Pengikut-pengikut

Tuesday, August 30, 2011

1 Syawal 1432 hijrah...

Salam Aidilfitri buat semua yang sudi membaca BLOG Abah... hari nie semua umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri...

Aku macam biasa tahun ini... aku berhari raya bersama keluarga aku, isteri tercinta Diana dan keempat-empat Pu3 aku... tahun nie aku beraya di Pulau Pinang.. di rumah sewa aku... awal pagi bersolat sunat aidilfitri di MASJID KEPALA GAJAH, Simpang Ampat... aku pergi bersama 2 orang Pu3 aku...

Bila terdengar takbir.. aku menangis didalam hati teringat kepada seseorang yang aku terlalu sayang.. iaitu AYAH aku... tahun nie EMAK aku beraya di Kuala Lumpur... rumah di kampung menjadi kenangan selepas ini... sebab EMAK aku mungkin tidak lagi tinggal di situ... sekarang dia menetap di rumah adik aku di DANAU KOTA...

Selesai je solat, aku balik ke rumah beraya bersama-sama anak-anak dan isteri aku... selepas tu aku bawa keluarga aku ke rumah mak angkat di Kuala Juru... habis selesai beraya di sana.. aku balik ke rumah... menanti IBUBAPA mertuaku... sebelah petang mereka tiba beraya di rumah aku bersama-sama keluarga aku... terubat rindu dan sedih SYAWAL tahun nie.. sebelah malam nya.. KAKAK aku dan ABANG IPAR aku serta anak-anak datang meriuhkan suasana malam nie...

Alhamdullillah syukur 1 Syawal pergi berlalu dengan kegembiraan walauapun syahdu teringat Arwah Ayah aku...

No comments:

Post a Comment