Pengikut-pengikut

Wednesday, May 11, 2011

Fire Burger Lagi...

Supermodel FIRE BURGER... thank Wiwie
Meleleh....
Tak penyet lak tue...

Di tapak lama...
Special Menu's Kambing/Rusa/Arnab/Ostrich
Port baru FIRE BURGER...
Port lama FIRE BURGER...
Menu yang ada di FIRE BURGER
Sebelum beroperasi...

360˚ ganti PTK.... CUEPACS puas hati...


Kongres mahu bincang semula pelarasan gaji, elaun

PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada dasarnya berpuas hati dengan penjelasan mengenai pelaksanaan penilaian tahap kecekapan (PTK) menggunakan konsep 360 darjah yang diperjelaskan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam perjumpaan hampir empat jam semalam. 

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata berasaskan perbincangan setakat ini, pihaknya mendapati ada perubahan berbanding PTK yang diguna pakai sebelum ini, tetapi mereka akan adakan perjumpaan lanjut dengan JPA.  

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata berasaskan perbincangan setakat ini, pihaknya mendapati ada perubahan berbanding PTK yang diguna pakai sebelum ini, tetapi mereka akan adakan perjumpaan lanjut dengan JPA.
“Buat masa sekarang, CUEPACS mencapai persefahaman dengan JPA untuk membincangkan isu ini secara tertutup dan kita akan kemukakan semua syor kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Datuk Seri Abu Bakar Abdullah) dalam perjumpaan akan datang,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Akhbar ini kelmarin melaporkan, prestasi kakitangan awam akan dinilai menggunakan konsep 360 darjah oleh pegawai atasan, rakan sejawatan dan kakitangan bawahan bagi menentukan tahap kecekapan mereka untuk pertimbangan panel khas bagi kenaikan pangkat, pengisian jawatan kosong yang lebih tinggi serta penempatan baru.

Dalam perkembangan lain, Omar berkata, pihaknya akan membincangkan semula isu pelarasan gaji, Elaun Sara Hidup (COLA) dan elaun perumahan pada mesyuarat kesatuan di Lumut, Perak pada 26 dan 27 Mei ini bagi menentukan permohonan yang hendak dipanjangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Antara lain, CUEPACS meminta kerajaan mengkaji kenaikan elaun perumahan sedia ada, terutama bagi kakitangan gred 1 hingga 40, iaitu daripada RM180 kepada RM350, manakala elaun perumahan untuk kakitangan gred 41 ke atas dikekalkan kerana sudah dianggap mencukupi.
Bagi COLA pula, kesatuan itu menuntut bayaran sama rata RM300 berbanding amalan sekarang yang mana kakitangan awam di bandar besar dibayar RM300, bandar kecil (RM200), manakala RM100 dibayar kepada mereka di luar bandar.

Dari segi pelarasan gaji pula, Osman menggesa proses itu disegerakan kerana kira-kira 20 peratus daripada lebih 700,000 kakitangan awam rendah bergaji kurang RM2,000 sebulan dilaporkan terpaksa membuat kerja kedua atau kerja sampingan bagi mengatasi masalah kewangan yang dihadapi.

“Ini kerana kos sara hidup dan harga barangan keperluan seharian sudah meningkat, malah hari ini (semalam) gula naik 20 sen. Saya khuatir prestasi kerja kakitangan awam yang melakukan dua kerja atau kerja sambilan terjejas.

“Kita tidak boleh larang mereka bekerja, malah sudah ramai yang bekerja sebagai pemandu teksi, kakitangan stesen minyak atau di kompleks beli belah. Cuma jangan buat kerja berisiko sehingga menjejaskan tugas hakiki,” katanya.

Omar berkata, semua perkara itu akan dibincang pada peringkat CUEPACS terlebih dulu akhir bulan ini sebelum dipanjangkan kepada Perdana Menteri, seboleh-bolehnya dalam bulan ini juga sempena sambutan Bulan Pekerja.

Katanya, kesatuan sekerja itu memutuskan tidak mengemukakan tuntutan terbabit dalam perjumpaan dengan Perdana Menteri pada tahun lalu atas kesedaran keadaan ekonomi ketika itu tidak mengizinkan. 
----------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila la aku nak naik pangkat... PTK sempat aku amik.... tue pun cukup makan je... nak harap dapat APC belum tentu la... sendiri nilai pun dah tahu TAK LAYAK... heheh

Lepas nie kena nilai dengan rakan-rakan sekerja pulak... heheh... kena la rakan-rakan yang baik...nilai nya baik la.. kalau rakan tak sekepala.. jawapan nya cara PHD la... heheheh... 

Apa pun penilaian akan di sambut dengan BAIK dan TERBAIK la...

Sekolah Vokasional akan jadi KOLEJ....

Petikan dari Berita Harian Online



MALAYSIA akan merombak sistem pendidikan teknikal dan vokasional, sekali gus mengubah nama sekolah vokasional kepada kolej vokasional, yang akan menawarkan diploma atau diploma lanjutan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan akan melakukan sedikit pindaan kepada Akta Pendidikan negara tidak lama lagi. 

“Ia bukan saja bagi menghapuskan stigma atau persepsi bahawa pendidikan teknikal dan vokasional sebagai pilihan kedua, selepas bidang akademik lain, malah akan memberi satu laluan kerjaya pendidikan yang lebih jelas.  

“Ia tidak terbatas kepada Sijil Kemahiran Malaysia saja tapi sijil yang lebih tinggi setaraf diploma atau diploma lanjutan,” katanya pada sidang media sebelum menyampaikan ucaptama di Mesyuarat Mesyuarat Ketiga Menteri-Menteri Pelajaran Asia Eropah (ASEMME3) di Axelborg Hall di sini, petang semalam.

