Pengikut-pengikut

Tuesday, December 31, 2013

Hijrah ke TAHUN baru...

Jam menunjukkan 1.24 pagi... pergh tengah malam nie... tak boleh nak tidur lagi... jadi aku pun cuba la nak menaip cerita dalam BLOG aku nie.... entah la apa tajuk yang sesuai entah la aku nak taruh...

PENGHIJRAHAN dari BAIK menjadi LEBIH BAIK...

Kalau cerita HIJRAH mesti orang akan ingat MAAL HIJRAH.... 

  • Hijrah dari segi istilah ialah: perpindahan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam berserta sahabat – sahabat baginda dari Kota Makkah ke Yathrib (Madinah) pada tahun 622 Masihi, iaitu 13 tahun selepas baginda diutus menjadi Rasul.
Ini maksud HIJRAH... kat sini aku nak cerita pasal penghijrahan HATI kita... dari BAIK akan menjadi LEBIH BAIK... nak tak kita jadi LEBIH BAIK... tentu la NAK.... siapa yang tak nak jadi LEBIH BAIK... nak jadi LEBIH BAIK bukan la perkara yang SUSAH.. yang menjadi SUSAH adalah diri kita sendiri sama ada NAK BAIK atau TIDAK.... berfikir la secara orang yang dah berjaya dan telah menjadi LEBIH BAIK.... kebanyakan mereka ini tidak PERNAH memikirkan perkara-perkara NEGATIF.... jadi kat sini kita pelbanyakkan FIKIRKAN yang POSITIF supaya diri kita bersiap sedia menjadi LEBIH BAIK...

Di samping itu kita juga kena mencari HIDAYAH... bukan HIDAYAH awek ke apa.. HIDAYAH dalam diri kita... terdapat empat perkara yang saya amik dari petikan sebuah blog nie...

1. Bersihkan NIAT...
2. Buka Al-Quran dan Tadabbur... 

(Tadabbur adalah perenungan yang menyeluruh untuk mengetahui maksud dan makna dari suatu ungkapan secara mendalam)
(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)? Muhammad ayat 24

3. Jangan hipokrit diri kita dengan perbanyakkan KEIKHLASAN dalam BERSOLAT...
4. ISTIQAMAH / jangan sekali-kali BERPUTUS ASA... banyakkan BERDOA...  

Marilah sama-sama kita renungkan sama ada kita nak jadi LEBIH BAIK atau hanya menjadi diri kita sekarang ini... saya mohon maaf andai nya tersilap kata... yang silap itu datang dari saya... yang benar itu datang dari ALLAH swt....

Sunday, September 15, 2013

MAKSAK Penang 2013...

Percubaan pertama aku dan rakan-rakan aku join MAKSAK Penang untuk acara KAROM.... banyak pengalaman mengajar cara permainan KAROM nie... macam-macam peraturan yang ada rupanya...

Selalu main guna peraturan sendiri... bila dah pergi pertandingan rupa-rupanya ada perbezaan nya... peraturan menggunakan tahap International... ye la... nak jentik striker ke belakang pun BOLEH.. tiada ISTILAH buah mati... semua HIDUP... dengan bentuk papan yang cucuk berbeza... Selalu main papan JANTAN... sekali main PAPAN BETINA... heheheh... terkujat seketika la tengok... 

Pengalaman mengajar erti INGIN mencuba lagi tahun depan...

Papan Jantan Selalu main...
Papan betina TOURNEMENT MAKSAK...

Thursday, August 1, 2013

Edisi BOLA Lensa...

Masuk suratkhabar lagi... kat sini aku nak kongsi kenangan bersama team BOLA aku....

Sabtu 4 Mei 2013 selepas menjadi JOHAN Karnival Kecemerlangan Ko-Kurikulum ILJTM zon Utara 2013
14  Julai 2012 menjadi JOHAN Piala Pengarah ADTEC Kulim 2012
17 November 2012 menyertai Kejohanan Empat Penjuru anjuran Politeknik Seberang Perai


Thursday, June 6, 2013

Final Year Projek 2013...

