Pengikut-pengikut

Thursday, September 18, 2014

ILJTM Zon Utara datang lagi...


Karnival Kecemerlangan Ko-kurikulum ILJTM Wilayah Utara 2014 muncul kembali... kenangan manis tahun lepas masih terpahat... tahun ini amat berat bagi aku nak melakukannya sekali lagi... mampukah aku...

Johan BOLASEPAK - Karnival Kecemerlangan Ko-kurikulum 2013
di ILP A.P. Nibong Tebal
Kenangan masih terpahat... terima kasih kepada semua pemain yang telah memberi 100% komitmen menjuarai buat pertama kali dalam sejarah bolasepak JMTI... dan membuka mata ramai ILJTM sekarang ini...

Tahun ini cabaran amat berat apabila di UNDI dalam satu kumpulan dengan pasukan yang menjadi impian aku untuk bertemu sejak aku membawa pasukan BOLA ini... iaitu pasukan ILP Jitra dari Kedah... bukan apa... sebab team nie datang dari KEDAH dan sering menjadi JOHAN dalam karnival ini... yang kedua aku bertemu dengan ADTEC Taiping... team nie walaupun baru... tapi aku rasa mereka mampu memberi saingan... dengan fasiliti yang mereka ada termasuk sumber kewangan yang baik.. mereka mampu memberi saingan... apa pun aku tetap dengan HARIA JMTI HARIA.... lawan tetap lawan.... aku akan menurunkan segala formula dan keringat yang ada bagi memastikan 27 September ini memberi kenangan 2014 tahun ini pulak...

#PULUN*JITRA*PULUN# 
#KEJOR*TAIPING*KEJOR#
#HARIA*JMTI*HARIA#

No comments:

Post a Comment