Khasiat Epal Hijau
Menurut kajian, epal hijau dapat membantu tubuh wanita mempertahankan kadar estrogen pada saat menopouse. Gangguan penyakit saat menopouse seperti ancaman penyakit jantung atau kerapuhan tulang kerana rembesan hormon estrogen yg berkurangan boleh di cegah dgn zat yg terdapat dalam buah epal terutamanya epal hijau.

Selain zat fitokimia di dalam
epal akan berfungsi sebagai antioksida yg melawan kolesterol jahat (LDL,
low density lipoprotein), yg berpotensi menyumbat pembuluh darah. Ini
kerana antioksida yg terkandung di dalamnya akan mencegah kerosakan
sel-sel atau jaringan pembuluh darah. Pada masa yg sama antioksida akan
meningkatkan kolesterol baik (HDL - High Density Lipoprotein), yg
bermanfaat utk mencegah penyakit jantung dan pembuluh darah. Tidak hanya
itu, kandungan Pektin (Serat larut yg terkandung dalam buah-buahan dan
sayuran), telah terbukti mampu menurunkan kadar kadar kolesterol di
dalam darah.
Sebuah penelitian membuktikan dalam epal
terdapat asid D-glucaric yg mampu mengurangkan kolesterol sehingga 35%.
Sebuah kajian di Finland tahun 1996 membuktikan zat fitokimia dapat
mengelakkan seseorang terkena serangan penyakit. Selain itu, zat
fitokimia yg terdapat pada kulit epal ini, menurut sebuah penelitian di
Cornell University Amerika Syarikat, bermanfaat mengelakkan pertumbuhan
sel kanser usus sebanyak 43 peratus.
Epal juga mengandungi kandungan serat yg amat
tinggi, iaitu sebanyak lima gram utk setiap biji buah epal yg berukuran
sederhana besar. Jumlah ini adalah tinggi dpd kandungan kebanyakan
produk berasakan bijirin. Serat ini bermanfaat utk melancarkan
pencernaan dan menurunkan berat badan. Selain itu, masalah sembelit yg
biasanya menghantui golongan yg gemar berdiet kini tidak menjadi masalah
lagi jika buah ini dimasukkan dalam menu harian anda..
Meskipun bermanfaat mengatasi masalah sembelit, buah epal juga berkhasiat utk meredakan cirit birit seperti mana yg diterangkan oleh Miriam Polunnin dlm bukunya bertajuk Healing Foods. Menurut buku tersebut, epal sgt bermanfaat sebagai ejen pencernaan. Buah ini hampir tanpa lemak dan kolesterol, sehingga sesuai sekali dimasukkan sebagai menu bagi wanita-wanita yg ingin berdiet. Jadi..apa tunggu lagi? Jom kita minum jus epal hijau. Sedap!

No comments:
Post a Comment