Pengikut-pengikut

Thursday, September 8, 2011

Diet Siri 2...

Kekalkan Berat Badan Yang Sihat Dengan Mengimbangkan Pengambilan Makanan Dan Aktiviti Fizikal Yang Lazim


Dengan mengekalkan berat badan yang sihat, anda boleh mengelakkan masalah kesihatan dan akan kelihatan lebih menarik. Sebaliknya, jika anda terlalu kurus atau terlalu gemuk, risiko anda mendapat masalah kesihatan akan meningkat.


ADAKAH BERAT BADAN ANDA SIHAT?

(Untuk dewasa berumur 18 tahun ke atas)


1. Kira Indeks Jisim Tubuh (IJT) anda seperti berikut: 
2. Bandingkan IJT anda dengan nilai di dalam jadual di bawah untuk melihat penjelasannya.



3. Masalah berat badan berlebihan atau obes (mempunyai IJT yang tinggi) meningkatkan risiko anda terhadap penyakit jantung koronari, strok, diabetes, tekanan darah tinggi dan sesetengah jenis kanser (terutamanya kanser hempedu, kanser ovari dan kanser payudara). Ia juga memburukkan masalah artritis dan pernafasan.
4. Jika IJT anda berada dalam julat yang sihat, tetapi mempunyai ukuran pinggang lebih daripada punggung,




Anda masih berisiko tinggi menghidapi penyakit- penyakit kronik. Nisbah pinggang-punggung yang lebih daripada 1.0 (untuk lelaki) atau lebih daripada 0.85 (untuk wanita) adalah kurang sihat.

No comments:

Post a Comment