Pengikut-pengikut

Thursday, December 31, 2015

Selamat tinggal 2015... selamat datang 2016

Coretan 2015 banyak meninggalkan kenangan pahit manis atau masam.. hmmm... apa pun syukur Alhamdullillah segala rezeki sepanjang 2015... redha dengan segala musibah dan dugaan sepanjang 2015... selamat tinggal 2015...


Bersedia atau tidak meninggalkan 2015... kena juga tinggal.. selamat datang 2016... apa pulak kenangan yang akan berlaku di 2016 nanti... dan apa agaknya azam 2016 aku pulak.. masih membawa azam yang 2015 yang masih belum tercapai..  kenangan checklist 2015 akan di bawa ke 2016... apa pun 2016 masih jauh akan kita sama tempuhi... adakah sempat aku mengucapkan selamat tinggal pulak 2016 nanti.. apa pun tunggu dan lihat 31 Disember 2016 nanti pulak...


Semoga sama-sama kita menghadapi dugaan dan cabaran 2016...


Monday, November 9, 2015

Perlawanan Liga Bukit Mertajam 2015

Perlawanan keempat pasukan adalah pada 14 September 2015 (Isnin) bertemu pasukan Perda 'D' FC. Pasukan JMTI gagal memperolehi kemenangan dengan pasukan ini kerana berlaku beberapa tekanan dari pemain di akhir minit. Keputusan kalah 2-3 kepada pasukan Perda 'D' dengan jaringan oleh 2 gol oleh Yob (TKK).


Aku bersama Coach lagend JMTI coach Rajan yang banyak membantu menaikkan nama team JMTI
Kapten Marvelous yang banyak bantu team... walaupun dah abis dari JMTI... Mat Alip...
Antara defend terbaik JMTI soccer....
Penjaring gol Yob (TKK)
Perlawanan terakhir peringkat kumpulan bertemu dengan DB Shenker FC (pasukan veteran) pada 8 Oktober 2015 (Khamis)... bukan calang-calang pasukan juga... walaupun pasukan JMTI berjaya menang besar dengan pasukan ini dengan jaringan 4-0. Yang pasti nya kami telah layak ke pusingan seterusnya pusingan kalah mati. Pasukan JMTI berada dalam kedudukan no 4 dari 6 pasukan peringkat kumpulan.


DB Shenker FC vs JMTi FC
Aku ngan Coach Rajan bagi suntikan semangat separuh masa kedua
1st eleven JMTI soccer
Antara pemain simpanan yang memberi komitmen tinggi kepada pasukan Emir (livepool)
Perlawanan kalah mati yang berlangsung pada 6 November 2015 (Jumaat) bertemu dengan pasukan terkuat juga yang menjadi johan kumpulan iaitu pasukan Sinar Muda FC... pasukan ini memang terbaik... JMTI sekali lagi hampa hanya mampu seri 1-1 setelah mendahului dengan jaringan 1 gol dari Chong (TKP). Keputusan kalah mati ini berkesudahan dengan kekalahan JMTI dengan sepakan penalti.

Begitu la pertandingan Liga Bukit Mertajam Divisyen 3 yang di sertai oleh pasukan JMTI soccer dalam tahun 2015... semoga tahun 2016 menjadi penyuntik kepada pasukan untuk terus memberi saingan yang sihat dalam bolasepak dan di samping mempromosikan institut JMTI ke seluruh Pulau Pinang...

Thursday, August 20, 2015

Perlawanan Liga Bukit Mertajam 2015

Pasukan JMTI FC menyertai Pertandingan Liga Bukit Mertajam 2015 sepanjang tahun 2015 yang berlangsung di Mini Stadium Permatang Rawa, Bukit Mertajam. Pasukan diletakkan dalam kumpulan bersama Mega United, Toleh FC, Semambu FC, Perda D’ FC dan DB Shenker FC.

Perlawanan pertama pasukan adalah pada 18 Mei 2015 (Isnin) bertemu pasukan Mega United. Pasukan JMTI Berjaya memperolehi kemenangan pertama dengan keputusan 2-1 hasil jaringan 2 gol oleh Kiren (TKE)

Coach Baz memberi nasihat sebelum perlawanan...

