FORMASI
4-4-2 versi otai
Formasi
ini terdiri daripada 4 pemain pertahanan, 4 pemain tengah dan 2 pemain
penyerang. Formasi ini lazim digunakan bagi membentuk asas kesefahaman didalam
pasukan.
Posisi Bertahan
Pemain-pemain
midfield (tengah) bertindak sebagai cover (pelindung) kepada pemain-pemain
pertahanan.
Posisi Menyerang
Pemain-pemain
midfield memainkan peranan membantu jentera serangan. Manakala pemain-pemain
pertahanan kiri dan kanan hanya sekali-sekala membuat ovelapping melepasi
pemain tengah kiri atau kanan bagi membantu membuat crossing (hantaran lintang)
kepada pemain penyerang di kawasan kotak penalti lawan.
FORMASI
4-4-2 versi moden
Di
dalam formasi ini terdapat beberapa adjustment (perubahan) kepada beberapa
posisi. Fungsi formasi ini adalah bagi melancarkan serangan balas (counter
attack) dengan lebih berkesan.
Di
dalam permainan bola sepak moden, pemain pertahanan kanan/kiri bertindak
sebagai pertahanan sayap (wing back). Posisi pertahanan sayap ini
memainkan peranan menjaga pertahanan dan juga di dalam masa yang sama sebagai
posisi yang menyokong serangan melalui posisi sayap. Pemain yang bermain di
posisi ini memerlukan stamina yang cukup tinggi bagi mengekalkan tempo
permainan yang tinggi/laju (high pace tempo) seperti yang diamalkan kebanyakkan
kelab-kelab di Eropah khususnya di liga perdana inggeris (EPL).
Kedudukan
dibahagian kedua-dua posisi center midfielder juga agak berlainan di mana
mereka akan membahagikan kepada 2 peranan iaitu seorang akan bertindak sebagai
pemain yang menyokong serangan dan seorang lagi sebagai pemain yang menyokong
pertahanan.
Fungsi
pemain tengah kiri/kanan (RM/LM) sama seperti formasi 4-4-2 tradisi dimana
mereka akan menjadi pemain yang menyokong penyerang melalui hantaran-hantaran
lintang melalui posisi sayap. Di bahagian serangan pula berlaku sedikit
perubahan di mana, terdapat satu posisi baru diwujudkan iaitu posisi center
forward (CF). Posisi CF ini bertindak sebagai penyerang sokongan kepada
penyerang utama. Penyerang sokongan ini bertindak sebagai pemain yang akan cuba
menghuru-harakan pemain pertahanan lawan bagi memberi laluan kepada penyerang
utama untuk menjaringkan gol.
Posisi
Bertahan
Jika
kita lihat, posisi bertahan formasi ini tidak jauh bezanya dengan formasi 4-4-2
tradisi tadi, apa yang membezakannya adalah posisi CF diletakkan sedikit bawah
untuk melancarkan serangan balas (counter attack) jika berpeluang. Terdapat
banyak jaringan dihasilkan mengikut sistem ini.
Posisi
Menyerang
Wing
Back (RWB/LWB) bertindak sebagai pemain sayap ketika melancarkan serangan. Ini
memberi ruang kepada pemain tengah kiri/kanan (LM/RM) membantu penyerang ketika
melancarkan serangan. Apa yang jelas disini RCM bertindak sebagai defensive
midfielder bersedia jika pasukannya menghadapi serangan balas pasukan lawan.
No comments:
Post a Comment