Pengikut-pengikut

Thursday, August 11, 2011

Bonus setengah bulan untuk penjawat awam, RM500 untuk pesara

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.




Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," katanya.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. 

**~~**

Ucapan alhamdullillah syukur kerana pemberian... kedua terima kasih atas pemberian BONUS kepada penjawat awam...

Bila dapat ramai yang memuji... bila tak dapat ramai yang memaki... macam tue la bunyi nya..  kesimpulan dia bersyukur apa yang di beri.... dengan ekonomi yang penuh cabaran sekarang nie.. sempat lagi KERAJAAN memberi BONUS kepada penjawat-penjawat awam... itu pun masih ramai yang menentang... ish ish ish... ini lah di namakan lumrah kehidupan manusia zaman sekarang....

Nanti dapat duit nie jangan salah guna lak... gunakan dengan sebaik-baik nya... beli lah keperluan yang PERLU sahaja... jangan pikir nak melaram HARI RAYA lak... biarlah sederhana dan duit yang di gunakan penuh CERMAT.... hahaha... nak bagi nasihat... aku pun BOROS gak.. hehehhe... tapi apa pun sama-sama lah gunakan duit ini ke arah JALAN yang BETUL....


No comments:

Post a Comment