Lama juga tak mencoret dalam laman blog aku nie... tertarik dengan DOA pagi dan TAZKIRAH dari sahabat Nizam tentang 5 perkara sebelum 5 perkara...
Jadi kat sini dan hari ini aku nak berkongsi apa yang di maksudkan dengan 5 perkara sebelum 5 perkara itu... sama-sama kita mengamalkan dan saling menginagati 5 perkara tersebut... antaranya adalah...
- Sihat sebelum sakit
- Muda sebelum tua
- Kaya sebelum miskin
- Lapang sebelum sempit
- Hidup sebelum mati
Ini antara 5 perkara tersebut... dan kat sini pulak aku nak kongsi apa yang dimaksudkan dengan 5 perkara tersebut...
- Sihat sebelum sakit - Melakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri anda dan orang-orang disekeliling anda semasa anda masih sihat.
- Muda sebelum tua - Waktu anda muda inilah saatnya anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban anda kepada Maha Pencipta, kelak bila anda tua anda tidak lagi memikirkan hal duniawi.
- Kaya sebelum miskin - Waktu anda kaya berharta itulah anda boleh menolong orang yang lebih sudah daripada anda kerana sedekah yang ikhlas akan menjadi bekalan anda mengahadapNya nanti.
- Lapang sebelum sempit - Waktu anda masih ada kelapangan inilah waku yang paling sesuai mendalami ilmu agama sebagai pedoman anda.
- Hidup sebelum mati - Sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh anda lakukan. Bila anda telah tiada hanya amal soleh, sedekah jariah dan doa anak yang soleh mengiringi anda.