Pengikut-pengikut

Sunday, July 29, 2012

Diet Siri 7...

Salam ramadhan... lama tak aku cerita pasal diet mendiet nie... so kali nie aku nak cerita sikit tips diet di bulan posa.... ada artikel menarik dari satu laman nie... so aku akan berkongsi bersama-sama...

Bulan Ramadhan merupakan waktu ideal untuk menyahtoksidkan tubuh serta mengimbangkan semula berat badan anda. Diet kita seharusnya seringkas yang mungkin supaya berat badan dapat dikekalkan justeru kita tidak perlu makan berlebihan pada waktu iftar (buka puasa), makan malam, moreh atau sahur. Tubuh manusia berupaya melakukan mekanisme pengawalaturan semasa berpuasa. Pengamalan diet yang seimbang semasa bulan Ramadhan adalah mencukupi untuk memastikan seseorang itu sihat dan aktif. Jika seseorang itu mempunyai berat badan berlebihan, Ramadhan adalah bulan yang sesuai untuk menurunkan berat badan.

Memandangkan kita berpuasa untuk jangka masa yang lama, kita seharusnya mengambil makanan yang lambat hadam seperti barli atau gandum berbanding dengan makanan yang cepat hadam seperti karbohidrat ringkas atau terproses. Makanan yang lambat hadam bertahan sehingga lapan jam berbanding dengan makanan cepat hadam yang hanya bertahan selama hanya tiga hingga empat jam.
MAKAN
  • Karbohidrat kompleks pada waktu sahur supaya makanan bertahan lebih lama dan membuat anda kurang lapar.
  • Soya merupakan sumber protein yang penting dan merupakan makanan yang lambat terbakar.
  • Kurma adalah sumber gula, serat, karbohidrat, kalium dan magnesium yang baik. Badam pula kaya dengan protein dan serat serta kandungan lemak yang rendah.
  • Pisang merupakan sumber kalium, magnesium dan karbohidrat yang baik.
MINUM
  • Minum air atau jus secukupnya di antara waktu iftar dengan waktu tidur supaya badan anda dapat mengimbangkan aras bendalir dalam badan.
ELAKKAN
  • Makanan goreng dan berlemak.
  • Makanan bergula.
  • Makan berlebihan terutamanya pada waktu sahur.
  • Makanan yang pedas.
  • Terlalu banyak minum teh semada sahur. Teh membuat anda membuang lebih banyak air kecil, yang membawa bersamanya garam galian yang badan anda perlukan sewaktu siang.
  • Merokok. Adalah baik jika dapat berhenti merokok mulai bulan Ramadhan, seperti yang telah diketahui umum, merokok membahayakan kesihatan.
SENAMAN
Disarankan setiap orang melakukan beberapa jenis senaman ringan seperti aktiviti regangan otot atau berjalan cepat/laju.

Mutiara Kata siri-1...