Pengikut-pengikut

Tuesday, October 21, 2014

Dugaan ALLAH SWT..

Assalamualaikum...

Di saat kita di UJI... adakah kita ingat pada yang SATU... sering kali kita akan MENGELUH... untuk sesi kali ini aku nak menceritakan tentang DUGAAN ALLAH yang aku lalui...

Sejak aku dilahirkan dari tahun 1979... pelbagai DUGAAN yang di lalui... aku tertarik dengan ARWAH ayah aku yang dulunya berkerja sebagai penjual surat khabar... aku melihat kegigihan dia bekerja dari kedai buku sehingga la menjadi penjual surat khabar no2 terbaik di Alor Setar... tak pernah sekali aku melihat dia mengeluh bila dia membesarkan saya dan adik beradik saya... mana tak nya... cuba bayangkan waktu pagi sebelum subuh... waktu yang sukar orang nak bangun pagi... dia dah mula bangun dan bersiap-siap nak keluar kerja mengambil surat khabar di tempat pengambilan surat khabar... sesampai di tempat surat khabar tadi... mungkin kita masih enak di buai mimpi... tapi dia gigih mengagih surat khabar dan menyusun isi dalam surat khabar... 

Surat khabar ini datangnya bukan terus ada bahagian-bahagian dalaman nya... setiap dalaman nya kena taruh sendiri oleh penjual... bayangkan masa itu lebih dari 200 set surat khabar yang kena susun... tapak tangan jangan kata mesti hitam... mampukah kita buat kerja itu... sedangkan manusia yang tidak pernah merasanya mungkin merasakan kerja itu mudah... pelbagai dugaan yang di lalui oleh arwah ayah aku masa itu... hujan... panas... motor rosak... kemalangan.. dikejar anjing dan sebagainya...tetap arwah ayah tetap meneruskan sehinggalah aku mula belajar di UK... arwah ayah tidak lagi menghantarnya kerana faktor kesihatan nya... kesusahan yang di lalui oleh arwah ayah tidak pernah di rasai oleh anak-anak dia kerana dia tidak pernah merunggut keadaan dia kita susah mahupun sakit... itu lah arwah ayah... setiap hari jam 5.00 pagi keluar rumah dan balik tengahari untuk menjamah makan tengahari dan berehat... sebelah petang nya keluar pulak menghantar bil-bil dan mengutip bayaran bulanan... dan akan pulang ke rumah jam 7.00 petang.... setiap hari termasuk hari cuti sabtu dan ahad... tiada istilah cuti... padahal setiap sabtu dan ahad orang lain sibuk bersama keluarga... itu lah arwah ayah...

Bersyukurlah dan ingatlah kepada yang SATU tadi bila kita di timpa dugaan.. hanya ALLAH yang mengetahuinya...



Tuesday, October 7, 2014

Peringkat Kumpulan IJLTM zon Utara 2014...

JMTI Soccer 2014
Tarikh 27 Spetember 2014... sekali lagi JMTI soccer menyertai Sukan ILJTM Zon Utara yang dianjurkan oleh ADTEC Kulim... bermain di Mini Stadium Keladi, Kulim... pada tarikh tersebut hanya berlangsung peringkat KUMPULAN sahaja... 

JMTI diletakkan dalam kumpulan B bersama-sama pasukan ILP Jitra dan ADTEC Taiping... dua pasukan hebat dan dihormati oleh pasukan JMTI... masing-masing mempunyai misi untuk mengalahkan pasukan JOHAN 2013... mungkin JMTI 2014 tak sama dengan JMTI 2013... tapi semangat yang di tunjukkan adalah sama... bermain dalam satu pasukan... mungkin kami tak menyertai mana-mana liga sehebat pasukan-pasukan yang menyertai... nak kata jurulatih bertaraf LESEN FAM B... rasa nya Coach Rajan hanya memberi tonik fitness dan kata-kata semangat... selain itu dia banyak menghantar rakan-rakan beliau memberi tunjuk ajar kepada pemain-pemain bagaimana menjadi pemain profesional...
Antara yang terbaik...

Berbalik kepada cerita sukan ILJTM ni balik... hmmmm... perlawanan pertama menyaksikan ILP Jitra bertemu ADTEC Taiping... sama-sama gagah di mana separuh masa pertama ADTEC Taiping menjaringkan GOL dahulu... separuh masa kedua.. pasukan ILP Jitra menggandakan asakan... dan berjaya menjaringkan GOL penyamaan... keputusan ILP Jitra (1) vs ADTEC Taiping (1)..

JMTI vs ILP Jitra ILJTM Zon Utara 2014
JMTI vs ILP Jitra bagi perlawanan kedua... mungkin faktor keletihan setelah berhempas pulas mendapatkan mata seri menjadikan JMTI selesa dengan kemenangan ke atas ILP Jitra... Keputusan JMTI (2) vs ILP Jitra (0)... jaringan oleh penyerang berbisa AIDIL-2 gol... walaupun mencatat kemenangan... ILP Jitra mempunyai semangat juang yang tinggi apabila beberapa kali membolosi pertahanan JMTI yang di ketuai oleh AKERD dan DIN... benteng terakhir yang menggantikan penjaga gol lama... AZZAM banyak meyelamatkan pintu GOL dari dibocori... mungkin AZZAM tak sehebat penjaga GOL lama.. ini lah dikatakan PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI...

Kapten JMTI (Mat Alip)
Sebelah petang nya pulak... hujan lebat mulai membasahi Mini Stadium Keladi... perlawanan seterusnya berlangsung juga.. menyaksikan ADTEC Taping bertemu JMTI... pasukan yang boleh dikatakan hebat... mempunyai semangat untuk menang... mungkin kelebihan kepada Taiping yang biasa bermain dalam padang yang penuh air... pasukan ADTEC Taiping memperolehi GOL pertama separuh masa pertama menyaksikan gol mudah yang dilambung tinggi melepasi pertahanan dan bola jatuh tepat pada kawasan air... dan penjaga gol yang berada jarak jauh dari tiang gol gagal untuk menangkap bola serta membolehkan ADTEC mendahului dengan 1-0... kapten JMTI (Alip) terus memberi kata-kata semangat supaya pasukan terus bangkit... melalui set piece menarik dari tendangan percuma HANNAN menghantar tepat kepada penyerang berbisa AIDIL membolehkan GOL penyamaan.. menjadikan 1-1 ketika itu....

Aidil mengawal bola ketika bertemu ADTEC Taiping
Separuh masa kedua bermula... nampak nya semangat pasukan terus bersemangat... AIDIL sekali lagi meledakkan gol dari larian SOLO dan terus merembat ke gawang gol... menjadikan JMTI (2) vs ADTEC Taiping (1)... kemudian giliran Kiren menjaringkan gol cantik menjadikan JMTI(3) vs ADTEC Taiping (1)... semangat yang tunjukkan oleh pemain-pemain JMTI amatlah terharu dan membanggakan... 

JMTI mungkin bukan Institut sukan... tapi dengan sukan... pelajar dapat membentuk sahsiah diri dan disiplin serta menyihatkan pelajar terbabit... 

Tunggu sambungan 1 November 2014 pulak bagi separuh akhir dan mungkin akhir sekali lagi...

Mengatur strategi kemenangan
10 dan 7 yang mantap
Meraikan kemenangan juara KUMPULAN B