Pengikut-pengikut

Tuesday, May 10, 2011

Fire Burger Station...

Fire Burger itu la nama nya... dibuka pada bulan April 2010... dihadapan Balai Bomba Simpang Ampat... kini beroperasi di dalam kawasan JMTi... tapak pasar malam JMTi...

Latest... Rusa dan Kambing


Pandangan sisi stall
Tapak Lama
Fire Burger depan Balai Bomba Simpang Ampat

Jalan-Jalan Cari Makan...

Nie lah hobi aku... pantang dengar ada kedai makan baru... pasti akan aku pergi try test... sedap tak sedap belakang kira yang penting makan dan makan... duit aku abis kat makan je... mana tak semakim membesar je aku nie...

        
Nasi Beraini Paha Kambing Puncak Mutiara
Akan di upload lagi gambar-gambar... tak sempat nak bluetooth lagi...

Gila Kek...


INDULGENT CAKE
"Umi hari nie umi masak apa tengahari" tanya Wawa sambil ke dapur... "KEK LAGI..." hehehhe

Menjadi hobi baru buat isteri aku sekarang nie... boleh katakan seminggu sekali buat kek... nie salah satu kek hasil tangan dia la... boleh tahan la sedapnya... kalah SECRET RECIPE...

Kejap aku load lagi kek-kek yang telah di buat oleh isteri a.k.a umi...

RAINBOW CARAMEL CAKE
OREO CHEESE CAKE
CHOCOLATE CAKE
RAINBOW CARAMEL CAKE

Panas Nya...


Panas nya... tue la tajuknya... bukan GOSIP bukan cerita FIRE BURGER yang panas dijual... memang cuaca kita panas sekarang nie... boleh kata setiap malam PANAS... nie dia berita sebab apa kita duduk kat rumah PANAS... petikan di ambil dari BERITA HARIAN online...

KUALA LUMPUR: Kepanasan luar biasa yang berlaku di kebanyakan bandar utama negara, khususnya di Pantai Barat Semenanjung ketika ini sehingga mencecah suhu di antara 35 hingga 36 darjah Celsius dijangka berakhir dalam tempoh terdekat.

Jurucakap Jabatan Meteorologi berkata, fenomena itu disebabkan Ribut Tropika Aere dikesan berlaku di utara Filipina yang meniup angin dari arah barat daya ke negara ini.
“Ia disebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering,” katanya di sini, semalam.
Malaysia pernah mencatat suhu 38.3 darjah Celsius di Alor Star, Kedah pada Februari 2005 dan tertinggi sehingga 40.1 darjah Celsius di Chuping, Perlis pada 9 April 1998. Monsun barat daya yang membawa cuaca kering lazimnya berterusan sehingga September.

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi, Saw Bun Liong, dipetik BERNAMA berkata keadaan panas yang berterusan akan menyebabkan rumput dan tanah menjadi kering.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan pembakaran secara terbuka dan mengurangkan aktiviti luar yang mendedahkan diri mereka secara terus kepada matahari.

Sementara itu, pengamal perubatan, Dr K Venkateswara Rao, berkata berikutan keadaan suhu mencecah sehingga 36 darjah Celcius, orang ramai bukan saja harus mengurangkan aktiviti luar malah perlu mengamalkan corak pemakanan seimbang. “Individu perlu minum air secukupnya dan elak makan makanan pedas serta banyakkan pengambilan sayur,” katanya.
______________________________________________________________

Yang syok nya... bangun pagi tadi aku tutup la suis aircond rumah aku... satu letupan kecil berlaku... punya la PANAS sampai suis rumah aku pun terbakar... dan yang paling penting FIRE BURGER stay maintain HARGA...

Jadi lepas nie sama-sama la kita jaga ALAM SEKITAR sekeliling kita... jangan duk jadi USOP WILCHA lak... asyik nak BAKOR jer... nanti PANAS siapa yang di salahkan...

"LU PIKIR LA SENDIRI" kata NABIL...

20 sen lagi...

Selamat pagi... bangun pagi seperti biasa jam 6.45 pagi... masuk je kereta buka radio... apa lagi dengar radio HOT FM la... konon nya nak dengar panggilan HANGIT... akhirnya tak berjaya sebab tiada siaran dalam kenderaan aku... huhuhu..

Jadi aku ON la aku radio biasa aku SURIA FM... Gula naik 20 sen lagi dari RM2.10 dan sekarang RM2.30 sekilo...

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.

azlan"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain.

Jelasnya, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Ayat yang sama bagi 5 item PANAS... negara kita lebih rendah dari negara luar...

Saranan kerajaan nak rakyat Malaysia kurangkan makanan bergula... kurang keriuhan gula naik... cuba MINYAK naik... dah tentu orang kita akan NAIK MINYAK... riuh bagai nak rak cerita sana sini... orang tue tak betul orang nie tak betul...

Lepas nie lepak kedai makan jangan terkejut minuman naik harga... AIS KOSONG pun 20 sen... *senyum* jangan lepas nie 50 sen dah la...

Dalam tahun yang semakin moden nie... satu persatu yang dulu mungkin murah akan menjadi mahal... suatu yang mahal pulak akan menjadi murah apabila ia menjadi keperluan... kita boleh tengok peralatan elektronik terutama komputer, telefon dan lain-lain... dulu nya nak pakai pun susah... tapi sekarang nie budak sekolah rendah pun dah pakai semua tue...

Keperluan seperti Tepung, Gula, Minyak Masak dan Ayam paling best sekali bila NAIK... sebab bila benda semua NAIK... yang lain turut akan NAIK terutama di kedai-kedai makan... kalau RON97, RON95 dan DIESEL yang NAIK... dah tentu lah rakyat NAIK MINYAK dan terus NAIK HANGIN...

Apapun yang dilakukan oleh kerajaan ada sebab tertentu... SEBAB apa ye???