Selamat pagi... bangun pagi seperti biasa jam 6.45 pagi... masuk je kereta buka radio... apa lagi dengar radio HOT FM la... konon nya nak dengar panggilan HANGIT... akhirnya tak berjaya sebab tiada siaran dalam kenderaan aku... huhuhu..
Jadi aku ON la aku radio biasa aku SURIA FM... Gula naik 20 sen lagi dari RM2.10 dan sekarang RM2.30 sekilo...
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.
"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain.
Jelasnya, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.
Ayat yang sama bagi 5 item PANAS... negara kita lebih rendah dari negara luar...
Saranan kerajaan nak rakyat Malaysia kurangkan makanan bergula... kurang keriuhan gula naik... cuba MINYAK naik... dah tentu orang kita akan NAIK MINYAK... riuh bagai nak rak cerita sana sini... orang tue tak betul orang nie tak betul...
Lepas nie lepak kedai makan jangan terkejut minuman naik harga... AIS KOSONG pun 20 sen... *senyum* jangan lepas nie 50 sen dah la...
Dalam tahun yang semakin moden nie... satu persatu yang dulu mungkin murah akan menjadi mahal... suatu yang mahal pulak akan menjadi murah apabila ia menjadi keperluan... kita boleh tengok peralatan elektronik terutama komputer, telefon dan lain-lain... dulu nya nak pakai pun susah... tapi sekarang nie budak sekolah rendah pun dah pakai semua tue...
Keperluan seperti Tepung, Gula, Minyak Masak dan Ayam paling best sekali bila NAIK... sebab bila benda semua NAIK... yang lain turut akan NAIK terutama di kedai-kedai makan... kalau RON97, RON95 dan DIESEL yang NAIK... dah tentu lah rakyat NAIK MINYAK dan terus NAIK HANGIN...
Apapun yang dilakukan oleh kerajaan ada sebab tertentu... SEBAB apa ye???
No comments:
Post a Comment