E-roll Sugar Cane
Sessi 1/2013 ini aku menjadi Penyelia kepada 2 kumpulan... dua projek akhir tahun 1/2013 yang dibentangkan...

Projek pertama E-roll Sugar Cane yang di bina oleh tiga pelajar iaitu Rahmat, Nor Ashraf dan Siraj Munir.... projek yang kedua pulak adalah Mesin Pengupas Kulit Durian yang di siapkan oleh tiga pelajar juga iaitu Sastria, Khairudin dan Farah

Mesin Pengupas Kulit Durian
Apapun tahniah kepada mereka kerana gigih dan berjaya mencipta sesuatau yang inovasi... walaupun ada bahagian-bahagian tertentu yang perlu di perbaiki lagi... projek E-roll Sugar Cane berjaya berfungsi dengan baik... akan tetapi mesin ini perlu di KEMASKINI dari segi LUARAN dan DALAMAN... bagi projek Mesin Pengupas Kulit Durian pula perlu banyak lagi yang di tambah baik... mesin berfungsi cuma hasil masih belum memuaskan... dari segi kekemasan mesin, keselamatan dan lain-lain lagi...

Terima kasih dan sekalung tahniah kepada kedua-dua pasukan ini kerana berjaya menghasilkan mesin dan inovasi...

Sunday, April 21, 2013

We are CHAMPION...

Keceriaan wajah pemain-pemain yang bersama-sama

Begitulah ungkapan yang boleh di UNGKAPkan... tahniah kepada pemain-pemain BOLASEPAK 2013 JMTI kerana telah BERJAYA menjadi JOHAN acara BOLASEPAK di Sukan ILJTM Zon Utara yang bertempat di ILP Arumugum Pillai, Nibong Tebal, Pulau Pinang...

Hari nie aku nak coret kan sedikit perjalan serta laluan pasukan JMTI Soccer 2013 di bimbing oleh JURULATIH yang berpengalaman En. S. Thiagarajan... dan di bantu oleh aku sebagai PENGURUS pasukan...

Laluan perlawanan Bola Sepak Zon Utara

Perlawanan berlangsung pada 20 dan 21 April 2013 bertempat di DUA (2) venue perlawanan iaitu di Padang Sekolah Menengah Jawi dan Padang Belia Jawi...

Piala Pusingan Bolasepak
JMTI Soccer 2013 di undi bertemu dengan pasukan yang boleh di katakan MUSUH KETAT pasukan sejak JMTI di tubuhkan... pasukan ADTEC Kulim... pasukan ini adalah salah satu pasukan TERBAIK juga la dalam ILJTM... Separuh masa pertama bermula dengan ASAKAN demi ASAKAN pasukan lawan sehingga berjaya mendapat jaringan PERTAMA... di mana pasukan ADTEC mendahului JMTI separuh masa pertama dengan jaringan 1-0... semasa dalam masa rehat separuh masa pertama.. pemain-pemain di BASUH secukupnya oleh MR. Rajan... separuh masa kedua menyaksikan kebangkitan pasukan JMTI di mana beberapa pemain di TUKAR ganti... pemain gantian Badzeer telah menjaringkan gol penyamaan di minit-minit terakhir... perlawanan berkesudahan dengan JMTI (1) vs ADTEC Kulim (1)... perlawanan di teruskan dengan sepakan PENALTI... keputusan PENALTI berkesudahan dengan JMTI (4) vs ADTEC Kulim (4)... jadi penentuan di tentukan dengan acara lambung duit oleh KAPTEN pasukan masing masing... akhirnya KEMENANGAN memihak kepada pasukan JMTI dengan lambungan 2-1.....

Pingat yang di menangi
JMTI berjaya melangkah sekali lagi ke perlawanan separuh AKHIR... kali ini JMTI bertemu dengan pasukan yang pernah di BIMBING oleh Mr. Rajan... pasukan ini juga mantap dan hebat... saya akui pasukan ini mampu buat kejutan kepada pasukan... untuk perlawanan ini pasukan JMTI bertemu dengan ILP Kepala Batas... sama juga seperti perlawanan pertama.. JMTI ketinggalan gol dengan 1-0... di minit-minit terakhir pasukan JMTI di hadiahkan sepakan percuma yang di ambil oleh Alif... sepakan percuma yang lambung tinggi di tanduk masuk oleh pemain pertahanan sendiri pasukan ILP Kepala Batas... keputusan penuh berkesudahan dengan JMTI (1) vs ILP Kepala Batas (1)... perlawanan di teruskan dengan sepakan PENALTI... semangat yang tinggi yang di tunjukkan oleh pemain memberi suntikan untuk ke FINAL buat kali pertama dalam sejarah BOLASEPAK JMTI... JMTI berjaya menewaskan ILP Kepala Batas dengan 3-0 (Penalti)....


