Setahun aku pindah ke Bandar Tasek Mutiara... dapat jiran merangkap rakan sejabatan... nama pun lebey kurang aku je... dah nak pindah pulak... cam baru semalam je berjumpa... padahal dah hampir bertahun-tahun dah... cuma rasa dah macam ahli keluarga dah pun...
Pindah disebabkan kenaikan pangkat dari Gred 17 ke 22... aku ntah bila lak nak rasa naik pangkat... oleh kerana JMTI tak ada Gred 22 terpaksa la berpindah ke ILP Kuantan... apa pun mesti ceria sebab dapat balik kampung...
Semasa berjiran... aku rasa seronok dan gembira kerana dapat jiran seperti mereka... entah lepas nie siapa lak nak ganti dia orang...
Esok pagi lori sampai... time untuk hantar barang-barang dulu... tuan nya menyusul kemudian...
Ucapan terima kasih dan sangat gembira dapat jiran yang sporting, saling hormat menghormati jiran dan tahu adab kejiranan...
Mungkin lepas nie isteri aku si UMI akan terasa kehilangan AKAK jiran kesayangan nya berpindah... mana tak nya dah macam-macam aktiviti mereka lakukan bersama ketika si suami ke tempat keje... kesian kat UMI... siapa la lepas nie jadi kawan UMI...
Walaupun setahun jagung berjiran rasa nya macam dah bertahun-tahun nya berjiran...
SIAPA LA AGAKNYA PENGGANTI RAFFI, KAK ZAI, MUJAHID, SYUHADA dan SYAKIRIN...
No comments:
Post a Comment