Pengikut-pengikut

Tuesday, October 21, 2014

Dugaan ALLAH SWT..

Assalamualaikum...

Di saat kita di UJI... adakah kita ingat pada yang SATU... sering kali kita akan MENGELUH... untuk sesi kali ini aku nak menceritakan tentang DUGAAN ALLAH yang aku lalui...

Sejak aku dilahirkan dari tahun 1979... pelbagai DUGAAN yang di lalui... aku tertarik dengan ARWAH ayah aku yang dulunya berkerja sebagai penjual surat khabar... aku melihat kegigihan dia bekerja dari kedai buku sehingga la menjadi penjual surat khabar no2 terbaik di Alor Setar... tak pernah sekali aku melihat dia mengeluh bila dia membesarkan saya dan adik beradik saya... mana tak nya... cuba bayangkan waktu pagi sebelum subuh... waktu yang sukar orang nak bangun pagi... dia dah mula bangun dan bersiap-siap nak keluar kerja mengambil surat khabar di tempat pengambilan surat khabar... sesampai di tempat surat khabar tadi... mungkin kita masih enak di buai mimpi... tapi dia gigih mengagih surat khabar dan menyusun isi dalam surat khabar... 

Surat khabar ini datangnya bukan terus ada bahagian-bahagian dalaman nya... setiap dalaman nya kena taruh sendiri oleh penjual... bayangkan masa itu lebih dari 200 set surat khabar yang kena susun... tapak tangan jangan kata mesti hitam... mampukah kita buat kerja itu... sedangkan manusia yang tidak pernah merasanya mungkin merasakan kerja itu mudah... pelbagai dugaan yang di lalui oleh arwah ayah aku masa itu... hujan... panas... motor rosak... kemalangan.. dikejar anjing dan sebagainya...tetap arwah ayah tetap meneruskan sehinggalah aku mula belajar di UK... arwah ayah tidak lagi menghantarnya kerana faktor kesihatan nya... kesusahan yang di lalui oleh arwah ayah tidak pernah di rasai oleh anak-anak dia kerana dia tidak pernah merunggut keadaan dia kita susah mahupun sakit... itu lah arwah ayah... setiap hari jam 5.00 pagi keluar rumah dan balik tengahari untuk menjamah makan tengahari dan berehat... sebelah petang nya keluar pulak menghantar bil-bil dan mengutip bayaran bulanan... dan akan pulang ke rumah jam 7.00 petang.... setiap hari termasuk hari cuti sabtu dan ahad... tiada istilah cuti... padahal setiap sabtu dan ahad orang lain sibuk bersama keluarga... itu lah arwah ayah...

Bersyukurlah dan ingatlah kepada yang SATU tadi bila kita di timpa dugaan.. hanya ALLAH yang mengetahuinya...



No comments:

Post a Comment