Pengikut-pengikut

Saturday, November 1, 2014

Champion Wilayah Utara Kali Kedua...

1st eleven versus Adtec Kulim
Alhamdullillah syukur apabila sekali lagi bergelar juara Sukan Pelajar ILJTM zon Utara 2014... 2013 menjadi Juara duit syiling... tahun 2014 merupakan Johan yang tak disangkal lagi... menggunakan tema Play With Heart with One Family, juara terus kekal sekali lagi... 

Tepat jam 6.30 pagi... pemain berkumpul di dewan makan sebelum bertolak ke Mini Stadium Keladi, Kulim dengan menaiki bas sewa... bas sewa bergerak pada jam 7.00 pagi dan pemain tiba di Mini Stadium Keladi pada jam 7.30 pagi.... pemain JMTi bersiap sedia menghadapi tuan rumah ADTEC Kulim pada perlawanan Separuh Akhir dan manakala ILP Ipoh bertemu ILP Kangar... kesemua perlawanan yang di jangka bermula jam 8.00 pagi terpaksa bermain pada jam 9.00 pagi...

Syafik Junior mengasak pemain lawan
Tradisi bola JMTi bila jumpa ADTEC Kulim lain macam sikit rasa nya... rekod pertemuan 2 kali menang sekali seri dan 2 kali kalah dengan tuan rumah dari 2011-2013 sejak aku mengendali juga sedikit menunjukkan kedua pasukan memang musuh seteru dari dulu... rekod... apa pun aku nak cerita perjalanan separuh akhir pasukan JMTi ni... sepak mula di mulakan agak baik pada mula nya... kedua pasukan sering mengatur serangan masing-masing... JMTi menuai sentuhan melalui jaringan penyerang yang banyak memberi tekanan pada pasukan lawan iaitu Kiren... selepas jaringan Kiren... nampaknya dia menjadi sasaran pasukan lawan sehingga dia di keluarkan pada separuh masa pertama... ketiadaan Kiren pada separuh akhir kedua nampak ketandusan gol... tapi apapun yang di tunjukkan oleh kesemua pemain dalam semangat juang yang tinggi mahu memastikan JMTi layak ke perlawanan akhir... apabila wisel penamat di tiup oleh pengadil... nampaknya kegembiraan jelas terpancar oleh kesemua pemain JMTi soccer... kemenangan 1-0 cukup bagi memberi kepuasan untuk ke Final 2014...

Hannan mengelecek bola...
Pasukan JMTi bertemu pasukan yang tiba-tiba muncul pesaing terbaik Zon Utara sekarang ini ILP Kangar... SISEM 2013 pasukan ini telah bertemu di separuh akhir... keputusan berakhir dengan sepakan penalti yang di menangi oleh JMTi soccer... keputusan penalti JMTi (3) - ILP Kangar (1)... kali ini dalam situasi berbeza... walaupun title Juara 2013 dengan balingan duit syiling... JMTi soccer masih menghormati pasukan lawan kerana corak dan semangat yang ditunjukkan lawan agak bersemangat... dalam pertemuan akhir... JMTi kehilangan pertama emas Kiren di mana kecederaan di kaki... terpaksa menggunakan khidmat pemain yang ada... wisel di tiup bermula nya perlawanan akhir... JMTi berjaya menjaringkan gol melalui Alif a.k.a Chong pada separuh masa pertama... tamat separuh masa pertama JMTi (1) vs ILP Kangar (0)... pasukan Kangar tak berputus asa dan cuba mencari jaringan penyamaan... taktikal JMTi berubah apabil bermain dalam keadaan bertahan dan counter... hasilnya JMTi berjaya memperolehi jaringan dari tiga touch dari Amri kepada Hakim... dan Hakim menghantar bola ke tengah dan disudahi oleh penyerang berbisa JMTi Aidil.... tamat sekali lagi episod final Sukan Pelajar ILJTM Wilayah Utara di mana JMTi soccer kekal Juara.... kemenangan JMTI (2) vs ILP Kangar (0) menunjukkan pasukan JMTi soccer bukan lagi pasukan boleh di pandang rendah di ILJTM Wilayah Utara...
Final JMTi vs ILP Kangar

Jurulatih dan Kapten pasukan 2013 & 2014
Terima kasih kepada semua pemain-pemain 2014 yang terlibat memberi kemenangan kepada JMTi soccer buat kali kedua... kapten pasukan Alip yang banyak memberi semangat kepada pemain... jurulatih Rajan yang tak putus asa membantu pasukan... walaupun sibuk dengan menguruskan Sungai Ara FC... beliau masih meluangkan masa satu dua kali bersama pasukan dan telah menghantar rakan Coach Jeffri, Coach Kumar, Coach Murli dan Coach Baskaran... kesemua Coach telah memberi tunjuk ajar yang terbaik untuk pasukan JMTi Soccer untuk tahun ini... Terima kasih...

Penghormatan kepada Kapten pasukan...
Pemain yang terlibat 2014 juga antaranya... keeper Azzam... pemain pertahanan Akerd, Hafizudin, Amri dan Karrvin... pemain tengah kapten pasukan Alip, Syafiq (junior), Syafiq dan Hannan.... penyerang yang banyak mengucar-kacir pasukan lawan Aidil dan Kiren... tak lupa juga pemain-pemain simpanan... Azman, Chong, Ijat, Hazarul, Amir, Wan Rafiq dan Hakim.... terima kasih dan tahniah atas kejayaan ini... semoga terus berjaya dan mempertahankan kejuaraan 2016 pulak di ILP Ipoh....
This is JMTi Soccer Family 2014

Pemain dan rakan-rakan yang support dari belakang...

#PlayWithHeart
#HariaJMTiHaria


No comments:

Post a Comment