk minum lebih banyak karena udara yang dingin dan tubuh cepat mengalami dehidrasi. Banyak minum juga akan membantu kulit tidak cepat kering. Di ruang yang suhunya tidak tetap pun dianjurkan untuk membiasakan minum meski tidak terasa haus untuk menyeimbangkan suhu.


Diet Siri 4...

Khasiat Epal Hijau

Menurut kajian, epal hijau dapat membantu tubuh wanita mempertahankan kadar estrogen pada saat menopouse. Gangguan penyakit saat menopouse seperti ancaman penyakit jantung atau kerapuhan tulang kerana rembesan hormon estrogen yg berkurangan boleh di cegah dgn zat yg terdapat dalam buah epal terutamanya epal hijau.

Selain zat fitokimia di dalam epal akan berfungsi sebagai antioksida yg melawan kolesterol jahat (LDL, low density lipoprotein), yg berpotensi menyumbat pembuluh darah. Ini kerana antioksida yg terkandung di dalamnya akan mencegah kerosakan sel-sel atau jaringan pembuluh darah. Pada masa yg sama antioksida akan meningkatkan kolesterol baik (HDL - High Density Lipoprotein), yg bermanfaat utk mencegah penyakit jantung dan pembuluh darah. Tidak hanya itu, kandungan Pektin (Serat larut yg terkandung dalam buah-buahan dan sayuran), telah terbukti mampu menurunkan kadar kadar kolesterol di dalam darah.
Sebuah penelitian membuktikan dalam epal terdapat asid D-glucaric yg mampu mengurangkan kolesterol sehingga 35%. Sebuah kajian di Finland tahun 1996 membuktikan zat fitokimia dapat mengelakkan seseorang terkena serangan penyakit. Selain itu, zat fitokimia yg terdapat pada kulit epal ini, menurut sebuah penelitian di Cornell University Amerika Syarikat, bermanfaat mengelakkan pertumbuhan sel kanser usus sebanyak 43 peratus.
Epal juga mengandungi kandungan serat yg amat tinggi, iaitu sebanyak lima gram utk setiap biji buah epal yg berukuran sederhana besar. Jumlah ini adalah tinggi dpd kandungan kebanyakan produk berasakan bijirin. Serat ini bermanfaat utk melancarkan pencernaan dan menurunkan berat badan. Selain itu, masalah sembelit yg biasanya menghantui golongan yg gemar berdiet kini tidak menjadi masalah lagi jika buah ini dimasukkan dalam menu harian anda..

Meskipun bermanfaat mengatasi masalah sembelit, buah epal juga berkhasiat utk meredakan cirit birit seperti mana yg diterangkan oleh Miriam Polunnin dlm bukunya bertajuk Healing Foods. Menurut buku tersebut, epal sgt bermanfaat sebagai ejen pencernaan. Buah ini hampir tanpa lemak dan kolesterol, sehingga sesuai sekali dimasukkan sebagai menu bagi wanita-wanita yg ingin berdiet. Jadi..apa tunggu lagi? Jom kita minum jus epal hijau. Sedap!
Bahan-bahan
>1 biji epal hijau
>2 inci saleri
>1 sudu gula pasir
>1 sudu madu
>ais batu hancur

Cara-cara
1.Epal dikupas kulit dan dipotong kecil
2.Masukkan sume bahan-bahan dalam blender dan kisar sampai halus
3.Sedia untuk diminum
*selain itu boleh jugak tambah bahan lain seperti oren dan karot.

HISTORY vs TAX

Pukulan seorang suara parti pembankang mengatakan KOMUNIS tue BAIK... kecoh satu alam... tapi bab tue memang la di akui perlu kita memahami pasal SEJARAH... tanya berjumpa la orang-orang yang pernah hidup di zaman penjajah... aku tak nak kupas bebanyak bab nie.. karang di kata ANTI-Kerajaan lak... aku cuma pelik bila benda nie menjadi ISU yang besar...



Banyak  benda yang perlu di pikirkan untuk memikat hati rakyat... salah satu nya... bagi apa yang di SLOGANkan tue... jangan asyik syok sendiri je... asyik CUKAI sana CUKAI sini.. 
Siapa yang jadi MANGSA ???
RAKYAT jugak... 
Siapa yang di SALAHKAN ???
KERAJAAN jugak... 
Siapa yang UNTUNG ???
MEREKA dan KELUARGA MEREKA jugak...

Aku taip ini bukan untuk menjadi pengkritik.. cuma meluahkan apa yang difikirkan... 

FIKIR-FIKIR kan lah bagaimana nak MENANG selepas ini...

Saturday, September 10, 2011

Diet Siri 3...


Mengekalkan Nutrisi dalam badan 

Nutrisi yang betul dan seimbang akan membekalkan keperluan kepada badan dalam menjalankan aktiviti harian, dan menyumbang serta mengekalkan kesihatan yang baik, dan menjadikan bentuk badan yang terbaik menjadi suatu realiti. Nutrisi yang terbaik ialah nutrisi yang seimbang. Dengan mengikuti beberapa langkah di bawah bagi mendapatkan nutrisi yang seimbang, kita akan dapat memastikan badan mencapai kesihatan yang terbaik.

