Pengikut-pengikut

Saturday, June 2, 2012

Bola ooo Bola (siri 4)....

Dah lama aku menyepi tentang seri Bola ooo Bola.... so hari nie aku tampilkan dengan cerita terbaru tentang bola ooo bola... 


Akhirnya pasukan JMTI berjaya membuktikan SATU PIALA untuk di PAMERkan apabila bergelar JUARA Piala Pengarah ADTEC Kulim 2012... gembira bila tengok hasil dari pemain-pemain JMTI yang penuh BAKAT yang terpendam... rata-rata mereka mempunyai BAKAT dalam BOLA....


Perlawanan berlangsung di Padang Dublin, Mahang, Kulim, Kedah... OVERSEA tue... ada empat pasukan yang bertanding... tuan rumah ADTEC Kulim, JMTI, IKBN Bukit Mertajam dan ILP Perai.... bermula sepak mula di mana tuan rumah membelasah ILP Perai 4-2... kemudian pasukan JMTI bertemu dengan IKBN Bukit Mertajam... kemenangan pertama pasukan JMTI dengan 3-1.... selepas itu IKBN bertemu tuan rumah dengan keputusan 2-2.... selepas itu dalam jam 12.00 tengahari pasukan JMTI bertemu ILP Perai di mana sekali lagi JMTI menang 3-1... 

Perlawanan berehat sehingga jam 2.30 petang di mana JMTI akan bertemu tuan rumah bagi penentuan siapa yang akan masuk ke PERLAWANAN AKHIR... dah layak jadi guna la strategi simpan pemain utama untuk game seterusnya... JMTI akur dalam game kumpulan KALAH kepada ADTEC 2-1.... 

Masanya telah tiba PERLAWANAN AKHIR menemukan pasukan ADTEC Kulim bertemu JMTI... keputusan nya JMTI berjaya mengalahkan ADTEC dengan keputusan 2-1.... walaupun kalah dalam kumpulan tak bermakna pasukan JMTI boleh dikalahkan dalam perlawanan seterusnya... rata-rata pemain memberi 100% komitmen pada perlawanan AKHIR... dan keputusan nya JMTI berjaya membawa pulang PIALA PUSINGAN PENGARAH ADTEC KULIM bagi tahun 2012... 

Di harap tahun depan pasukan JMTI akan terus BERJAYA walaupun di PIMPIN oleh sesiapa yang mungkin akan mengambil alih.... sayang memang la sayang pada pasukan JMTI... cuma nak bagi peluang kepada orang lain menunjukkan bakat mereka....




No comments:

Post a Comment