Pengikut-pengikut

Sunday, April 21, 2013

We are CHAMPION...

Keceriaan wajah pemain-pemain yang bersama-sama

Begitulah ungkapan yang boleh di UNGKAPkan... tahniah kepada pemain-pemain BOLASEPAK 2013 JMTI kerana telah BERJAYA menjadi JOHAN acara BOLASEPAK di Sukan ILJTM Zon Utara yang bertempat di ILP Arumugum Pillai, Nibong Tebal, Pulau Pinang...

Hari nie aku nak coret kan sedikit perjalan serta laluan pasukan JMTI Soccer 2013 di bimbing oleh JURULATIH yang berpengalaman En. S. Thiagarajan... dan di bantu oleh aku sebagai PENGURUS pasukan...

Laluan perlawanan Bola Sepak Zon Utara

Perlawanan berlangsung pada 20 dan 21 April 2013 bertempat di DUA (2) venue perlawanan iaitu di Padang Sekolah Menengah Jawi dan Padang Belia Jawi...

Piala Pusingan Bolasepak
JMTI Soccer 2013 di undi bertemu dengan pasukan yang boleh di katakan MUSUH KETAT pasukan sejak JMTI di tubuhkan... pasukan ADTEC Kulim... pasukan ini adalah salah satu pasukan TERBAIK juga la dalam ILJTM... Separuh masa pertama bermula dengan ASAKAN demi ASAKAN pasukan lawan sehingga berjaya mendapat jaringan PERTAMA... di mana pasukan ADTEC mendahului JMTI separuh masa pertama dengan jaringan 1-0... semasa dalam masa rehat separuh masa pertama.. pemain-pemain di BASUH secukupnya oleh MR. Rajan... separuh masa kedua menyaksikan kebangkitan pasukan JMTI di mana beberapa pemain di TUKAR ganti... pemain gantian Badzeer telah menjaringkan gol penyamaan di minit-minit terakhir... perlawanan berkesudahan dengan JMTI (1) vs ADTEC Kulim (1)... perlawanan di teruskan dengan sepakan PENALTI... keputusan PENALTI berkesudahan dengan JMTI (4) vs ADTEC Kulim (4)... jadi penentuan di tentukan dengan acara lambung duit oleh KAPTEN pasukan masing masing... akhirnya KEMENANGAN memihak kepada pasukan JMTI dengan lambungan 2-1.....

Pingat yang di menangi
JMTI berjaya melangkah sekali lagi ke perlawanan separuh AKHIR... kali ini JMTI bertemu dengan pasukan yang pernah di BIMBING oleh Mr. Rajan... pasukan ini juga mantap dan hebat... saya akui pasukan ini mampu buat kejutan kepada pasukan... untuk perlawanan ini pasukan JMTI bertemu dengan ILP Kepala Batas... sama juga seperti perlawanan pertama.. JMTI ketinggalan gol dengan 1-0... di minit-minit terakhir pasukan JMTI di hadiahkan sepakan percuma yang di ambil oleh Alif... sepakan percuma yang lambung tinggi di tanduk masuk oleh pemain pertahanan sendiri pasukan ILP Kepala Batas... keputusan penuh berkesudahan dengan JMTI (1) vs ILP Kepala Batas (1)... perlawanan di teruskan dengan sepakan PENALTI... semangat yang tinggi yang di tunjukkan oleh pemain memberi suntikan untuk ke FINAL buat kali pertama dalam sejarah BOLASEPAK JMTI... JMTI berjaya menewaskan ILP Kepala Batas dengan 3-0 (Penalti)....


Perlawanan di nanti-nanti kan semua pemain dan penyokong... JMTI vs ILP Ipoh... misi perhitungan pembalasan dendam ketika di ILP Ipoh masih segar... corak permainan pasukan ILP Ipoh amat mengerunkan pasukan yang bertemu dengan mereka.... mana tak nya ILP Ipoh berjaya mengalahkan tuan rumah dengan jaringan 6-0... berbekal kan SEMANGAT dan DISIPLIN yang tinggi dari JMTI Soccer Team 2013... mereka hampir berjaya membuat kejutan dengan jaringan yang banyak... namum ketiadaan penyudah yang baik JMTI hanya mampu menang 1-0 dengan ILP Ipoh... secara keseluruhan perlawanan nampak di kawal oleh pasukan JMTI... tahniah kepada Aidil yang menjaringkan gol tunggal... serta kebijaksanan KETUA pasukan Acer yang memberi pasukan lawan takut dan menghormati pertahanan JMTI... 

TAHNIAH kepada JMTI Soccer Team 2013 yang telah menghadiahkan Piala Pusingan Bolasepak ILJTM ZON Utara...

Terima kasih kepada semua yang terlibat

Ini lah barisan yang bermain di perlawanan akhir 
Keeper - Mamat 
Pertahanan - Acer, Fadhil, Wan Faiz, Wan Di, Aked dan Hafizudin 
Tengah - Alif, Afiz, Razini, Wijdan, Amirul Hakim, Hannan dan Luqman
Penyerang - Aidil dan Badzeer

Pemain yang turut serta - Syafiq, Izat, Azman dan Adam 

"Berjuanglah demi JMTI Soccer"

2 comments: