Pengikut-pengikut

Monday, September 17, 2012

Misi SISEM 2013 siri-1...

Salam edisi misi ke SISEM 2013 di Marang... misi apa tue... apa lagi.. sukan ILJTM la... membawa TEAM BOLASEPAK JMTI menjadi sesuatu yang di luar jangkaan... harapan yang mungkin sesuatu IMPIAN... dah lama dah aku bawa team bola JMTI nie.. pelbagai cerita di sebalik kedukaan dan kegembiraan...

Bermula aku bawa pada tahun 2007 sukan zon Utara di ILP Kepala Batas... pasukan JMTI hanya mampu layak di peringkat kumpulan saja... GAGAL... lepas tue aku bawa team 2008 sukan ILJTM zon Kebangsaan di ILP Kangar.... masih di dalam peringkat KUMPULAN... badi kumpulan terus di hantui oleh pasukan JMTI...

Semangat untuk teruskan perjuangan... satu persatu di aturkan... akhirnya 2011 menjadi kenyataan... aku target lepas peringkat KUMPULAN saja.. tapi satu kejutan buat pasukan BOLA JMTI... telah mendapat tempat ke-3 secara keseluruhan pasukan yang bertanding... kepuasan kepada pasukan...

Untuk permulaan ini tahun 2012... panganjuran LIGA JMTI di buat... untuk mencari bakat-bakat baru... alhamdullillah ada sinar pemain-pemain baru yang bakal membawa cabaran seterusnya.. selain itu JMTI berjaya menjadi JUARA piala jemputan dari ADTEC Kulim... rekod cemerlang seterusnya di harap akan di bawa ke tahun hadapan...

Sabtu lalu (15 September) satu perlawanan persahabatan antara JMTI ngan Lang Ria (Alma)... secara keseluruhan perlawanan bagi aku terbaik la bagi sebuah pasukan yang baru nak di bentuk... JMTI rata-rata di barisi oleh pemain-pemain baru... separuh masa pertama menyaksikan pasukan lawan Lang Ria menjaring gol melalui tendangan percuma dengan tendangan lanjut dari pemain bek pertahanan lawan yang juga pemain yang bakal bermain untuk JMTI (Faiz Debunga Wangi)... kemudian pasukan JMTI berjaya memperolehi Gol dari sepakan gol dari pemain baru (Nan Semester 1)... beberapa minit kemudian lawan mendapat sepakan penjuru pertama... sepakan penjuru di sudahi dengan tandukan (Faiz Debunga Wangi) sekali lagi... menjadikan kedudukan JMTI (1) Lang Ria (2) di separuh masa pertama...

Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan saling menyerang dan cuba menambah gol... sepakan penalti yang di ambil oleh pemain lawan (Faiz Debunga Wangi) gagal disempurnakan apabila penjaga gol baru Muhammad (Semester 1) berjaya menepis keluar...

Keputusan keseluruhan JMTI (1) Lang Ria (2)... secara keseluruhan... pasukan JMTI perlu banyak lagi perlawanan-perlawanan persahabatan bagi mendapatkan persefahaman di antara pemain... cuma beberapa pemain tak dapat bersama pada hari tersebut... bermain tanpa penyerang pada sabtu tidak menunjukkan kegoyangan pada pasukan JMTI...



MAJU LAH BOLASEPAK UNTUK JMTI... (BANZAIIIIIIII)....

2 comments:

  1. hai abah fizal. kata dah bersara???
    renew contract balik eh??? huhu...
    sebenarnya, belum tiba masanya untuk abah fizal mengundur diri kerana idea abah fizal masih di perlukan oleh pasukan jmti... =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Niat dihati tak nak berpisah... cewah... layan lagu ARROW...

      Letih dah sebenarnya bawa team bola JMTI nie... kalau boleh nak kasi lak orang lain bawa... ramai lagi staff muda-mudi yang lebih layak....

      Saya hanya MINAT pada BOLA SEPAK... kalau bagi peluang sepak bola.... insyallah tak main la kot... sebab saya KAKI BANGKU... heheheh

      BANZAI JMTI SOCCER TEAM....

      Delete