Pengikut-pengikut

Wednesday, May 18, 2011

Kesian CUEPACS...

Tertarik dengan artikal yang di scan oleh rakan FB Mamu Aboy Rembau... mengenai geng pegawai kata CUEPACS hanya memperjuangkan hak GRED 1 sehingga 40 je... kesian CUEPACS...


Tak cukup ke... ish ish... rasa nya tak pernah di sisih pun gred 41 ke atas nie... apa yang GRED 1 hingga 40 dapat... GRED 41 pun dapat gak... dapat lebey lagi... ada ke GRED bawahan kisah... TAK PUN... sama-sama cukup la tue.... keja kekadang GRED bawahan yang buatkan... yang dapat nama GRED atasan... ADA KAMI KISAH...


Tak payah la nak bising-bising pasal benda semua nie...
JOM BACA TENGOK...


------------------------------------------------------------------------------------------------


CUEPACS hanya perjuang hak kakitangan rendah

2011/05/12

KENYATAAN Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman dalam akhbar ini pada 10 Mei lalu mengundang rasa kurang senang pegawai bergred 41 ke atas terhadap kesatuan itu mengenai cadangan tuntutan kenaikan elaun perumahan (ETP) gred 1 hingga 40 daripada RM180 kepada RM350, manakala elaun perumahan untuk gred 41 dan ke atas dikekalkan kerana sudah dianggap mencukupi.

Kami berpandangan cadangan CUEPACS tidak rasional dan tidak berdasarkan hakikat sebenar dan hanya mewakili kepentingan pihak tertentu saja. Setiap kali tuntutan dikemukakan CUEPACS hanya golongan tertentu seolah-olah ia berjuang untuk kepentingan kelompok itu saja dan selalu juga gred 41 tersisih dan tidak mendapat manfaat sewajarnya.
Ini sudah terbukti dalam kes pelarasan gaji antara 15 hingga 30 peratus pada 2005. Paling kurang mendapat manfaat adalah golongan dalam gred 41 yang sebelum pelarasan tangga gaji 41 adalah lebih tinggi daripada 27-32, namun sebaliknya selepas pelarasan.
Kami menyokong sepenuhnya cadangan itu seandainya ia memberi keadilan kepada semua. Tetapi apa yang berlaku jika diteliti secara mendalam apakah wajar cadangan yang cuba dibawa oleh oleh CUEPACS itu. Tidakkah CUEPACS sedar RM350 itu akan menjadikan elaun gred 1-40 lebih tinggi daripada pegawai mereka. Tidakkah Presiden CUEPACS tahu atau sedar bahawa bayaran ETP yang diterima kakitangan gred 41 hanya RM250.

Jika alasan CUEPACS kadar diterima gred 1-40 tidak mencukupi untuk menampung sewaan rumah kenapa tidak minta elaun sehingga RM500 hingga RM1,000 saja. Dalam soal tuntutan COLA, kami menyokong sepenuhnya kerana kos barangan dan perkhidmatan semakin meningkat.

Jika dikaji secara terperinci pendapatan sesetengah golongan gred 17 hingga 40 lebih tinggi daripada pendapatan pegawai gred 41-44, kerana selain gaji dan elaun, mereka boleh menambah pendapatan dengan tuntutan kerja lebih masa mencecah ribuan ringgit, sedangkan gred 41 dan ke atas tidak mendapat peluang itu. Seandainya JPA atau kerajaan menerima cadangan CUEPACS ini, ETP golongan gred 40 ke bawah menjadi lebih tinggi daripada kakitangan bergred 41 dan 44. Jika ini berlaku ia adalah sesuatu yang amat malang bagi kakitangan gred 41 kerana sering dilupakan CUEPACS.

Buatlah kajian secara mendalam sebelum mengemukakan tuntutan kepada kerajaan agar kebajikan anggota gred 41 juga mendapat perhatian sewajarnya.



AWAN KELABU,

Kuala Lumpur
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 


Pekerja gred 41 sering disisihkan

2011/05/12

SAYA berasa amat kesal dengan kenyataan Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman baru-baru ini yang dilihat hanya memperjuangkan kakitangan kerajaan gred 1 hingga 40 saja.

Kenyataan beliau yang mahu kerajaan menaikkan elaun kakitangan gred 1 hingga 40 tidak menunjukkan beliau sebagai seorang Presiden yang menjaga kepentingan kakitangan awam secara menyeluruh.
Lebih dikesali beliau menyatakan elaun kakitangan gred 41 ke atas sudah lebih mencukupi. Adakah adil elaun kakitangan gred rendah saja yang perlu dinaikkan? Jangan jadi pisang berbuah dua kali yang banyak menguntungkan sebelah pihak saja.
Jika beliau memperjuangkan golongan gred rendah beliau tidak layak memegang jawatan Presiden CUEPACS, sebaliknya menjadi Presiden Kakitangan Kerajaan Bergred Rendah saja.



JEJAKA KACAK,


No comments:

Post a Comment