Pengikut-pengikut

Sunday, July 31, 2011

Niat Puasa dan Berbuka Puasa

Niat Puasa

Nawaitu  souma ghodin 'an adaa i, fardhi syahri Ramadhaana haadzihis sannati lillahi ta'ala


Niat berbuka Puasa

Allahumma laka somtu wa bika aamantu wa'alaa rizqika a fhartu birahmatika ya arhamarrohimin

Maksudnya: "Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman, dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang"

Selamat menyambut BULAN RAMADHAN...


Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini kepada PEMBACA serta PENGIKUT BLOG AbahFizal...

Selamat menunaikan ibadah puasa, semoga kita dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna dan amal kita akan terus diberkati dan dilimpahi rahmat dari-Nya serta diberikan keinsafan dan peluang untuk kita beribadat dengan lebih baik kepada-Nya... Insyallah sama-sama kita beramal..

Malaysia (1) vs Singapura (1)..

KUALA LUMPUR - Malaysia terpaksa menunggu empat tahun lagi untuk beraksi semula di peringkat kelayakan Piala Dunia apabila ditunjukkan jalan keluar oleh Singapura pada perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014, semalam

Stadium Nasional Bukit Jalil dan 90,000 penyokong Harimau Malaya menjadi saksi detik kejatuhan Harimau Malaya apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 untuk membawa kepada kekalahan agregat 6-4.
Jaringan Safee Sali pada minit ke-57 tidak mampu untuk meningkatkan semangat rakan-rakannya yang lain apabila Singapura berjaya menjaringkan gol penyamaan 13 minit kemudian melalui Shi Jiayi.

Aksi sederhana pada separuh masa pertama boleh menjadi punca utama skuad negara gagal untuk menyaingi Singapura, di tambah dengan ketiadaan pemain perancang dan ketua pasukan, Safiq Rahim.

Safiq digantung perlawanan apabila menerima kad merah pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar yang menyaksikan Malaysia tewas 3-5.

Anak buah Datuk K. Rajagobal ternyata kurang selesa dengan kelebihan yang ada pada pemain Singapura iaitu kekuatan fizikal dan hantaran jauh.

Rajagobal mengakui, pasukannya tidak bermain agresif pada babak pertama, malah mengakui kealpaan benteng sekali lagi menghukum mereka ketika membenarkan Singapura merobek gawang pada separuh masa kedua.

"Kami tidak kalah, kami seri malam ini tetapi kami gagal melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Kami tidak bermula agresif walaupun ada masanya kita membuat serangan, cuma di separuh masa kedua pemain mula menunjukkan permainan lebih baik tetapi ia tidak mencukupi.

"Saya rasa, apabila Aidil (Zafuan Abd. Radzak) terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan, ia menganggu perancangan pasukan. Dia keluar terlalu awal dan memaksa kami memasukkan Muslim,'' kata Rajagobal.

Hasrat untuk melihat pemain pertahanan berpengalaman, Aidil beraksi selama 90 minit tidak tercapai apabila dia dikeluarkan pada minit ke-27 dan digantikan dengan Muslim Ahmad apabila mengalami kecederaan.

Harapan menggunung penyokong Harimau Malaya untuk melihat Malaysia bangkit pada separuh masa kedua gagal dijelmakan manakala Singapura ampuh bertahan hasil permainan mantap pemain pertahanan Daniel Bennett.

Pemain tengah, Ismail Faruqi seperti kekeringan idea untuk merencanakan serangan bahaya tatkala Singapura mengharapkan kehebatan pemain kelahiran China, Jiayi dan Qiu Li.

Gandingan Safee dan Abd. Hadi Yahya juga tidak begitu menjadi apabila tidak mempunyai keserasian yang mantap tatkala S. Kunanlan gagal mempamerkan permainan lincah seperti dalam perlawanan sebelum ini.

Ibarat jatuh sudah ditimpa tangga aksi penutup perlawanan Malaysia Singapura dicemari dengan layangan kad merah kepada pemain gantian negara, Ahmad Fakri Saarani pada masa kecederaan.

