Pengikut-pengikut

Wednesday, June 29, 2011

Tips Jimat Belanja Dapur

"Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu pula adalah mahkluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
(Surah Al-Israk: Ayat27)

Bajet dapur merupakan pelaburan yang tak dapat dielakkan saban bulan kerana makanan berkait rapat dengan kelangsungan hidup kita. Kenaikan harga barang pula menambahkan saham dalam bajet dapur sehari-harian. Selain Kempen Pengguna Bijak yang membawa mesej pengguna mempunyai pilihan untuk membeli barang keperluan harian atau menggunakan perkhidmatan, dan peniaga yang menjual pada harga yang tinggi tidak akan disokong. Kali ini, saya bawakan tips menjimatkan bajet dapur selangkah sebelum anda membeli.

1. Sumber makanan
Mengurangkan kebergantungan terhadap produk yang perlu dibeli dapat menjimatkan sebahagian besar belanja dapur. Bagi kebanyakan kawasan perumahan, menternak mungkin menjadi masalah tapi bukan bercucuk tanam. Apatah lagi pemakanan sayur-sayuran dan ulam-ulaman sebagai menu kegemaran rakyat Malaysia sangatlah menjimatkan sekiranya menu berasaskan bahan tersebut boleh didapati hanya di sekitar kawasan rumah. Selain itu, dengan menjana sendiri sumber makanan, kita mendapat hasil yang banyak dengan kos yang sedikit. Begitu juga kita dapat mengawal kualiti hasil tersebut.

2. Masak sendiri
Pernahkah anda menghitung banding harga makanan atau minuman di restoran? Segelas air limau ais berharga seringgit walhal sebiji limau berharga tidak sampai sepuluh sen. Selain menjimatkan kos upah, kita juga dapat mengawal pemilihan, penggunaan bahan-bahan dalam menu dan kebersihan dalam penyediaan makanan.

3. Diet harian
Penjimatan belanja dapur berkadar langsung dengan diet anda. Konsepnya, jika anda berlebih-lebihan dalam memakan, maka berlebihanlah perbelanjaan ke atasnya. Sebaiknya anda menjamah selera sebelum berasa lapar bagi mengelakkan anda tamak terhadap makanan. Elakkan juga memakan snek tidak berkhasiat kerana makanan ini biasanya mahal.

4. Ubah suai menu
Lebihan bahan masakan atau makanan jangan terus dibuang. Buat pemilihan bahan apa yang boleh digunakan semula. Baki reja sayuran dan tulang daging boleh direbus menjadi stok sup atau stew. Buah-buahan yang berbaki atau sudah berlebam boleh dijadikan jem buah. Nasi putih yang tidak habis dimakan pula boleh disimpan untuk dibuat nasi goreng.

5. Sisa makanan
Sisa makanan yang kita buang saban hari dapat ditukarkan dijadikan baja kompos. Baja buatan sendiri ini dapat mengurangkan belanja membeli baja bagi kebun kecil di rumah anda dan membantu menjaga alam sekitar. Tahukah anda kulit telur merupakan sumber kalsium bagi tumbuhan?

"Dan ingatlah tatkala Tuhan kamu memberitahu demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah berat."
(Surah Ibrahim: Ayat 7)

- Artikel iluvislam.com

7 Langkah Bijak Berbelanja

Berikut adalah antara 7 langkah mudah dalam menguruskan pengunaan wang anda dalam keadaan terbaik ketika berbelanja.

#1: Berbelanja Secara Tunai Sahaja! (Go Cash-Only)
Amalan yang terbaik ketika hendak berbelanja adalah dengan menjauhi kad kredit. Anda tidak akan terlebih berbelanja sekiranya anda tidak membawa bersama kad kredit semasa membeli-belah. Tinggalkan sahaja ia di rumah dan jangan sekali-kali membawanya bersama di dalam beg duit ataupun beg tangan. Jika ia bersama anda, kebarangkalian anda untuk swipe adalah tinggi! Faktor anda tidak nampak duit anda keluar ketika membayar inilah yang seringkali menyebabkan anda terlebih dalam berbelanja tanpa anda sedari.