1 Happy JMTI Soccer family...


Perlawanan kedua berlangsung pada 11 Jun 2015 (Khamis) bertemu pasukan Toleh FC.  Berkesudahan dengan keputusan seri 2-2 jaringan Amir (TKE) dan Alif Iskandar (TKP).

1st eleven ketika bertemu Toleh FC...


Perlawanan ketiga pada 19 Ogos 2015 (Rabu) bertemu pasukan Semambu FC.  Keputusan seri 2-2 jaringan Yob (TKK) dengan 2 jaringan.








Kedudukan dalam kumpulan sekarang nombor tiga dari enam pasukan dengan mengumpul 5 mata.



Monday, May 18, 2015

Formasi 4-4-2

FORMASI 4-4-2 versi otai

Formasi ini terdiri daripada 4 pemain pertahanan, 4 pemain tengah dan 2 pemain penyerang. Formasi ini lazim digunakan bagi membentuk asas kesefahaman didalam pasukan.

Posisi Bertahan

Pemain-pemain midfield (tengah) bertindak sebagai cover (pelindung) kepada pemain-pemain pertahanan. 

Posisi Menyerang


Pemain-pemain midfield memainkan peranan membantu jentera serangan. Manakala pemain-pemain pertahanan kiri dan kanan hanya sekali-sekala membuat ovelapping melepasi pemain tengah kiri atau kanan bagi membantu membuat crossing (hantaran lintang) kepada pemain penyerang di kawasan kotak penalti lawan.

FORMASI 4-4-2 versi moden

Di dalam formasi ini terdapat beberapa adjustment (perubahan) kepada beberapa posisi. Fungsi formasi ini adalah bagi melancarkan serangan balas (counter attack) dengan lebih berkesan.

Di dalam permainan bola sepak moden, pemain pertahanan kanan/kiri bertindak sebagai pertahanan sayap (wing back).  Posisi pertahanan sayap ini memainkan peranan menjaga pertahanan dan juga di dalam masa yang sama sebagai posisi yang menyokong serangan melalui posisi sayap. Pemain yang bermain di posisi ini memerlukan stamina yang cukup tinggi bagi mengekalkan tempo permainan yang tinggi/laju (high pace tempo) seperti yang diamalkan kebanyakkan kelab-kelab di Eropah khususnya di liga perdana inggeris (EPL).

Kedudukan dibahagian kedua-dua posisi center midfielder juga agak berlainan di mana mereka akan membahagikan kepada 2 peranan iaitu seorang akan bertindak sebagai pemain yang menyokong serangan dan seorang lagi sebagai pemain yang menyokong pertahanan.

Fungsi pemain tengah kiri/kanan (RM/LM) sama seperti formasi 4-4-2 tradisi dimana mereka akan menjadi pemain yang menyokong penyerang melalui hantaran-hantaran lintang melalui posisi sayap. Di bahagian serangan pula berlaku sedikit perubahan di mana, terdapat satu posisi baru diwujudkan iaitu posisi center forward (CF). Posisi CF ini bertindak sebagai penyerang sokongan kepada penyerang utama. Penyerang sokongan ini bertindak sebagai pemain yang akan cuba menghuru-harakan pemain pertahanan lawan bagi memberi laluan kepada penyerang utama untuk menjaringkan gol.

Posisi Bertahan

Jika kita lihat, posisi bertahan formasi ini tidak jauh bezanya dengan formasi 4-4-2 tradisi tadi, apa yang membezakannya adalah posisi CF diletakkan sedikit bawah untuk melancarkan serangan balas (counter attack) jika berpeluang. Terdapat banyak jaringan dihasilkan mengikut sistem ini.

Posisi Menyerang
Wing Back (RWB/LWB) bertindak sebagai pemain sayap ketika melancarkan serangan. Ini memberi ruang kepada pemain tengah kiri/kanan (LM/RM) membantu penyerang ketika melancarkan serangan. Apa yang jelas disini RCM bertindak sebagai defensive midfielder bersedia jika pasukannya menghadapi serangan balas pasukan lawan.