Pengikut-pengikut

Saturday, November 1, 2014

Champion Wilayah Utara Kali Kedua...

1st eleven versus Adtec Kulim
Alhamdullillah syukur apabila sekali lagi bergelar juara Sukan Pelajar ILJTM zon Utara 2014... 2013 menjadi Juara duit syiling... tahun 2014 merupakan Johan yang tak disangkal lagi... menggunakan tema Play With Heart with One Family, juara terus kekal sekali lagi... 

Tepat jam 6.30 pagi... pemain berkumpul di dewan makan sebelum bertolak ke Mini Stadium Keladi, Kulim dengan menaiki bas sewa... bas sewa bergerak pada jam 7.00 pagi dan pemain tiba di Mini Stadium Keladi pada jam 7.30 pagi.... pemain JMTi bersiap sedia menghadapi tuan rumah ADTEC Kulim pada perlawanan Separuh Akhir dan manakala ILP Ipoh bertemu ILP Kangar... kesemua perlawanan yang di jangka bermula jam 8.00 pagi terpaksa bermain pada jam 9.00 pagi...

Syafik Junior mengasak pemain lawan
Tradisi bola JMTi bila jumpa ADTEC Kulim lain macam sikit rasa nya... rekod pertemuan 2 kali menang sekali seri dan 2 kali kalah dengan tuan rumah dari 2011-2013 sejak aku mengendali juga sedikit menunjukkan kedua pasukan memang musuh seteru dari dulu... rekod... apa pun aku nak cerita perjalanan separuh akhir pasukan JMTi ni... sepak mula di mulakan agak baik pada mula nya... kedua pasukan sering mengatur serangan masing-masing... JMTi menuai sentuhan melalui jaringan penyerang yang banyak memberi tekanan pada pasukan lawan iaitu Kiren... selepas jaringan Kiren... nampaknya dia menjadi sasaran pasukan lawan sehingga dia di keluarkan pada separuh masa pertama... ketiadaan Kiren pada separuh akhir kedua nampak ketandusan gol... tapi apapun yang di tunjukkan oleh kesemua pemain dalam semangat juang yang tinggi mahu memastikan JMTi layak ke perlawanan akhir... apabila wisel penamat di tiup oleh pengadil... nampaknya kegembiraan jelas terpancar oleh kesemua pemain JMTi soccer... kemenangan 1-0 cukup bagi memberi kepuasan untuk ke Final 2014...

Hannan mengelecek bola...
Pasukan JMTi bertemu pasukan yang tiba-tiba muncul pesaing terbaik Zon Utara sekarang ini ILP Kangar... SISEM 2013 pasukan ini telah bertemu di separuh akhir... keputusan berakhir dengan sepakan penalti yang di menangi oleh JMTi soccer... keputusan penalti JMTi (3) - ILP Kangar (1)... kali ini dalam situasi berbeza... walaupun title Juara 2013 dengan balingan duit syiling... JMTi soccer masih menghormati pasukan lawan kerana corak dan semangat yang ditunjukkan lawan agak bersemangat... dalam pertemuan akhir... JMTi kehilangan pertama emas Kiren di mana kecederaan di kaki... terpaksa menggunakan khidmat pemain yang ada... wisel di tiup bermula nya perlawanan akhir... JMTi berjaya menjaringkan gol melalui Alif a.k.a Chong pada separuh masa pertama... tamat separuh masa pertama JMTi (1) vs ILP Kangar (0)... pasukan Kangar tak berputus asa dan cuba mencari jaringan penyamaan... taktikal JMTi berubah apabil bermain dalam keadaan bertahan dan counter... hasilnya JMTi berjaya memperolehi jaringan dari tiga touch dari Amri kepada Hakim... dan Hakim menghantar bola ke tengah dan disudahi oleh penyerang berbisa JMTi Aidil.... tamat sekali lagi episod final Sukan Pelajar ILJTM Wilayah Utara di mana JMTi soccer kekal Juara.... kemenangan JMTI (2) vs ILP Kangar (0) menunjukkan pasukan JMTi soccer bukan lagi pasukan boleh di pandang rendah di ILJTM Wilayah Utara...
Final JMTi vs ILP Kangar

Jurulatih dan Kapten pasukan 2013 & 2014
Terima kasih kepada semua pemain-pemain 2014 yang terlibat memberi kemenangan kepada JMTi soccer buat kali kedua... kapten pasukan Alip yang banyak memberi semangat kepada pemain... jurulatih Rajan yang tak putus asa membantu pasukan... walaupun sibuk dengan menguruskan Sungai Ara FC... beliau masih meluangkan masa satu dua kali bersama pasukan dan telah menghantar rakan Coach Jeffri, Coach Kumar, Coach Murli dan Coach Baskaran... kesemua Coach telah memberi tunjuk ajar yang terbaik untuk pasukan JMTi Soccer untuk tahun ini... Terima kasih...