#2: Tetapkan Matlamat Jangka Panjang! (Set Long-term Goals)
Jika anda inginkan kebebasan kewangan dalam jangka masa yang panjang, tetapkanlah satu matlamat di mana anda akan selalu diingatkan untuk tidak berbelanja sesuka hati demi mengejar impian tersebut. Sebagai contoh, anda ingin bebas kewangan dalam masa 5 tahun sahaja lagi, tuliskan matlamat tersebut di atas kertas dan tetapkan satu tarikh berserta jumlah simpanan yang anda inginkan. Letakkan matlamat tersebut di tempat yang anda mudah nampak seperti cermin, peti ais, meja pejabat dan sebagainya. Matlamat ini akan menjadi pengawal kepada tingkah laku anda untuk berbelanja. Baca matlamat ini setiap hari.

#3: Bezakan Antara Keperluan Dan Kehendak! (Distinguish Between Needs and Wants)
Adakah beg tangan atau kasut baru menjadi tarikan kepada anda semata-mata atau anda betul-betul memerlukannya? Sebelum anda membuat sebarang keputusan untuk memiliki beg tangan atau kasut baru tersebut, lebih baik anda berfikir seketika. Jika ia adalah keperluan dan berada dalam lingkungan bajet anda, teruskan untuk membuat pembelian. Jika ia hanyalah kehendak anda, fikirkanlah kesan selepas anda membuat pembeliannya. Adakah anda gembira jika dapat memilikinya ataupun anda sekadar ingin penuhkan wardrob. Atau adakah anda betul-betul mampu untuk memilikinya? Sekiranya masih ada lagi keperluan lain yang perlu dipenuhi, pertimbangkanlah untuk memiliki beg tangan ataupun kasut baru itu tadi. Perkara paling utama dalam berbelanja adalah anda perlu jujur kepada diri sendiri dan berani untuk mengatakan tidak kepada perkara-perkara yang tidak mendesak anda untuk memilikinya buat masa sekarang.

#4: Berbelanjalah Dengan Senarai Perkara Yang Diperlukan! (Shop with a List)
Perkara yang paling mudah dan selalunya diabaikan ketika ke luar berbelanja adalah dengan menulis senarai barangan yang diperlukan. Bila kita tidak mempunyai senarai barangan yang diperlukan, daripada ingin membeli satu barang sahaja maka tanpa disedari kita sudah terlebih berbelanja. Mula-mula nak beli lampin anak, jalan selangkah ada tawaran syampu, promosi kopi, tudung murah dan sebagainya. Akhirnya daripada membeli lampin sahaja, beg plastik yang ringan menjadi berat. Tetapkan apa barangan yang perlu dibeli sahaja, jika anda tergoda untuk membeli selain daripada senarai, masukkan barangan tersebut dalam senarai pembelian yang akan datang.

#5: Berikan Peruntukan Untuk Diri Anda Sendiri! (Give Yourself an Allowance)
Memang tidak dapat dinafikan sama sekali sifat setiap individu inginkan sesuatu yang baru selepas penat lelah bekerja selama sebulan. Lihat kembali kepada bajet anda, fikirkanlah berapa banyakkah yang mampu anda gunakan untuk tujuan tersebut. Sebagai contoh anda peruntukkan sebanyak RM200 sebulan untuk membeli baju atau menonton wayang dan sebagainya. Berbelanjalah dalam tempoh sebulan tersebut dengan peruntukan tadi. Bilamana peruntukkan tersebut habis, berhentilah berbelanja! Tiada pengecualian dalam kes ini. Anda tidak dibenarkan sama sekali untuk berbelanja lebih daripada yang diperuntukkan.

#6: Carilah Teman Untuk Keluar Berbelanja! (Find a Shopping Buddy)
Jika anda seorang yang cepat dan mudah tertawan dengan promosi daripada jurujual, anda dinasihatkan untuk mencari seorang teman samada daripada rakan-rakan ataupun keluarga yang mampu untuk berkata tidak kepada sebarang tawaran yang di luar kawalan anda. Anda hanya dibolehkan ke luar berbelanja dengan syarat membawa mereka bersama, jika tidak jangan sekali-kali memberanikan diri keluar keseorangan, bimbang anda akan terjebak dengan kes terlebih berbelanja.