Perlawanan di nanti-nanti kan semua pemain dan penyokong... JMTI vs ILP Ipoh... misi perhitungan pembalasan dendam ketika di ILP Ipoh masih segar... corak permainan pasukan ILP Ipoh amat mengerunkan pasukan yang bertemu dengan mereka.... mana tak nya ILP Ipoh berjaya mengalahkan tuan rumah dengan jaringan 6-0... berbekal kan SEMANGAT dan DISIPLIN yang tinggi dari JMTI Soccer Team 2013... mereka hampir berjaya membuat kejutan dengan jaringan yang banyak... namum ketiadaan penyudah yang baik JMTI hanya mampu menang 1-0 dengan ILP Ipoh... secara keseluruhan perlawanan nampak di kawal oleh pasukan JMTI... tahniah kepada Aidil yang menjaringkan gol tunggal... serta kebijaksanan KETUA pasukan Acer yang memberi pasukan lawan takut dan menghormati pertahanan JMTI... 

TAHNIAH kepada JMTI Soccer Team 2013 yang telah menghadiahkan Piala Pusingan Bolasepak ILJTM ZON Utara...

Terima kasih kepada semua yang terlibat

Ini lah barisan yang bermain di perlawanan akhir 
Keeper - Mamat 
Pertahanan - Acer, Fadhil, Wan Faiz, Wan Di, Aked dan Hafizudin 
Tengah - Alif, Afiz, Razini, Wijdan, Amirul Hakim, Hannan dan Luqman
Penyerang - Aidil dan Badzeer

Pemain yang turut serta - Syafiq, Izat, Azman dan Adam 

"Berjuanglah demi JMTI Soccer"

Tuesday, February 19, 2013

Coach baru JMTI

Bismillahirahmannirahim... 

Lama juga aku menyepi dari berkarya... jadi sebelum aku tidur aku nak cerita pengalaman bersama coach baru JMTI... Mr. Rajan.... 

Cerita dia begini... konon nya nak rematch la ngan POLITEKNIK... so dengan semangat yang ada oleh pasukan aku bawa nie... aku pun rematch ngan team POLITEKNIK.... janji perlawanan pada jam 5.00 petang tapi hampeh... 6.00 petang baru start... apa pun team aku bawa ini ada orang melihat dari jauh dan berminat untuk mengenali.... dia datang pada aku tanya soalan "Coach ajar dia orang bola ka?" so aku jawap "Tak ada la... aku cuma mengurus saja... tak pandai main bola pun... " dengan selamba dia mengOfferkan diri dia sebagai COACH untuk team aku nie... dia kata dia banyak team dah bawa... dia juga kata dia suka tengok team aku dia kata DISIPLIN bagus.... LESEN 'B' F.A.M tue... 

Rupanya sebalik kekalahan pada petang tue ngan POLITEKNIK ada hikmah dia... kekalahan kali ni hanya 2-0.... bagi aku team aku masih baik berbanding POLITEKNIK yang mungkin menang dengan LUCK pengadil CIKAI... tak apa... aku harap COACH baru nie dapat memberi ILMU yang terbaik supaya dapat memberi bekalan untuk  ZON Utara dan Kebangsaan nanti... 

Selama 1 minggu juga la dia amik latihan dengan pemain-pemain aku nie... lepas tue aku set satu game ngan USM lak... tapi rezeki belum ada untuk bertemu team dari USM nie... lalu aku set game di Cherok Tok Kun... lawan team Veteran CTK... alhamdullillah hasil nya memuaskan.. kemenangan 3-2 oleh team aku... hasil didikan dan tunjuk ajar COACH baru...