Bagaimanapun, pujian layak diberikan kepada penjaga gol skuad Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat yang beberapa kali menyelamatkan percubaan merbahaya pihak lawan.

Apa-pun kita perlu menerima hakikat bahawa masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki jika berhasrat untuk beraksi pada peringkat yang lebih jauh pada kelayakan Piala Dunia 2018.

Sementara itu, penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat berkata, Singapura berhak melayakkan diri ke pusingan seterusnya kerana menunjukkan permainan yang lebih baik. "Kita tidak kalah malam ini, cuma kita seri. Singapura lebih layak dan berhak ke pusingan seterusnya,'' kata Khairul Fahmi.

Tuesday, July 26, 2011

Rombak benteng pertahanan NEGARA jika mahu mara

SINGAPURA - "Buat perubahan drastik pada bahagian pertahanan jika mahu layak ke peringkat seterusnya". Itu amaran Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin selepas Malaysia kalah 3-5 kepada Singapura kelmarin.

Jelasnya, jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal harus melakukan perubahan drastik ekoran aksi buruk bahagian pertahanan pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia di republik itu kelmarin.

"Pertahanan kita terlalu lemah dan banyak memberikan ruang kepada lawan terutamanya gol kelima Singapura melalui Aleksandar Duric. Ia menyerlahkan kegagalan pertahanan kita mengunci pemain lawan.
"Malahan dua gol padang yang diperolehi Singapura juga berpunca daripada barisan pertahanan yang tidak jitu dan tidak dapat membaca dengan baik gerakan bola pihak lawan.

"Jurulatih (Rajagobal) harus memperbaiki masalah bahagian pertahanan yang saya fikir semua orang sudah nampak semenjak perlawanan menentang Taiwan lagi. Itu pun nasib baik kita mampu mara atas peraturan gol di tempat lawan.

"Saya hanya lihat Safee Sali, Asraruddin Putra Omar dan S. Kunanlan sahaja beraksi cemerlang dalam perlawanan tersebut, " katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, semalam.

Bukan sekadar pertahanan, beliau juga mahu melihat penjaga gol utama kembali diisi Khairul Fahmi Che Mat, selepas Sharbinee melepaskan lima gol kepada lawan.

"Kalau boleh dalam perlawanan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti saya berpendapat penjaga gol, Khairul Fahmi harus diletakkan sebagai penjaga gol utama.

"Dengan adanya Khairul Fahmi, saya fikir keyakinan pemain terutamanya di bahagian pertahanan mampu dipulihkan dalam usaha mencari kemenangan berharga di tempat sendiri, " katanya.

Hamidin juga menyeru para pemain skuad kebangsaan agar jangan lagi dibuai mimpi dengan kejayaan menjuarai Piala Suzuki AFF tahun lalu, kerana situasi berdepan dengan Singapura pada Kelayakan Piala Dunia adalah satu perkara yang berbeza.

"Kita tidak berjumpa dengan Singapura dalam perjalanan kita menjuarai Piala Suzuki AFF, jadi kita tidak boleh terlalu mendabik dada kononnya kita hebat dan boleh menewaskan mana-mana pasukan.
"Jadi, berikan fokus seratus peratus pada perlawanan kedua nanti , jangan hanya bersikap terlalu yakin, " jelasnya.

Begitupun, Hamidin tetap yakin Harimau Malaya pasti boleh menggegar di Stadium Nasional Bukit Jalil Khamis ini, jika semangat pemain tidak luntur dalam usaha menebus aib kalah kepada Singapura.

"Peluang mara masih ada, seandainya para pemain beraksi seperti mana yang telah mereka lakukan pada peringkat separuh akhir dan akhir Piala Suzuki AFF, saya rasa kita boleh layak ke pusingan seterusnya," katanya.

Buat masa ini, pertahanan negara yang dibarisi Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Fadhli Shas, Asraruddin Putra Omar dan Mahali Jasuli sementara Mohd. Aidil Zafuan direhatkan kerana mengalami kecederaan. Pilihan yang ada pada bahagian simpanan ialah Mohd. Rizal Fahmi Ab.Rosid, Azmi Muslim dan Helmi Remeli.
Rajagobal masih boleh memanggil beberapa pemain senior seperti Norhafiz Zamani Misbah dan S. Subramaniam untuk diserapkan dalam skuad sebagai pilihan terakhir.