1.Sarapan pagi yang sihat
Mulakan hari anda dengan cara yang sihat! Sarapan pagi merupakan suatu yang sangat pentinguntuk memulakan hari kita dengan sihat. Sarapan sangat penting kerana akan memberikan permulaan kepada paras metabolisme dan memberikan tenaga sepanjang hari.

TIP: Sarapan sihat, Pilihan sihat
Untuk sarapan yang sihat, nikmati shake Formula 1 yang sedap dengan pelbagai variasi perisa untuk dinikmati.

2.Pengambilan makanan secara kerap, dengan kuantiti sedikit
Dengan mengurangkan saiz makanan, dimakan secara kerap sepanjang hari, dapat mengekalkan tenaga dalam badan dan mengelakkan keinginan untuk bersnek.

3.Snek yang sihat
Buah-buahan, sayur-sayuran, dan pengambilan protein dengan kuantiti sedikit cth kekacang,, yogurt, keju rendah lemak- dapat mengelakkan makanan secara lebihan sewaktu lunch atau dinner.

4.Hidrasi yang berkekalan.
Pastikan bekalan air dalam badan dikekalkan supaya kekal hidrasi.

5.Nutrien yang sepatutnya
Badan kita memerlukan nutrien yang sepatutnya supaya dapat berfungsi secara baik. Jika tidak, kesihatan akan terjejas. Pengambilan nutries yang betul dipanggil Nutrisi Seimbang. Nutrien yang diperlukan oleh manusia ialah protein, karbohidrat, lemak dan minyak, mineral, vitamin dan air.

6.Vitamin & Mineral
Ini merupakan bahagian penting dalam diet seimbang untuk membekalkan kesihatan kepada badan agar dapat berfungsi dengan baik dan mengekalkan metabolisme badan.

Jom dengar...



Thursday, September 8, 2011

Diet Siri 2...

Kekalkan Berat Badan Yang Sihat Dengan Mengimbangkan Pengambilan Makanan Dan Aktiviti Fizikal Yang Lazim


Dengan mengekalkan berat badan yang sihat, anda boleh mengelakkan masalah kesihatan dan akan kelihatan lebih menarik. Sebaliknya, jika anda terlalu kurus atau terlalu gemuk, risiko anda mendapat masalah kesihatan akan meningkat.


ADAKAH BERAT BADAN ANDA SIHAT?

(Untuk dewasa berumur 18 tahun ke atas)


1. Kira Indeks Jisim Tubuh (IJT) anda seperti berikut: 
2. Bandingkan IJT anda dengan nilai di dalam jadual di bawah untuk melihat penjelasannya.



3. Masalah berat badan berlebihan atau obes (mempunyai IJT yang tinggi) meningkatkan risiko anda terhadap penyakit jantung koronari, strok, diabetes, tekanan darah tinggi dan sesetengah jenis kanser (terutamanya kanser hempedu, kanser ovari dan kanser payudara). Ia juga memburukkan masalah artritis dan pernafasan.
4. Jika IJT anda berada dalam julat yang sihat, tetapi mempunyai ukuran pinggang lebih daripada punggung,




Anda masih berisiko tinggi menghidapi penyakit- penyakit kronik. Nisbah pinggang-punggung yang lebih daripada 1.0 (untuk lelaki) atau lebih daripada 0.85 (untuk wanita) adalah kurang sihat.

Diet Siri 1...

Rawatan berlebihan berat badan
Berat badan adalah dikawal oleh jumlah kalori yang anda makan serta bilangan kalori yang anda gunakan setiap hari. Jadi, jika anda mengambil kurang kalori daripada anda membakar, anda akan kehilangan berat badan. Anda boleh melakukan ini dengan menjadi lebih aktif secara fizikal atau dengan makan kurang.
Anda tidak menambah berat badan semalaman supaya ia juga tidak realistik untuk menanggalkannya dengan cepat. Rekod matlamat yang anda boleh mencapai dalam satu bulan yang 4 hingga 8 paun kurang daripada apa yang anda berat sekarang. Tetapkan matlamat yang anda tahu anda boleh mencapai.
 
Berikut adalah beberapa perubahan yang sangat mudah yang anda boleh mula hari ini yang banyak akan meningkatkan peluang anda kejayaan penurunan berat badan:

Hapuskan memakan daging

Jika makanan seperti burger adalah asas untuk diet semasa anda, berhenti memakan daging merah boleh membantu untuk pergi jauh. Ia membantu anda membuat pilihan hidangan yang sihat. Mulakan dengan pengambilan makanan anda di sekeliling dengan ikan atau ayam.

Berhenti makanan bergoreng

Grill, bakar, panggang, memanggang atau merebus makanan anda. Ini juga bermakna melakukan tanpa kentang goreng dan makanan snek seperti keropok, dsb ...

Bermula dengan sup atau salad

Dengan memulakan makan malam dengan sup atau salad, anda akan mengawal rasa lapar anda, yang akan dapat membantu anda menyimpan saiz bahagian di dalam semakan dan menghalang anda daripada makan berlebihan.

Hentikan minuman ber CARBONAT

Bagi setiap 20 auns Coca-Cola yang anda minum, anda mengambil 250 kalori. Jika anda cuba untuk mengambil sekitar tahun 1500 kalori sehari untuk mengurangkan berat badan, anda boleh meniup seluruh bajet kalori anda pada soda!

Air minuman

Mencapai matlamat lapan gelas sehari. Walaupun jika anda tidak minum lapan, anda minum lebih daripada biasa.