Pengikut-pengikut

Saturday, September 10, 2011

Diet Siri 3...


Mengekalkan Nutrisi dalam badan 

Nutrisi yang betul dan seimbang akan membekalkan keperluan kepada badan dalam menjalankan aktiviti harian, dan menyumbang serta mengekalkan kesihatan yang baik, dan menjadikan bentuk badan yang terbaik menjadi suatu realiti. Nutrisi yang terbaik ialah nutrisi yang seimbang. Dengan mengikuti beberapa langkah di bawah bagi mendapatkan nutrisi yang seimbang, kita akan dapat memastikan badan mencapai kesihatan yang terbaik.

1.Sarapan pagi yang sihat
Mulakan hari anda dengan cara yang sihat! Sarapan pagi merupakan suatu yang sangat pentinguntuk memulakan hari kita dengan sihat. Sarapan sangat penting kerana akan memberikan permulaan kepada paras metabolisme dan memberikan tenaga sepanjang hari.

TIP: Sarapan sihat, Pilihan sihat
Untuk sarapan yang sihat, nikmati shake Formula 1 yang sedap dengan pelbagai variasi perisa untuk dinikmati.

2.Pengambilan makanan secara kerap, dengan kuantiti sedikit
Dengan mengurangkan saiz makanan, dimakan secara kerap sepanjang hari, dapat mengekalkan tenaga dalam badan dan mengelakkan keinginan untuk bersnek.

3.Snek yang sihat
Buah-buahan, sayur-sayuran, dan pengambilan protein dengan kuantiti sedikit cth kekacang,, yogurt, keju rendah lemak- dapat mengelakkan makanan secara lebihan sewaktu lunch atau dinner.

4.Hidrasi yang berkekalan.
Pastikan bekalan air dalam badan dikekalkan supaya kekal hidrasi.

5.Nutrien yang sepatutnya
Badan kita memerlukan nutrien yang sepatutnya supaya dapat berfungsi secara baik. Jika tidak, kesihatan akan terjejas. Pengambilan nutries yang betul dipanggil Nutrisi Seimbang. Nutrien yang diperlukan oleh manusia ialah protein, karbohidrat, lemak dan minyak, mineral, vitamin dan air.

6.Vitamin & Mineral
Ini merupakan bahagian penting dalam diet seimbang untuk membekalkan kesihatan kepada badan agar dapat berfungsi dengan baik dan mengekalkan metabolisme badan.

No comments:

Post a Comment