#7: Meninjau Terlebih Dahulu Pilihan Anda! (Survey Your Selections)
Perkara yang terbaik sebelum anda membuat senarai barangan untuk berbelanja adalah dengan meninjau terlebih dahulu harganya. Dengan adanya teknologi internet, anda bolehlah menyemak senarai harga di laman web yang berkenaan dan membuat perbandingan harga. Buat ulangkaji harga terlebih dahulu sehingga anda betul-betul yakin dan mendapat harga yang terbaik.

- Artikel iluvislam.com

Tuesday, June 28, 2011

Bola ooo Bola (siri 3)....


Tahniah sekali lagi aku UCAPKAN kepada pemain-pemain BOLASEPAK JMTI... target setakat keluar kumpulan saja... akhir nya pasukan berjaya sampai ke peringkat yang memberangsangkan...

Dengan berbekalkan baju jersi baru... ala-ala BARCA tue... BARCA UTARA FC... hhahaha... pada mula nya memang pening nak buat keputusan untuk memilih pemain yang tebaik untuk JMTI nie... pelbagai halangan dan dugaan telah di hadapi TEAM nie... antara nya kehilangan tonggak pertahanan CAER... kemalangan.... lepas tue PENJAGA GOL utama yang terbaik ala-ala Peter Cech... HUSNI... injured lak.... lepas tue last-last minit pemain serba boleh ENZO... masalah peribadi...

Perjalanan ke ILP Pedas bermula pada 19/7 jam 10.00 malam.... tiba nya di PEDAS pelbagai cabaran pulak di hadapi... dari segi penginapan yang kurang selesa.... makan minum yang TAK BEST langsung... bak kata LAYAN bagi kosong BINTANG la....

20/7 (Ahad) bermula la game pertama JMTI menentang ILP Arumugum Pillai (Nibong Tebal)... ingat nak rasmi jersi baru... akhir nya terpaksa akur pakai la jersi HIJAU Line 7... game sepak mula jam 5.00 petang... aku ingat setakat menang 3-0 je ke.... sekali team JMTI buat lauk pulak.... 8 gol tanpa BALAS... tue mengejutkan aku tue... jaringan di mulakan oleh Syafiq (senior) penalti.... kemudian Myzan lepas tue Syafiq lagi dan di teruskan lagi rentak gol oleh Myzan... sebelum tirai separuh masa pertama berlabuh satu gol dari Raqib (senior)... sepak mula separuh masa kedua bermula apabila 2 gol dari penyerang berbisa JMTI Pali Torres dan disusuli dengan sepakan penalti dari Pak Tam... keputusan pertama amat memberangsangkan team JMTI (8) vs ILP AP (0)....

21/7 (Isnin) Tiada game... hanya perasmian saja...

22/7 (Selasa) 7.45 pagi... game kedua menentang pasukan ILP Kuala Lumpur... pasukan yang hebat juga... keputusan berkesudahan JMTI (1) vs ILP Kuala Lumpur (1)... jaringan di lakukan oleh Pali Torres.... masa game nie banyak kesilapan di lakukan tetapi atas semangat berpasukan mereka telah memperbaiki nya... game antara ILP KL ngan ILP AP menentukan sama ada team JMTI layak atau tidak ke peringkat SUKU... ILP KL kena mencari 9 gol untuk layak... misi yang amat mustahil... TERIMA KASIH buat team ILP AP kerana telah memberi game serta cabaran buat pasukan ILP KL... yang hanya mampu mendapatkan 2 gol sahaja...