Saturday, January 19, 2013

Orang kuat selalu MENANG....

Buka tv tengok berita je cerita nya POLITIK... lepak kat kedai makan tengok bapak-bapak lepak lepas balik masjid sambil cerita POLITIK... rasa nya kesian IBU-IBU yang kat rumah kan.. menanti bapak-bapak balik dan duduk sama-sama di rumah sambil berborak-borak dan sebagai nya...

Pelbagai ISU-ISU di bangkitkan oleh setiap negeri... contoh di KEDAH isunya PEMBALAKAN... di SELANGOR isunya AIR.... di PENANG pulak isunya AGAMA... di KELANTAN isunya TAK MAJU... boleh di katakan semua nie adalah negeri-negeri yang di TADBIR oleh PEMBANGKANG... aku nie bukan la blogger yang MEMBANGKANG atau pun MENYOKONG 100% KERAJAAN... cuma pendapat sebagai rakyat MALAYSIA yang dah lama menanti melihat KEMAJUAN Malaysia ke ARAH negara membangun dan terus di KENALI seluruh DUNIA dengan NEGARA yang MAKMUR dan AMAN... bersama TAMADUN KEISLAMANnya... bukan nya sesama MELAYU atau ISLAM bergaduh berperang kerana POLITIK...

Sebenarnya BANYAK isu perlu di ketengahkan oleh kita... sebagai RAKYAT Malaysia... sama-sama kita membangunkan NEGARA tercinta ini dengan KEMAKMURAN nya... TAK payah la nak MENUDING JARI kepada sesiapa pun...

Setiap manusia yang bergelar YB atau WAKIL RAKYAT... jadi lah pemimpin yang bermoral dan cuba memajukan setiap pelusuk Malaysia... bukan dengan mencari KESALAHAN orang lain... itu bukan la POLITIK yang BAIK.... seorang yang berPOLITIK atau PEMIMPIN mesti saling membantu rakyat yang sentiasa memerlukan... memang susah seorang YB nak mengambil 1 juta rakyat nya... aku sebenarnya dah muak ngan sandiwara POLITIK.... andai nya PEMBANGKANG menjadi PENTADBIR... adakah mereka akan buat apa yang RAKYAT minta... tiada RASUAH... tiada PILIH KASIH... tiada TOL... bak kata segala-galanya DAPAT DI KOTAkan... semua manusia sama saja.... mungkin dalam 10 wakil rakyat... mungkin 1 orang yang betul-betul bekerja... tak jadi lagi boleh la... cer jadi... mesti AMBIK juga rasuah nya... nak cerita RASUAH nie.. kalau ikut kan dari zaman kita belajar lagi kita dah di RASUAHkan.. mana tak nya... kalau adik dapat 5A abah belikan IPAD... tak ke rasuah namanya.. tapi orang kata tue pembakar semangat... mungkin PEMBANGKANG bila dia orang memimpin tak AKAN pilih BULU... 

Maksud aku.. cer kita ORANG MELAYU duduk di KEDAI kopi yang ada pelbagai KAUM di Malaysia terutama CINA dan INDIA... sambil bercerita POLITIK dan PERKAUMAN... mesti si CINA dan si INDIA nie faham.... cer cuba pulak si CINA borak POLITIK ngan sama bangsa dia... mungkin kita TAK FAHAM... kalau bergaduh saja mesti kita TENGOK... si MELAYU bertetak ngan si INDIA.... macam kat SP baru-baru ni... si CINA mungkin akan BERTEPUK TANGAN.... sebab nya... MELAYU dan INDIA akan berkurangan... dan JANGAN kita pulak menyesal SUATU hari nanti BUKAN MELAYU yang akan jadi PM... bukan nak KATA.. cuma HAKIKATnya pilih la orang yang betul-betul layak menjadi PEMIMPIN.... 

Walau bagaimanapun siapa yang akan PEGANG Malaysia.. aku sentiasa menyokong dan di HARAP teruskan membangun kan Malaysia seiring dengan KEJAYAAN yang telah KECAPI selama INI....

* tiadaniatmenyinggungsesiapa....