Penghormatan kepada Kapten pasukan...
Pemain yang terlibat 2014 juga antaranya... keeper Azzam... pemain pertahanan Akerd, Hafizudin, Amri dan Karrvin... pemain tengah kapten pasukan Alip, Syafiq (junior), Syafiq dan Hannan.... penyerang yang banyak mengucar-kacir pasukan lawan Aidil dan Kiren... tak lupa juga pemain-pemain simpanan... Azman, Chong, Ijat, Hazarul, Amir, Wan Rafiq dan Hakim.... terima kasih dan tahniah atas kejayaan ini... semoga terus berjaya dan mempertahankan kejuaraan 2016 pulak di ILP Ipoh....
This is JMTi Soccer Family 2014

Pemain dan rakan-rakan yang support dari belakang...

#PlayWithHeart
#HariaJMTiHaria


Tuesday, October 21, 2014

Dugaan ALLAH SWT..

Assalamualaikum...

Di saat kita di UJI... adakah kita ingat pada yang SATU... sering kali kita akan MENGELUH... untuk sesi kali ini aku nak menceritakan tentang DUGAAN ALLAH yang aku lalui...

Sejak aku dilahirkan dari tahun 1979... pelbagai DUGAAN yang di lalui... aku tertarik dengan ARWAH ayah aku yang dulunya berkerja sebagai penjual surat khabar... aku melihat kegigihan dia bekerja dari kedai buku sehingga la menjadi penjual surat khabar no2 terbaik di Alor Setar... tak pernah sekali aku melihat dia mengeluh bila dia membesarkan saya dan adik beradik saya... mana tak nya... cuba bayangkan waktu pagi sebelum subuh... waktu yang sukar orang nak bangun pagi... dia dah mula bangun dan bersiap-siap nak keluar kerja mengambil surat khabar di tempat pengambilan surat khabar... sesampai di tempat surat khabar tadi... mungkin kita masih enak di buai mimpi... tapi dia gigih mengagih surat khabar dan menyusun isi dalam surat khabar... 

Surat khabar ini datangnya bukan terus ada bahagian-bahagian dalaman nya... setiap dalaman nya kena taruh sendiri oleh penjual... bayangkan masa itu lebih dari 200 set surat khabar yang kena susun... tapak tangan jangan kata mesti hitam... mampukah kita buat kerja itu... sedangkan manusia yang tidak pernah merasanya mungkin merasakan kerja itu mudah... pelbagai dugaan yang di lalui oleh arwah ayah aku masa itu... hujan... panas... motor rosak... kemalangan.. dikejar anjing dan sebagainya...tetap arwah ayah tetap meneruskan sehinggalah aku mula belajar di UK... arwah ayah tidak lagi menghantarnya kerana faktor kesihatan nya... kesusahan yang di lalui oleh arwah ayah tidak pernah di rasai oleh anak-anak dia kerana dia tidak pernah merunggut keadaan dia kita susah mahupun sakit... itu lah arwah ayah... setiap hari jam 5.00 pagi keluar rumah dan balik tengahari untuk menjamah makan tengahari dan berehat... sebelah petang nya keluar pulak menghantar bil-bil dan mengutip bayaran bulanan... dan akan pulang ke rumah jam 7.00 petang.... setiap hari termasuk hari cuti sabtu dan ahad... tiada istilah cuti... padahal setiap sabtu dan ahad orang lain sibuk bersama keluarga... itu lah arwah ayah...

Bersyukurlah dan ingatlah kepada yang SATU tadi bila kita di timpa dugaan.. hanya ALLAH yang mengetahuinya...



Tuesday, October 7, 2014

Peringkat Kumpulan IJLTM zon Utara 2014...

JMTI Soccer 2014
Tarikh 27 Spetember 2014... sekali lagi JMTI soccer menyertai Sukan ILJTM Zon Utara yang dianjurkan oleh ADTEC Kulim... bermain di Mini Stadium Keladi, Kulim... pada tarikh tersebut hanya berlangsung peringkat KUMPULAN sahaja... 

JMTI diletakkan dalam kumpulan B bersama-sama pasukan ILP Jitra dan ADTEC Taiping... dua pasukan hebat dan dihormati oleh pasukan JMTI... masing-masing mempunyai misi untuk mengalahkan pasukan JOHAN 2013... mungkin JMTI 2014 tak sama dengan JMTI 2013... tapi semangat yang di tunjukkan adalah sama... bermain dalam satu pasukan... mungkin kami tak menyertai mana-mana liga sehebat pasukan-pasukan yang menyertai... nak kata jurulatih bertaraf LESEN FAM B... rasa nya Coach Rajan hanya memberi tonik fitness dan kata-kata semangat... selain itu dia banyak menghantar rakan-rakan beliau memberi tunjuk ajar kepada pemain-pemain bagaimana menjadi pemain profesional...
Antara yang terbaik...