23/7 (Rabu) 7.45 pagi... SUKU AKHIR di padang ILP PEDAS... bertemu ADTEC Kulim... musuh tradisi UTARA... alhamdullillah atas semangat berpasukan dan disiplin atas padang team JMTI menang sekali lagi dan terus melayakkan diri ke SEPARUH AKHIR menentang ADTEC Batu Pahat (bekas juara di ILP Kangar).... dalam game SUKU JMTI telah menang 3 gol berbalas 2.... jaringan gol JMTI semua nya separuh masa pertama oleh Pali Torres, Abudzar dan Syafiq Kecik....
5.30 petang... SEPARUH AKHIR menentang ADTEC Batu Pahat... separuh masa pertama ketinggalan 1-0... jaringan gol dari Pali Torres menaikkan semangat kepada pasukan untuk terus memburu kejuaran sulung... tapi 5 minit terakhir separuh masa kedua... pemain-pemain keletihan ADTEC BP berjaya mencuri dua gol menjadi keseluruhan JMTI (1) vs ADTEC Batu Pahat (3)... sedey memang la sedey tak dapat pergi ke peringkat seterusnya....

24/7 (Khamis) 7.45 pagi... GAME 3/4 penentu siapa bakal mendapat GANGSA... bagi team... aku suruh dia orang pikir nie game FINAL... rebut GANGSA... bertemu tuan rumah... ILP Pedas.... kemenangan pertama 8-0 menjadi bekal buat pasukan untuk terus maju kedepan dan membuatkan pasukan-pasukan menentang JMTI menjadi takut... BARCA UTARA maklum la.... hahahha.... akhirnya 1 jaringan pertama dari Ikram dan 1 gol dari Pali menjadi pencetus kejayaan tempat 3 pasukan JMTI... tahniah JMTI... akhirnya terkeluar BADI dari KUMPULAN...

Sukan ILJTM Se-Malaysia (SISEM) 2011 di ILP Pedas

Berlabuh sudah sukan ILJTM Se-Malaysia di Ilp Pedas baru-baru nie yang berlangsung pada 19 - 23 Jun 2011...

Panjat kesyukuran kehadrat illahi sebab pasukan JMTI mencipta beberapa kejayaan manis dengan permainan yang di anggap rata-rata pemain terdiri dari FRESHIE.... semua pemain memberi semangat yang tinggi serta komitmen yang terbaik untuk berjaya...

Tahniah buat pasukan tarik tali (PERAK), bola tampar (lelaki), badminton dan bola sepak mendapat GANGSA... cemerlang buat pasukan tarik tali rata-rata pemain terdiri dari pelajar yang belum pernah pegang tali... semangat, disiplin dan jata diri yang tinggi membuatkan mereka telah BERJAYA...

Dalam nie aku nak cerita pasukan yang aku urus... pasukan bola sepak JMTI... walaupun TIADA kemudahan yang sempurna... aku PUAS sebab akhir nya pasukan bola sepak JMTI berapa di dalam golongan pasukan yang HEBAT di ILJTM... berada di tempat ke-3 secara keseluruhan amatlah baik dan terbaik... nak cerita lebih nanti aku cerita dalam Bola oooo Bola siri 3....

Tunggu lagi 2 tahun pula Sukan ILJTM Se-Malaysia (SISEM) 2013 pula di ILP Marang, Terengganu... port tempat penempatan baru aku tue... JUMPA DI TERENGGANU KITE.....

Monday, June 27, 2011

Membisu Seribu BLOG....

Salam... rasa nya lam jugak aku tak coret dalam Blog aku nie... tak tahu nak taip apa... maklumla... bulan yang penuh BUSY...

Busy ngan kursus hujung minggu 1 Malaysia.... busy ngan Sukan SISEM ILJTM 2011 di Pedas... busy semak kertas jawapan pelajar... busy key in markah pelajar... busy key in TMS pelajar baru... waduhhhhhhh-waduh pening kepala...

BUSY GILA.... hahaha... tak apa la... insyallah nanti aku bercerita lagi dalam blog nie bila aku start FREE TIME...

Sunday, June 12, 2011

Pesta Kerjaya 2011...

Adalah dimaklumkan, Institut Teknikal Jepun-Malaysia dengan kerja sama Jabatan Tenaga Kerja (JTK) P.Pinang akan mengadakan Pesta Kerjaya 2011 (Jobfair 2011) serta pameran peluang melanjutkan pengajian peringkat tinggi seperti ketetapan di bawah:-

Tarikh: Rabu, 22 Jun 2011
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Dewan Auditorium, Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI), Taman Perindustrian Bukit Minyak, Pulau Pinang.

