Pengikut-pengikut

Tuesday, June 28, 2011

Bola ooo Bola (siri 3)....


Tahniah sekali lagi aku UCAPKAN kepada pemain-pemain BOLASEPAK JMTI... target setakat keluar kumpulan saja... akhir nya pasukan berjaya sampai ke peringkat yang memberangsangkan...

Dengan berbekalkan baju jersi baru... ala-ala BARCA tue... BARCA UTARA FC... hhahaha... pada mula nya memang pening nak buat keputusan untuk memilih pemain yang tebaik untuk JMTI nie... pelbagai halangan dan dugaan telah di hadapi TEAM nie... antara nya kehilangan tonggak pertahanan CAER... kemalangan.... lepas tue PENJAGA GOL utama yang terbaik ala-ala Peter Cech... HUSNI... injured lak.... lepas tue last-last minit pemain serba boleh ENZO... masalah peribadi...

Perjalanan ke ILP Pedas bermula pada 19/7 jam 10.00 malam.... tiba nya di PEDAS pelbagai cabaran pulak di hadapi... dari segi penginapan yang kurang selesa.... makan minum yang TAK BEST langsung... bak kata LAYAN bagi kosong BINTANG la....

20/7 (Ahad) bermula la game pertama JMTI menentang ILP Arumugum Pillai (Nibong Tebal)... ingat nak rasmi jersi baru... akhir nya terpaksa akur pakai la jersi HIJAU Line 7... game sepak mula jam 5.00 petang... aku ingat setakat menang 3-0 je ke.... sekali team JMTI buat lauk pulak.... 8 gol tanpa BALAS... tue mengejutkan aku tue... jaringan di mulakan oleh Syafiq (senior) penalti.... kemudian Myzan lepas tue Syafiq lagi dan di teruskan lagi rentak gol oleh Myzan... sebelum tirai separuh masa pertama berlabuh satu gol dari Raqib (senior)... sepak mula separuh masa kedua bermula apabila 2 gol dari penyerang berbisa JMTI Pali Torres dan disusuli dengan sepakan penalti dari Pak Tam... keputusan pertama amat memberangsangkan team JMTI (8) vs ILP AP (0)....

21/7 (Isnin) Tiada game... hanya perasmian saja...

22/7 (Selasa) 7.45 pagi... game kedua menentang pasukan ILP Kuala Lumpur... pasukan yang hebat juga... keputusan berkesudahan JMTI (1) vs ILP Kuala Lumpur (1)... jaringan di lakukan oleh Pali Torres.... masa game nie banyak kesilapan di lakukan tetapi atas semangat berpasukan mereka telah memperbaiki nya... game antara ILP KL ngan ILP AP menentukan sama ada team JMTI layak atau tidak ke peringkat SUKU... ILP KL kena mencari 9 gol untuk layak... misi yang amat mustahil... TERIMA KASIH buat team ILP AP kerana telah memberi game serta cabaran buat pasukan ILP KL... yang hanya mampu mendapatkan 2 gol sahaja...

23/7 (Rabu) 7.45 pagi... SUKU AKHIR di padang ILP PEDAS... bertemu ADTEC Kulim... musuh tradisi UTARA... alhamdullillah atas semangat berpasukan dan disiplin atas padang team JMTI menang sekali lagi dan terus melayakkan diri ke SEPARUH AKHIR menentang ADTEC Batu Pahat (bekas juara di ILP Kangar).... dalam game SUKU JMTI telah menang 3 gol berbalas 2.... jaringan gol JMTI semua nya separuh masa pertama oleh Pali Torres, Abudzar dan Syafiq Kecik....
5.30 petang... SEPARUH AKHIR menentang ADTEC Batu Pahat... separuh masa pertama ketinggalan 1-0... jaringan gol dari Pali Torres menaikkan semangat kepada pasukan untuk terus memburu kejuaran sulung... tapi 5 minit terakhir separuh masa kedua... pemain-pemain keletihan ADTEC BP berjaya mencuri dua gol menjadi keseluruhan JMTI (1) vs ADTEC Batu Pahat (3)... sedey memang la sedey tak dapat pergi ke peringkat seterusnya....

24/7 (Khamis) 7.45 pagi... GAME 3/4 penentu siapa bakal mendapat GANGSA... bagi team... aku suruh dia orang pikir nie game FINAL... rebut GANGSA... bertemu tuan rumah... ILP Pedas.... kemenangan pertama 8-0 menjadi bekal buat pasukan untuk terus maju kedepan dan membuatkan pasukan-pasukan menentang JMTI menjadi takut... BARCA UTARA maklum la.... hahahha.... akhirnya 1 jaringan pertama dari Ikram dan 1 gol dari Pali menjadi pencetus kejayaan tempat 3 pasukan JMTI... tahniah JMTI... akhirnya terkeluar BADI dari KUMPULAN...

No comments:

Post a Comment