Pengikut-pengikut

Wednesday, August 17, 2011

Penantian Bonus...

Bila agaknya nak dapat nie... aduh... pening kepala... semua benda nak buat tergendala... 

Orang lain 15 Ogos semua dah cakap kata dah masuk.. tambah-tambah yang pakai akaun Maybank... semua dah dapat... pada mula nya aku ingat memang akaun aku lewat masuk... waduh-waduh.. rupa nya memang belum masuk...

Nak jadi kan cerita aku pun telefon la bahagian Kewangan JMTI... memang la siapa tak nak BONUS... cuba kena tang batang hidung... mau bising satu kapal... orang kata aku duk kecoh-kecoh pasal BONUS tak masuk... mana tak bising nya... GILA ke apa.. duit tue...

Aku cakap la bahagian kewangan kata Bonus aku tak masuk lagi.. jawapan dari dia orang suruh aku telefon HQ tanya sendiri sebab gaji aku HQ yang buat sekarang nie.. tu alasan dia orang... sepatut nya kerja aku ke nak berhubung semua nie.. tak apa la gaji aku duit aku.. jadi aku pun call le HQ bahagian kewangan... jawapan dari dia orang pada mula nya... kata JMTI yang patut bayar.. TOLAK SANA TOLAK SINI... macam bola kat padang lak..

Aku pun minta awek HQ tue sendiri call bahagian Kewangan JMTI bercakap dan terang sendiri... jawapan yang di tunggu tak ada jugak... sedih betul... kata nya HQ kena buat.. jadi agak-agak bila la aku nak merasa DUIT RAYA...