Pengikut-pengikut

Monday, December 24, 2012

Kejohanan 4 Penjuru PSP...

Salam... bertemu kembali dalam lembaran kali ini... lama jugak aku menyepi dari mengarang... so hari ini aku ada cerita mengenai bolasepak... aku nak cerita pasal pasukan bolasepak JMTI yang menyertai kejohanan 4 penjuru jemputan dari Politeknik Seberang Perai (PSP)...

Terdapat 4 pasukan yang ada... tuan rumah PSP, Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB), IKBN BM dan JMTI... perlawanan berlangsung selama dua hari... sukar jugak aku nak kumpul pemain-pemain utama yang bakal sarung jersi JMTI nie... jadi siapa yang ada main saja la... bukan aku nak kata pemain-pemain lain tak mampu dan mengharapkan pemain yang aku pilih... kalau aku rasa dia mampu dia akan lakukan terbaik untuk JMTI...

Aku nak cerita pasal perlawanan di mana JMTI terlibat pada kejohanan ini... game pertama JMTI pada sebelah pagi jam 10.00 menentang KKKB... pemain-pemain JMTI yang diturunkan pada separuh masa pertama adalah Mat (Keeper), Mamat, Akerd, Wan Di, Caer, Enzo, Apit, Razini, Amirul, Badzeer dan Aidil... agak menarik pada mula nya di mana nampak Razini menjaringkan GOL seawal yang mungkin... selepas jaringan nampak goyah sikit bahagian pertahanan di mana ada kesilapan berlaku... KKKB menjaringkan gol pertama menjadikan kedudukan seri pada separuh masa pertama... separuh masa pertama menyaksikan pertukaran antara Amirul ngan Wijdan... separuh masa kedua terdapat 3 pertukaran... jaringan kemenangan di jaringkan oleh KKKB pada separuh masa kedua.. menjadikan kedudukan JMTI (1) KKKB (2)... kekalahan pada KKKB...

Perlawanan kedua antara JMTI bertemu IKBN pada sebelah petang lebih kurang 4.00 petang sepak mula... semua pasukan dah balik kemudian datang dalam keadaan segar bugar dan pemain-pemain yang fresh... dengan berbekalkan pemain-pemain yang sama... JMTI cuba mencari kemenangan pertama.... rupa nya tidak lagi... separuh masa pertama JMTI di kejutkan dengan 3 gol oleh IKBN... permainan yang di tunjukkan pemain nampak lemah dan tidak bermaya... separuh masa kedua mencuba berberapa strategi... membuahkan hasil GOL dari JMTI dengan jaringan oleh Razini... derita ingatkan sehingga hujan berhenti.. rupa nya terus berpesta gol oleh IKBN dengan 3 lagi jaringan pada separuh masa kedua menjadikan kedudukan JMTI (1) IKBN (6)...

Hari kedua... turun dengan semangat yang baru... tiba-tiba mendapat jawapan yang duka apabila beberapa pemain tidak dapat bersama... hanya 13 pemain saja yang dapat di kumpulkan pada hari tersebut... antara pemain yang ada masa itu Mat (keeper), Syafiq, Enzo, Amir, Nan, Luqman, Aidil, Faiz, Rais, Faizhan, Apit, Razini dan Aliff.... tue saja yang mengalas tugas untuk tidak mengecewakan JMTI dari kalah tanpa bertanding... walaupun tiada mata... permainan tetap di teruskan... dengan pemain-pemain di suntik semangat oleh Abang Mat Driver... pemain-pemain begitu ceria di dalam padang.. setiap cubaan di lakukan dengan hati gembira

JMTI kalah lagi dengan Politeknik.... keputusan yang hanya melengkapkan carta perlawanan.... JMTI (1) vs Politeknik (3)....

No comments:

Post a Comment