Pengikut-pengikut

Monday, May 16, 2011

Nasi Lemak vs Mc D....


Nie bukan isu apa pun... cuma tertarik percakapan semasa majlis bersama KPPA di Adtec Taiping, sabtu lalu.... mencerita kan tentang nasi lemak...

Cerita nasi lemak nie menarik sebab.. dalam tersirat nya merupakan kita PLV nie... kisahnya nasi lemak utara dengan nasi lemak antarabangsa kuala lumpur.... nasi lemak utara mungkin sikit isi nya... tapi sedap dan murah.... nasi lemak antarabangsa mungkin mahal dan sedap rasa nya... Dato' KSU mengajak PLV menjadi nasi lemak antarabangsa supaya lebih maju dan berdaya saing...

Ada pulak cerita dari pengarah JPK... nak jadi lebih maju nasi lemak nie.. kena la bawa ke peringkat antarabangsa... keluar kan produk nya keseluruhan malaysia dan serata dunia....


Yang paling best sekali salah seorang wakil PLV dari Nibong Tebal... mencerita kan kalau nak jadi macam tue semua.... kita mesti la ambik contoh MC D kalau nak nasi lemak di kenal serata dunia...

Hari yang penuh dangan cerita nasi lemak...

Selamat Hari Guru...

~GURU PEMBINA NEGARA BANGSA~ Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca ~JASAMU GURU… AKAN KAMI KENANG SEPANJANG HAYAT~


Di sini la aku bermula bersekolah rendah... nak kata budak famous tak la sangat... cuma budak biasa yang kurang di kenali... budak hingusan lagi masa nie...
Aku sekolah nie dari tahun 1 sehingga tahun 6... pelbagai jenis rakan dan sahabat yang ku kenali... tapi entah la ke mana agaknya mereka nie semua... rindu jugak zaman sekolah rendah nie...
Selalunya sebelum masuk kelas pepagi... depan tapak perhimpunan la menjadi gelanggang main kejar-kejar... tiang-tiang sekolah jadi port galah panjang... pelbagai permainan yang di main nya sehingga loceng sekolah di bunyikan...


Tamat tahun 6.... isi borang masuk sekolah menengah... ramai rakan-rakan dari sekolah rendah aku nie masuk ke KSAH.... tapi entah macam mana boleh aku seronok sangat nak masuk SMDSO nie... 

Di sekolah nie aku belajar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 3 saja... pelbagai memori di kongsi di sekolah nie... di sekolah nie la aku di lantik menjadi penolong ketua kelas dan pernah memegang jawatan ketua kelas...

Zaman nie la aku mula zaman kenakalan aku... hahaha... nak kata wanted tue tak la... cuma zaman nie aku kena jaga budak-budak yang nakal je... setakat kena penampar PK HEM cikgu disiplin sekolah tue perkara normal la...
 
 Tamat PMR... masuk la aku ke aliran Perdangangan... masa nie aku buat dek je kat kelas... mana tak nya yakin dapat masuk ke SMV Alor Setar masa tue...

Akhir nya aku masuk jugak sekolah nie.. aku lepak sekolah nie 2 tahun.. tingkatan 4 dan 5.... masa nie amik SPMV.... kat sini aku belajar kursus Automotif.... di sebabkan guru kelas aku masa tingkatan 3 Cikgu Norliati menjadi guru kelas aku kat SMVAS nie.. jadi aku dilantik sekali lagi menjadi ketua kelas.... huhuh... muka baik kot.... 

Kat sini aku teringat zaman kenakalan teramat sangat... terutama cikgu-cikgu di bengkel Automotif.... macam-macam kami buat perangai masa kat bengkel.. dan macam-macam denda yang cikgu buat untuk kami berjaya...

Tanpa GURU mungki tiada la aku menjadi GURU pulak di JMTI nie.... 

SELAMAT HARI GURU 2011