Pengikut-pengikut

Friday, November 11, 2011

11.11.11...

Apa yang menarik sangat ngan tarikh cam nie ye... tahun sudah 10.10.10.... kita di kejutkan dengan kemalangan maut di Highway melibatkan bas... dan banyak lagi kenangan yang mungkin tak dapat di lupakan...

Tahun nie pun sama gak... aku sampai keja... so aku dapat berita ada kemalangan melibatkan rombongan sekolah rendah dari Kulim menghala ke Genting @ Cameron kot... di fahamkan ada yang cedera parah dan ada yang meninggal dunia....

Sedih bila dengar berita macam nie... tue la.. nak buat cam mana... kita merancang tuhan yang menentukan segala-gala nya... aku pun ada agenda gak hari nie.. banyak keje nak kena settle... nak kena susun kerusi meja untuk majlis esok... nak hantar anak ke kelas Taekwando.... nak amik timbang berat aku.... rasanya hari nie aku busy gila.. heheheh.... pagi tadi dah selesai kelas Safety... tajuk hari nie berkaitan Manual Handling.... ramai gak yang tak hadir kelas aku... mungkin cara aku mengajar tak best kot... tak apa la... I try my BEST....

11.11.11 pelbagai kenangan pahit dan manis nya... yang penting setiap hari ada lah sama... beza nya ada tarikh... jangan di taksub pada tarikh sudah lah... apa pun kenangan yang dijadikan kepada diri anda pada tarikh nie anggap lah sejarah dan kenangan yang manis atau pahit buat anda... dan mungkin ia akan mudah di ingat bagi tarikh ini...


No comments:

Post a Comment