Sila maklumkan kepada rakan-rakan yang sedang mencari pekerjaan dan yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma, Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran.

Sila layari laman web: www.jmti.gov.my & www.jobsmalaysia.gov.my untuk makluman lanjut.

Sekian, dimaklumkan.

Terima kasih.

Saturday, June 11, 2011

Bola ooo Bola (siri 2)....


Pemilihan pemain bukan la senang... pening jugak aku nak buat keputusan... nak amik pemain nie ada pulak yang membantah nya... nak amik kesemuanya, hanya 15 orang je nak kena daftar... 

Bagi aku semua boleh main... cuma mungkin ada satu dua perlu di perbaiki... kalau la aku boleh melatih bebudak nie macam orang profesional mungkin aku boleh pilih pemain yang terbaik buat JMTI... pasukan JMTi yang aku bawa kali nie... bagi firasat aku boleh pergi lebih jauh.... sebab aku dah mula bersama dengan pemain-pemain dari awal bulan Januari 2011... rasa aku dari pandangan aku mereka boleh melepasi BADI PASUKAN selama nie.. 

Bermula 26/2/2011 bertemu Veteran BM... MENANG 2-0... lepas tue pada 6/3/2011 pulak bertemu Motorola Kontrak MENANG 3-0.... pertemuan menarik dengan pasukan SENAYAN FC  pada 11/4/2011 memang terbaik.... SERI 1-1...

Menyertai perlawanan jemputan dari ADTEC KULIM di padang Dublin, Kulim pada 23/4/2011... terdiri dari 3 pasukan terhebat ILJTM tuan rumah ADTEC Kulim, ILP Ipoh dan ILP Nibong Tebal... perlawanan pertama pasukan dengan pasukan yang bakal duduk satu kumpulan dengan JMTI di Pedas... ILP Nibong Tebal... MENANG 3-0... perlawanan KEDUA menentang tuan rumah ADTEC Kulim waktu TENGAHARI... KALAH 0-1... perlawanan terakhir bertemu ILP Ipoh... SERI 0-0.... bagi aku masa nie mungkin pasukan tahu apa kelemahan yang ada...

Selepas tue pasukan di kejutkan dengan kemalangan pemain pertahanan... tonggak utama... kehilangan nya terasa pada semua pemain... sampai sebulan pasukan berehat panjang tiada persahabatan...

3/6/2011 pasukan JMTI bertemu pasukan Veteran Kota Permai... MENANG 5-0... terima kasih kepada Abang Zainal ILP Perai kerana bersama-sama pasukan JMTI sekarang nie... tanpa dia mungkin tiada lagi perlawanan persahabatan...

7/6/2011 bertemu dengan pasukan tak kurang hebat nya... bermain dengan Liga Penang Divisyen 1... Ranger Belia Kampung Baru... berbalas GOL... JMTI memulakan rentak GOL... diselangi pasukan lawan... akhir nya JMTI... KALAH 4-5...

Perlawanan persahabatan JMTI berakhir pada 10/6/2011 menentang pasukan Kampung Juru Wakil UMNO Batu Kawan... MENANG 2-0....

Pasukan JMTI akan berlepas ke Pedas pada malam SABTU 18/6/2011 jam 10.00 malam... dijangka sampai AHAD 19/6/2011... perlawanan pertama bertemu pasukan ILP Nibong Tebal di SMKA jam 5.00 petang... perlawanan kedua JMTI di ILP Pedas bertemu ILP Kuala Lumpur pada 21/6/2011 jam 7.45 pagi... rekod pertemuan JMTI sebelum ni dengan kedua-kedua pasukan MENANG...

Berbekalkan jersi baru...

Wednesday, June 8, 2011

Tug of WAR....


Sukan yang paling meninggalkan kenangan manis buat aku... biarpun tak sehebat orang yang menariknya... mungkin sebab saiz aku yang semakin membesar membuat aku bertambah suka dengan sukan nie...

