Tujuh Punca Utama Cepat Lapar
Pasti anda pernah mengalami situasi di mana walaupun anda baru sahaja selepas makan, anda amat cepat untuk berasa lapar kembali. Ini akan membuatkan anda untuk makan banyak kali. Ia tidak baik untuk penjagaan kesihatan. Jadi, apakah punca yang menyebabkan masalah ini?
(1) Minum terlalu banyak minuman manis- Hasil
daripada kajian oleh University of California di San Fransisco mendapati
bahawa kandungan gula boleh 'menipu' otak terhadap keinginan untuk
makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu
otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya.
(2) Makan makanan bertin- Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia seperti bisphonel-A
atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon leptin seseorang. Ia akan
menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan
sebagai punca terhadap masalah obesiti.
(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi- Hasil kajian
terhadap 6746 orang selama empat (4) tahun mendapati bahawa seseorang
yang mengambil 300 kalori pada sarapan pagi akan meningkatkan
pertambahan berat badan sebanyak dua (2) kali ganda berbanding orang
yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi
akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.
(4) Tidak makan sayur-sayuran- Khasiat di dalam
sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama
dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.
(5) Tidak minum teh kurang gula- Hasil daripada
kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas
makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak
langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.
(6) Kurang minum air masak- Tubuh badan yang kurang
air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia
meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum makan anda
perlu minum air masak terlebih dahulu.
(7) Kebosanan- Hasil daripada kajian penyelidik
Flinders University, Australia mendapati bahawa kebosanan akan
meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak.