Pengikut-pengikut

Wednesday, May 18, 2011

Pembawa Mulut...

Kenapa, bila ada gosip atau sebaran fitnah je... orang akan cakap orang tak bekerja yang membawa nya... contoh nya suri rumah la... kenapa tak cakap orang yang bekerja yang suka membawa mulut lak...



Ada beberapa sebabnya... mungkin sebab orang nampak dia orang tak keje... jangan cepat menuding jari... sama je manusia nie... selagi ada MULUT... mesti akan MEMBAWA nya... tanpa sedar atau sedar... kekadang orang akan bercakap apa yang dia nampak dan lihat... kekadang orang akan menambah PERISA atas apa yang dilihat... konon nya nak BAGI SESEDAP RASA... bak kata orang selagi dia ada sifat PHD...



Aku nie bukan la pandai sangat nak berBLOG nie... karang taip silap orang kata KONTROVESI lak... KONTROVESI??? hehehe...



Ada satu permainan yang aku suka masa aku jadi Fasilator dalam MSK... permainan dia aku kurang ingat nama apa.. cara dia macam nie... kita bina satu kumpulan dulu.... buat satu garisan panjang... kita akan panggil peserta pertama datang ke depan... menghafal satu ayat panjang la... contoh... Pak Abu naik basikal ke kedai untuk membeli gula dan tiba di kedai Pak Abu lupa membawa wang... dan di hafal la peserta pertama tadi... habis masa lima minit kita akan memanggil peserta kedua... di beri masa dua minit bagi peserta pertama tadi memberi maklumat kepada peserta kedua diselangi gangguan dari pihak ketiga... setelah tamat masa dua minit peserta seterus nya akan mendapat maklumat dari peserta kedua tadi...



Peserta terakhir dalam kumpulan di kehendaki mencatat semula apakah maklumat yang di sampaikan oleh peserta yang memberi maklumat terakhir kepada nya...



Kalau dalam kumpulan tu ada peserta yang JUJUR dan AMANAH... jawapan ayat panjang tadi mungkin akan sama... jika ada YANG PEMBAWA MULUT atau BERMASALAH... mungkin jawapan ayat panjang tadi akan bertukar-tukar atau di TAMBAH-TAMBAH perisa nya... mungkin ayat tiba dikedai Pak Abu kemalangan kecil sehingga patah tangan dan kaki nya...



Kesimpulannya yang aku nampak la KITA SAMA SAHAJA... ADA KURANG NYA ADA LEBIH NYA... yang BAIK datang dari NYA... yang KURANG datang dari KITA sendiri... jangan nak TUDING JARI kepada sesiapa...

No comments:

Post a Comment