Pengikut-pengikut

Tuesday, August 30, 2011

1 Syawal 1432 hijrah...

Salam Aidilfitri buat semua yang sudi membaca BLOG Abah... hari nie semua umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri...

Aku macam biasa tahun ini... aku berhari raya bersama keluarga aku, isteri tercinta Diana dan keempat-empat Pu3 aku... tahun nie aku beraya di Pulau Pinang.. di rumah sewa aku... awal pagi bersolat sunat aidilfitri di MASJID KEPALA GAJAH, Simpang Ampat... aku pergi bersama 2 orang Pu3 aku...

Bila terdengar takbir.. aku menangis didalam hati teringat kepada seseorang yang aku terlalu sayang.. iaitu AYAH aku... tahun nie EMAK aku beraya di Kuala Lumpur... rumah di kampung menjadi kenangan selepas ini... sebab EMAK aku mungkin tidak lagi tinggal di situ... sekarang dia menetap di rumah adik aku di DANAU KOTA...

Selesai je solat, aku balik ke rumah beraya bersama-sama anak-anak dan isteri aku... selepas tu aku bawa keluarga aku ke rumah mak angkat di Kuala Juru... habis selesai beraya di sana.. aku balik ke rumah... menanti IBUBAPA mertuaku... sebelah petang mereka tiba beraya di rumah aku bersama-sama keluarga aku... terubat rindu dan sedih SYAWAL tahun nie.. sebelah malam nya.. KAKAK aku dan ABANG IPAR aku serta anak-anak datang meriuhkan suasana malam nie...

Alhamdullillah syukur 1 Syawal pergi berlalu dengan kegembiraan walauapun syahdu teringat Arwah Ayah aku...

Wednesday, August 17, 2011

Penantian Bonus...

Bila agaknya nak dapat nie... aduh... pening kepala... semua benda nak buat tergendala... 

Orang lain 15 Ogos semua dah cakap kata dah masuk.. tambah-tambah yang pakai akaun Maybank... semua dah dapat... pada mula nya aku ingat memang akaun aku lewat masuk... waduh-waduh.. rupa nya memang belum masuk...

Nak jadi kan cerita aku pun telefon la bahagian Kewangan JMTI... memang la siapa tak nak BONUS... cuba kena tang batang hidung... mau bising satu kapal... orang kata aku duk kecoh-kecoh pasal BONUS tak masuk... mana tak bising nya... GILA ke apa.. duit tue...

Aku cakap la bahagian kewangan kata Bonus aku tak masuk lagi.. jawapan dari dia orang suruh aku telefon HQ tanya sendiri sebab gaji aku HQ yang buat sekarang nie.. tu alasan dia orang... sepatut nya kerja aku ke nak berhubung semua nie.. tak apa la gaji aku duit aku.. jadi aku pun call le HQ bahagian kewangan... jawapan dari dia orang pada mula nya... kata JMTI yang patut bayar.. TOLAK SANA TOLAK SINI... macam bola kat padang lak..

Aku pun minta awek HQ tue sendiri call bahagian Kewangan JMTI bercakap dan terang sendiri... jawapan yang di tunggu tak ada jugak... sedih betul... kata nya HQ kena buat.. jadi agak-agak bila la aku nak merasa DUIT RAYA...

Saturday, August 13, 2011

Latest EDITION 2011...

11 Ogos 2011 KHAMIS lahir nya anak sedara aku yang baru dari adik aku Rabitah... tahniah buat Rabitah dan Fauzi kerana dianugerahkan satu cahaya mata baru buat hidup mereka...

Sekarang dah bergelar IBU dan BAPA... jadi lakukan tugas dengan baik dan cemerlang... bila dah bergelar nie banyak benda yang berubah.. macam dulu-dulu sorang... makan minum pakai semua nya satu... kemudian berdua.. kena lah berdua... dan sekarang BERTIGA... jadi tanggungjawab bertambah untuk menjaga keharmonian rumah tangga... banyak lagi cabaran akan datang... tempuhi la dengan penuh BERSABAR dan BERTAWAKAL...

QALESYA MAISARAH sedap namanya... seindah dan secomel orang nya... huhuhu...


Thursday, August 11, 2011

Bonus setengah bulan untuk penjawat awam, RM500 untuk pesara

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.




Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," katanya.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. 

**~~**

Ucapan alhamdullillah syukur kerana pemberian... kedua terima kasih atas pemberian BONUS kepada penjawat awam...

Bila dapat ramai yang memuji... bila tak dapat ramai yang memaki... macam tue la bunyi nya..  kesimpulan dia bersyukur apa yang di beri.... dengan ekonomi yang penuh cabaran sekarang nie.. sempat lagi KERAJAAN memberi BONUS kepada penjawat-penjawat awam... itu pun masih ramai yang menentang... ish ish ish... ini lah di namakan lumrah kehidupan manusia zaman sekarang....

Nanti dapat duit nie jangan salah guna lak... gunakan dengan sebaik-baik nya... beli lah keperluan yang PERLU sahaja... jangan pikir nak melaram HARI RAYA lak... biarlah sederhana dan duit yang di gunakan penuh CERMAT.... hahaha... nak bagi nasihat... aku pun BOROS gak.. hehehhe... tapi apa pun sama-sama lah gunakan duit ini ke arah JALAN yang BETUL....


Monday, August 1, 2011

Selamat berbuka puasa...

Salam... alhamdullillah syukur dengan rezeki yang diberikan hari nie...

Berbuka puasa dengan serdehana... bila tiba waktu berbuka... anak-anak la yang paling sibuk makan dulu... baca doa makan dan berbuka je... di mulakan dengan sebijik kurma sebagai pembuka dan air teh 'o' panas... alhamdullillah...

Gelagat anak-anak aku bila berbuka dengan minum air yang begitu banyak sehingga hampir sengkak perut dia orang... selasai je berbuka... apa lagi solat maghrib dulu... lepas solat je... anak-anak aku mula makan lagi...

Apa pun dibuka untuk juadah hari nie.. makan la dengan penuh kesyukuran... ALHAMDULLILLAH....