Hadir sama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Duta Malaysia ke Sweden, Datuk Kamarudin Mustafa; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Dr Rujhan Mustafa dan Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Datuk Syed Ahmad Hussein.

Timbalan Perdana Menteri berkata, rombakan kursus teknikal dan vokasional adalah untuk memastikan tidak ada lagi stigma kepada bidang berkaitan, seperti sebelum ini yang kebiasaannya menyaksikan pelajar disalur ke bidang berkenaan kalau mereka tidak cemerlang dalam akademik.

Muhyiddin berkata, pendekatan sebelum ini adalah tidak tepat kerana di negara maju aspek teknikal dan vokasional diletakkan sebagai pilihan sama dengan akademik.
“Jadi kita sedang melakukan transformasi ini. Kita nak lihat prestasi setiap pelajar kalau kecenderungan awal mereka pada bidang yang tidak terlalu akademik, kita akan salurkan mereka bidang teknikal dan vokasional, sama ada di sekolah menengah biasa yang menawarkan mata pelajaran vokasional atau di sekolah vokasional.

“Kita akan mengubah nama sekolah vokasional kepada kolej vokasional yang menawarkan diploma atau diploma lanjutan yang mana pelajarnya berpeluang melanjutkan pengajian di universiti selepas itu,” katanya.

Beliau berkata, subjek teknikal dan vokasional juga akan ditawarkan di peringkat menengah rendah, supaya pelajar dapat mengambil bidang yang mereka minati lebih awal.

Pada masa sama katanya, Malaysia akan mengkaji program kerjasama dan bertukar pengalaman dengan institusi berkaitan di Eropah, seperti di Perancis, yang mana sasaran ditetapkan kerajaannya ialah 60 peratus pelajarnya mesti pergi ke sekolah vokasional, sekali gus mereka mengiktiraf vokasional lebih penting berbanding akademik.

"Namun kursus yang ditawarkan di Perancis jauh lebih canggih. Ini contoh di mana kita boleh berkongsi pengalaman, mungkin bertukar tenaga pengajar dan melihat kurikulum apa serta subjek yang mereka ajar. Mungkin kita boleh adakan program pertukaran pelajar untuk melihat apa yang telah dilakukan Eropah," katanya.

Ditanya apakah Malaysia juga akan meletakkan sasaran 60 peratus seperti Perancis, Muhyiddin berkata Malaysia masih jauh terkebelakang iaitu baru 10 peratus dan akan di pertingkatkan kepada 20 peratus dalam tempoh lima tahun ini. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Vokay... nama yang tak pernah aku lupa... kat sini aku belajar semasa aku tingkatan 4 dan 5.... dalam jurusan AUTOMOTIF ambil SPMV....

Motto sekolah "WE GOT TO BE NUMBER ONE"...

Doa ringkas selepas solat...

 
Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.


Kursus 1 Malaysia


Borang kursus 1 Malaysia



Warden ooo warden episod-1...

Memo mencari warden baru keluar lagi... siapa pulak yang akan keluar... KESIAN... apa pun ini la dinamakan warden asrama... habis 2 tahun kontrak bersiap sedia la dengan rumah sewa... tambah-tambah yang ada masalah... bukan nak menuding jari... memang kenyataan nya HABIS MADU SEPAH DIBUANG... engkau buat la apa pun keja mengenai warden... kalau ada yang kata tak buat keja... biasa la tue...

Di mana-mana sahaja warden sama saja... seorang insan yang perlu melakukan tugas-tugas warden yang tercatat dalam peraturan menjadi warden...

Seronok jadi warden nie... tambah-tambah dapat duduk dalam kuarters... potongan rumah separuh... eluan cola separuh... siap dapat balik elaun warden lagi... pusing mai pusing pie... dapat la balik duit yang di POTONG tadi... sama je... kira rumah FREE le.. tak payah pikir sewa bulanan... ada lagi yang seronok nya... nak pie keja punya la dekat... save minyak kenderaan....

Tue yang seronok nya...  yang tak seronok bila HABIS MADU SEPAH DIBUANG... pelbagai kenangan manis dan pahit aku ketika menjadi warden... biarlah menjadi KENANGAN dalam hidup aku... tak payah la nak bercerita kat sini...

TERIMA KASIH kepada pihak pengurusan memberi aku kepercayaan menjadi warden dari tahun 2003 sehingga tahun 2009... 2005-2007 aku jadi KETUA WARDEN... pelbagai yang telah aku belajar ketika menjadi warden... telah mendapat tunjuk ajar dari beberapa rakan seperjuangan seperti zaman aku warden kekwa bersama Fakha... warden bunga raya Azilan dan Sani... warden sakura kak Sal, Zana dan Zatul Iradah... penyelia asrama Sharizal Ngah (Bob yang sebenar)... memang enjoy...
Sharizal Ngah a.k.a BOB Penyelia Asrama...

Bagi yang nak mencuba nasib... silakan... yang penting ikutlah arahan warden-warden yang telah tertera dalam peraturan nya... SELAMAT MAJU JAYA kepada yang bakal menjadi warden... bagi yang TAMAT tempoh jangan KECEWA... ingatlah REZEKI ADA DIMANA-MANA dan MUNGKIN HARI INI HARI DIA ORANG.... bagi warden yang sedia ada berpakatlah jangan asyik mencari kesalahan sesama... kerana KITA SEMASA WARDEN DIPERHATIKAN....