Pengikut-pengikut

Saturday, June 11, 2011

Bola ooo Bola (siri 2)....


Pemilihan pemain bukan la senang... pening jugak aku nak buat keputusan... nak amik pemain nie ada pulak yang membantah nya... nak amik kesemuanya, hanya 15 orang je nak kena daftar... 

Bagi aku semua boleh main... cuma mungkin ada satu dua perlu di perbaiki... kalau la aku boleh melatih bebudak nie macam orang profesional mungkin aku boleh pilih pemain yang terbaik buat JMTI... pasukan JMTi yang aku bawa kali nie... bagi firasat aku boleh pergi lebih jauh.... sebab aku dah mula bersama dengan pemain-pemain dari awal bulan Januari 2011... rasa aku dari pandangan aku mereka boleh melepasi BADI PASUKAN selama nie.. 

Bermula 26/2/2011 bertemu Veteran BM... MENANG 2-0... lepas tue pada 6/3/2011 pulak bertemu Motorola Kontrak MENANG 3-0.... pertemuan menarik dengan pasukan SENAYAN FC  pada 11/4/2011 memang terbaik.... SERI 1-1...

Menyertai perlawanan jemputan dari ADTEC KULIM di padang Dublin, Kulim pada 23/4/2011... terdiri dari 3 pasukan terhebat ILJTM tuan rumah ADTEC Kulim, ILP Ipoh dan ILP Nibong Tebal... perlawanan pertama pasukan dengan pasukan yang bakal duduk satu kumpulan dengan JMTI di Pedas... ILP Nibong Tebal... MENANG 3-0... perlawanan KEDUA menentang tuan rumah ADTEC Kulim waktu TENGAHARI... KALAH 0-1... perlawanan terakhir bertemu ILP Ipoh... SERI 0-0.... bagi aku masa nie mungkin pasukan tahu apa kelemahan yang ada...

Selepas tue pasukan di kejutkan dengan kemalangan pemain pertahanan... tonggak utama... kehilangan nya terasa pada semua pemain... sampai sebulan pasukan berehat panjang tiada persahabatan...

3/6/2011 pasukan JMTI bertemu pasukan Veteran Kota Permai... MENANG 5-0... terima kasih kepada Abang Zainal ILP Perai kerana bersama-sama pasukan JMTI sekarang nie... tanpa dia mungkin tiada lagi perlawanan persahabatan...

7/6/2011 bertemu dengan pasukan tak kurang hebat nya... bermain dengan Liga Penang Divisyen 1... Ranger Belia Kampung Baru... berbalas GOL... JMTI memulakan rentak GOL... diselangi pasukan lawan... akhir nya JMTI... KALAH 4-5...

Perlawanan persahabatan JMTI berakhir pada 10/6/2011 menentang pasukan Kampung Juru Wakil UMNO Batu Kawan... MENANG 2-0....

Pasukan JMTI akan berlepas ke Pedas pada malam SABTU 18/6/2011 jam 10.00 malam... dijangka sampai AHAD 19/6/2011... perlawanan pertama bertemu pasukan ILP Nibong Tebal di SMKA jam 5.00 petang... perlawanan kedua JMTI di ILP Pedas bertemu ILP Kuala Lumpur pada 21/6/2011 jam 7.45 pagi... rekod pertemuan JMTI sebelum ni dengan kedua-kedua pasukan MENANG...

Berbekalkan jersi baru...

No comments:

Post a Comment