Pengikut-pengikut

Tuesday, December 31, 2013

Hijrah ke TAHUN baru...

Jam menunjukkan 1.24 pagi... pergh tengah malam nie... tak boleh nak tidur lagi... jadi aku pun cuba la nak menaip cerita dalam BLOG aku nie.... entah la apa tajuk yang sesuai entah la aku nak taruh...

PENGHIJRAHAN dari BAIK menjadi LEBIH BAIK...

Kalau cerita HIJRAH mesti orang akan ingat MAAL HIJRAH.... 

  • Hijrah dari segi istilah ialah: perpindahan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam berserta sahabat – sahabat baginda dari Kota Makkah ke Yathrib (Madinah) pada tahun 622 Masihi, iaitu 13 tahun selepas baginda diutus menjadi Rasul.
Ini maksud HIJRAH... kat sini aku nak cerita pasal penghijrahan HATI kita... dari BAIK akan menjadi LEBIH BAIK... nak tak kita jadi LEBIH BAIK... tentu la NAK.... siapa yang tak nak jadi LEBIH BAIK... nak jadi LEBIH BAIK bukan la perkara yang SUSAH.. yang menjadi SUSAH adalah diri kita sendiri sama ada NAK BAIK atau TIDAK.... berfikir la secara orang yang dah berjaya dan telah menjadi LEBIH BAIK.... kebanyakan mereka ini tidak PERNAH memikirkan perkara-perkara NEGATIF.... jadi kat sini kita pelbanyakkan FIKIRKAN yang POSITIF supaya diri kita bersiap sedia menjadi LEBIH BAIK...

Di samping itu kita juga kena mencari HIDAYAH... bukan HIDAYAH awek ke apa.. HIDAYAH dalam diri kita... terdapat empat perkara yang saya amik dari petikan sebuah blog nie...

1. Bersihkan NIAT...
2. Buka Al-Quran dan Tadabbur... 

(Tadabbur adalah perenungan yang menyeluruh untuk mengetahui maksud dan makna dari suatu ungkapan secara mendalam)
(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)? Muhammad ayat 24

3. Jangan hipokrit diri kita dengan perbanyakkan KEIKHLASAN dalam BERSOLAT...
4. ISTIQAMAH / jangan sekali-kali BERPUTUS ASA... banyakkan BERDOA...  

Marilah sama-sama kita renungkan sama ada kita nak jadi LEBIH BAIK atau hanya menjadi diri kita sekarang ini... saya mohon maaf andai nya tersilap kata... yang silap itu datang dari saya... yang benar itu datang dari ALLAH swt....

No comments:

Post a Comment