TARIK TALI.... yeah... memang best... nie la sukan paling extreme aku ceburi sebelum aku join ngan budak-budak bola... kenangan manis menjuarai sukan ILJTM zon utara kat ILP IPOH... tue la kenangan... memang best... semua pemain yang tarik memang kepala gila-gila... gila pada tali... masa tue kira pantang tengok TALI... kira nak tarik je... hehheh

Kalau diberikan peluang sekali lagi untuk mengurus pasukan tarik tali mungkin jawapan nya... TIDAK lagi... biar la semuanya kenangan...

Zaman aku uruskan tue masa tue 1st MAN (Lan Bulu)... 2nd MAN (Adzim)... 3rd (Ain)... 4th (Apak)... 5th (Khairee).... 6th (Man)... 7th (Rais) dan the LAST MAN (Pak Din)... tak lupa pada Apai dan Hulk yang turut membantu...

Sunday, June 5, 2011

Bola ooo Bola (siri 1)...

Saingan Piala FA antara Kelantan dan Terengganu... begitu juga Liga Super Malaysia... sengit... panas...

Dalam blog ini aku nak cerita pasal pasukan bolasepak yang aku tengah uruskan nie... aku nie bukan la sehebat pemain bolasepak terkemuka... bukan la pandai main bola sepak... sekadar sepak gitu-gitu je... minat pada bola tak la segila BOLA... heheh.. bak kata orang makan bola tidur bola... macam-macam ragam berlaku... ada manis ada masam...

Aku cuma berminat dengan BOLA sahaja... nak kata main tue sepak saja-saja boleh la... nak main skill tahap tinggi tue tak la sangat...

Di tempat keja aku nie.. aku jadi manager BOLA... hehhe macam Alex Ferguson (MU)... tapi tak la setaraf tue.. cuma tahu la nak handle sikit-sikit pasal bola nie... aku mula start terjebak dengan PENGURUS BOLA nie dari tahun 2007 di ILP Kepala Batas.... pencapaian pasukan bagi aku... team JMTI nie berpotensi ke depan... sebab pemain-pemain ada cara bermain... cuma rezeki belum ada... di ILP Kepala Batas peringkat sukan ILJTM zon Utara... hampir layak pecah kebuntuan ke peringkat seterusnya... cuma tak mengizinkan lagi... hanya peringkat kumpulan saja...

Lepas tue aku memimpin pasukan impian JMTI ke ILP Kangar peringkat sukan ILJTM zon Kebangsaan 2008... boleh dikatakan pasukan mampu pergi jauh... impian nak bermain di Stadium mini UITM Arau berkecai apabila hanya mampu berada di peringkat kumpulan lagi... perlawanan pertama dengan CIAST... hanya mampu seri... lepas tue game kedua dengan penuh semangat membara pemain yang rasa diri dia orang mampu menewaskan ILP Selandar sebab rekod sebelum nie amat memberangsangkan... hanya mampu gigit jari apabila di malukan oleh ILP Selandar 1-0... keesokan hari nya setelah di BRAIN WASH pemain-pemain... perlawanan dengan ILP Kuala Lumpur... pasukan ILP KL boleh dikatakan pasukan yang BAIK dan PSYCHO dari segi penampilan mereka... pada mula nya aku rasa team aku akan kalah.... tapi sebalik nya mereka membelasah ILP KL 2-0... jadi game seterusnya menaik semangat mereka semula... pertemuan dengan ILP Pasir Gudang... team ILP PG hanya perlu SERI dan JMTI lak memerlukan KEMENANGAN untuk melepasi peringkat KUMPULAN... separuh masa pertama JMTI lead jaringan... separuh masa kedua menjadi tragedi peringkat kumpulan lagi... apabila kita menghadiahkan sepakan percuma di luar kotak penalti... HANYA SERI memisahkan tembok ke peringkat seterusnya...
Walaupun GAGAL... aku bangga NAMA JMTI di SEBUT dan di GERUNI walaupun TIADA PADANG... TERIMA KASIH buat semua pemain-pemain...

Tahun 2011 merupakan satu lagi cabaran bagi aku... MAMPU kah mereka... tunggu sambungan cerita Bola ooo Bola 2....