Berbalik kepada cerita sukan ILJTM ni balik... hmmmm... perlawanan pertama menyaksikan ILP Jitra bertemu ADTEC Taiping... sama-sama gagah di mana separuh masa pertama ADTEC Taiping menjaringkan GOL dahulu... separuh masa kedua.. pasukan ILP Jitra menggandakan asakan... dan berjaya menjaringkan GOL penyamaan... keputusan ILP Jitra (1) vs ADTEC Taiping (1)..

JMTI vs ILP Jitra ILJTM Zon Utara 2014
JMTI vs ILP Jitra bagi perlawanan kedua... mungkin faktor keletihan setelah berhempas pulas mendapatkan mata seri menjadikan JMTI selesa dengan kemenangan ke atas ILP Jitra... Keputusan JMTI (2) vs ILP Jitra (0)... jaringan oleh penyerang berbisa AIDIL-2 gol... walaupun mencatat kemenangan... ILP Jitra mempunyai semangat juang yang tinggi apabila beberapa kali membolosi pertahanan JMTI yang di ketuai oleh AKERD dan DIN... benteng terakhir yang menggantikan penjaga gol lama... AZZAM banyak meyelamatkan pintu GOL dari dibocori... mungkin AZZAM tak sehebat penjaga GOL lama.. ini lah dikatakan PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI...

Kapten JMTI (Mat Alip)
Sebelah petang nya pulak... hujan lebat mulai membasahi Mini Stadium Keladi... perlawanan seterusnya berlangsung juga.. menyaksikan ADTEC Taping bertemu JMTI... pasukan yang boleh dikatakan hebat... mempunyai semangat untuk menang... mungkin kelebihan kepada Taiping yang biasa bermain dalam padang yang penuh air... pasukan ADTEC Taiping memperolehi GOL pertama separuh masa pertama menyaksikan gol mudah yang dilambung tinggi melepasi pertahanan dan bola jatuh tepat pada kawasan air... dan penjaga gol yang berada jarak jauh dari tiang gol gagal untuk menangkap bola serta membolehkan ADTEC mendahului dengan 1-0... kapten JMTI (Alip) terus memberi kata-kata semangat supaya pasukan terus bangkit... melalui set piece menarik dari tendangan percuma HANNAN menghantar tepat kepada penyerang berbisa AIDIL membolehkan GOL penyamaan.. menjadikan 1-1 ketika itu....

Aidil mengawal bola ketika bertemu ADTEC Taiping
Separuh masa kedua bermula... nampak nya semangat pasukan terus bersemangat... AIDIL sekali lagi meledakkan gol dari larian SOLO dan terus merembat ke gawang gol... menjadikan JMTI (2) vs ADTEC Taiping (1)... kemudian giliran Kiren menjaringkan gol cantik menjadikan JMTI(3) vs ADTEC Taiping (1)... semangat yang tunjukkan oleh pemain-pemain JMTI amatlah terharu dan membanggakan... 

JMTI mungkin bukan Institut sukan... tapi dengan sukan... pelajar dapat membentuk sahsiah diri dan disiplin serta menyihatkan pelajar terbabit... 

Tunggu sambungan 1 November 2014 pulak bagi separuh akhir dan mungkin akhir sekali lagi...

Mengatur strategi kemenangan
10 dan 7 yang mantap
Meraikan kemenangan juara KUMPULAN B


Thursday, September 18, 2014

ILJTM Zon Utara datang lagi...


Karnival Kecemerlangan Ko-kurikulum ILJTM Wilayah Utara 2014 muncul kembali... kenangan manis tahun lepas masih terpahat... tahun ini amat berat bagi aku nak melakukannya sekali lagi... mampukah aku...

Johan BOLASEPAK - Karnival Kecemerlangan Ko-kurikulum 2013
di ILP A.P. Nibong Tebal
Kenangan masih terpahat... terima kasih kepada semua pemain yang telah memberi 100% komitmen menjuarai buat pertama kali dalam sejarah bolasepak JMTI... dan membuka mata ramai ILJTM sekarang ini...

Tahun ini cabaran amat berat apabila di UNDI dalam satu kumpulan dengan pasukan yang menjadi impian aku untuk bertemu sejak aku membawa pasukan BOLA ini... iaitu pasukan ILP Jitra dari Kedah... bukan apa... sebab team nie datang dari KEDAH dan sering menjadi JOHAN dalam karnival ini... yang kedua aku bertemu dengan ADTEC Taiping... team nie walaupun baru... tapi aku rasa mereka mampu memberi saingan... dengan fasiliti yang mereka ada termasuk sumber kewangan yang baik.. mereka mampu memberi saingan... apa pun aku tetap dengan HARIA JMTI HARIA.... lawan tetap lawan.... aku akan menurunkan segala formula dan keringat yang ada bagi memastikan 27 September ini memberi kenangan 2014 tahun ini pulak...

