Pengikut-pengikut

Monday, November 9, 2015

Perlawanan Liga Bukit Mertajam 2015

Perlawanan keempat pasukan adalah pada 14 September 2015 (Isnin) bertemu pasukan Perda 'D' FC. Pasukan JMTI gagal memperolehi kemenangan dengan pasukan ini kerana berlaku beberapa tekanan dari pemain di akhir minit. Keputusan kalah 2-3 kepada pasukan Perda 'D' dengan jaringan oleh 2 gol oleh Yob (TKK).


Aku bersama Coach lagend JMTI coach Rajan yang banyak membantu menaikkan nama team JMTI
Kapten Marvelous yang banyak bantu team... walaupun dah abis dari JMTI... Mat Alip...
Antara defend terbaik JMTI soccer....
Penjaring gol Yob (TKK)
Perlawanan terakhir peringkat kumpulan bertemu dengan DB Shenker FC (pasukan veteran) pada 8 Oktober 2015 (Khamis)... bukan calang-calang pasukan juga... walaupun pasukan JMTI berjaya menang besar dengan pasukan ini dengan jaringan 4-0. Yang pasti nya kami telah layak ke pusingan seterusnya pusingan kalah mati. Pasukan JMTI berada dalam kedudukan no 4 dari 6 pasukan peringkat kumpulan.


DB Shenker FC vs JMTi FC
Aku ngan Coach Rajan bagi suntikan semangat separuh masa kedua
1st eleven JMTI soccer
Antara pemain simpanan yang memberi komitmen tinggi kepada pasukan Emir (livepool)
Perlawanan kalah mati yang berlangsung pada 6 November 2015 (Jumaat) bertemu dengan pasukan terkuat juga yang menjadi johan kumpulan iaitu pasukan Sinar Muda FC... pasukan ini memang terbaik... JMTI sekali lagi hampa hanya mampu seri 1-1 setelah mendahului dengan jaringan 1 gol dari Chong (TKP). Keputusan kalah mati ini berkesudahan dengan kekalahan JMTI dengan sepakan penalti.

Begitu la pertandingan Liga Bukit Mertajam Divisyen 3 yang di sertai oleh pasukan JMTI soccer dalam tahun 2015... semoga tahun 2016 menjadi penyuntik kepada pasukan untuk terus memberi saingan yang sihat dalam bolasepak dan di samping mempromosikan institut JMTI ke seluruh Pulau Pinang...

No comments:

Post a Comment