#PULUN*JITRA*PULUN# 
#KEJOR*TAIPING*KEJOR#
#HARIA*JMTI*HARIA#

Amalan 8 Pintu Murah Rezeki...


Assalamualaikum w.b.t..

Hampir berbulan-bulan sudah tak mengUPDATE BLOG nie... dah bersawang agaknya... macam kepala aku juga rasanya... hahahah...

Apa yang aku nak kongsi dalam cerita menarik kali nie... kejap nak memikirkan... hmmm... rasa nya aku nak cerita sedikit pasal REZEKI...


Tertarik dengan gambar dari Ustaz Yahya Cambodia nie tentang 8 Pintu Murah Rezeki... aku nak menceritakan tentang aku dalam 8 Pintu Murah Rezeki ini...

Yang pertama iaitu jangan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa... kita tengok dari apa yang di katakan ini memang adakala nya benar... jadi HORMAT lah ibu bapa kita semasa mereka masih hidup di dunia ini... sayangi lah mereka sementara masih boleh...

Yang kedua jangan bergaduh dengan saudara mara... hmmm... yang nie aku kurang pasti... sebab aku belum laluinya... 

Yang ketiga menunaikan haji.... yang nie masih belum berkemampuan nak lakukan... kalau di izinkan teringin juga aku nak pie ke tanah suci nie sekali pun cukup la dalam hidup aku...

Keempat solat sunat Dhuha... amalan yang terbaik... jangan buat solat sunat Dhuha saja kalau solat 5 waktu tidak mencukupi...

Kelima... jangan tidur selepas solat SUBUH... hmmm.. kekadang aku tertidur gak... hehhehehe

Keenam... yang ini memang kegemaran aku... selepas solat MAGHRIB aku akan membaca surah Al-Waqiah ini... memang banyak maksud dalam surah ini... jom baca memang tak rugi... kalau boleh faham isi kandungannya.... lagi best....

Ketujuh... KAHWIN... hmmm... rezeki kahwin bertambah bila hidup berDUA... walaupun sering merunggut tidak cukup... hmmmm... kalau berTIGA... berEMPAT... dan berLIMA... heheheeh... tak komen lebih-lebih... satu cukup la dalam hidup aku...

Kelapan... ini memang betul aku lalui... setiap anak yang dilahirkan oleh isteri tercinta aku... adalah rezeki dalam keluarga aku... terutama bila anak sulung aku di lahirkan pada 2002... aku dapat PPLV J5... bila 2004 aku mendapat TETAP bagi anak kedua aku... dan setiap anak ada keistimewaan nya... ini lah anugerah tuhan...

Apapun yang kita lakukan ingatlah kita pada RUKUN ISLAM kita dan RUKUN IMAN kita... insyallah kalau kita ikut semua kehendak ALLAH... pasti dia akan menolong kita...

RENUNG-RENUNGkan....


Thursday, June 26, 2014

5 Perkara Sebelum 5 Perkara...

Lama juga tak mencoret dalam laman blog aku nie... tertarik dengan DOA pagi dan TAZKIRAH dari sahabat Nizam tentang 5 perkara sebelum 5 perkara...

Jadi kat sini dan hari ini aku nak berkongsi apa yang di maksudkan dengan 5 perkara sebelum 5 perkara itu... sama-sama kita mengamalkan dan saling menginagati 5 perkara tersebut... antaranya adalah...

  • Sihat sebelum sakit
  • Muda sebelum tua
  • Kaya sebelum miskin
  • Lapang sebelum sempit
  • Hidup sebelum mati

Ini antara 5 perkara tersebut... dan kat sini pulak aku nak kongsi apa yang dimaksudkan dengan 5 perkara tersebut...
  • Sihat sebelum sakit - Melakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri anda dan orang-orang disekeliling anda semasa anda masih sihat.
  • Muda sebelum tua - Waktu anda muda inilah saatnya anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban anda kepada Maha Pencipta, kelak bila anda tua anda tidak lagi memikirkan hal duniawi.
  • Kaya sebelum miskin - Waktu anda kaya berharta itulah anda boleh menolong orang yang lebih sudah daripada anda kerana sedekah yang ikhlas akan menjadi bekalan anda mengahadapNya nanti.
  • Lapang sebelum sempit - Waktu anda masih ada kelapangan inilah waku yang paling sesuai mendalami ilmu agama sebagai pedoman anda.
  • Hidup sebelum mati - Sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh anda lakukan. Bila anda telah tiada hanya amal soleh, sedekah jariah dan doa anak yang soleh mengiringi anda.