Friday, July 22, 2011

Saya En WONG dari BANK RAKYAT...

Salam... hari nie aku nak berkongsi pengalaman sikit... pagi tadi masa aku buat mapping jabatan... aku terima panggilan telefon... 

Panggilan telefon dari BANK konon nya... pada mula nya aku tak berapa jelas dengar panggilan tue... apa lagi aku pun melayan la... dia kata dia En Wong dari Bank Rakyat... dia kata aku nak ada buat kad kredit bank rakyat... ish.. sepanjang aku tahu la aku nie apply kad bank rakyat pun idak... cam mana boleh ada kad kredit bank rakyat lak... lepas tue dia mula rasa pelik... dia tanya lagi... dia suruh aku buat laporan kat BANK NEGARA kata ada penipuan kad kredit... siap bagi no telefon lagi... dia kata encik telefon nombor nie bagi laporan kat dia orang...

Sebelum aku letak aku tanya la dia.. bila aku apply kad nie.. dia jawab 24 hari 6 bulan 2011 tahun... hahah cina tu cakap la... aku nak gelak pun ada gak la.. takut pun ada gak.. lepas tue aku tanya lagi... nombor kad lak cam mana.. dia pun kasi la nombor kad tue...dan aku tanya la berapa dah pakai dia jawab limit kad RM10K... dan dah pakai dalam RM9K lebih.. pergh.. terkejut gak la aku... lepas tue selesai je aku bercakap ngan dia... aku pun pikir nak buat apa...

Tanpa fikir panjang aku pun CALL la.... talian BANK RAKYAT yang sebenar tue memastikan yang betul ke BANK RAKYAT ada call aku... yang boleh aku call bank nie sebab aku confius sebab ada cina ke keja kat bank rakyat nie.. setahu aku kalau ada pun boleh kira kot.... ni cakap english pun tak berapa betul... hehe Disebabkan pengalaman yang banyak mengenai bank nie... aku pun call la TELE BANK RAKYAT... lepas tue aku buat laporan la kat mereka yang saya ada terima panggilan dari BANK RAKYAT dari nombor sekian-sekian... lepas tue aku pun buat checking akaun aku kat bank sama ada betul atau tidak... jawapan yang berbeza dari En Wong tadi... pihak bank kata saya tak pernah memohon sebarang kad kredit dari bank rakyat... dalam sistem bank pun tak wujud... cam mana la EN WONG tadi cakap ada... jadi bertindak lah secara bijak jika anda terkena panggilan begini...pelbagai cara orang nak MENIPU KITA... 

Langkah bijak yang perlu jika anda menerima panggilan... buat panggilan kepada pihak BANK tersebut buat confirmation semula sama ada pihak bank ada buat panggilan atau tidak.... jika tidak boleh buat aduan anda ke bahagian sepatutnya...

AWAS DENGAN PENIPUAN BEGINI... MUNGKIN ANDA MANGSA SETERUSNYA... kesian pihak BANK RAKYAT tak pasal-pasal jadi sasaran...

Pilihan Malaysia (0) vs Chelsea (1)

KUALA LUMPUR - Chelsea perlu tabik kepada skuad Pilihan Malaysia apabila status gah mereka selaku naib juara Liga Perdana Inggeris musim lalu sekadar menyaksikan mereka menang 1-0 pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Skuad Blues hanya menang hasil jaringan kontroversi Didier Drogba, apabila penjaga garisan, M. Sivanesan membenarkan jaringan hasil sepakan percuma penyerang sensasi Chelsea itu pada minit ke-78.

Bola sepakan Drogba yang dilakukan dari jarak 20 meter, jelas belum melepasi garisan gol selepas terkena palang dan melantun semula kembali ke arah penjaga gol, Mohd. Izham Tarmizi namun Sivanesan mengangkat bendera bagi mengesahkan jaringan tersebut.

Malaysia menolak peluang untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-84 menerusi A. Thamil Arasu, namun dia gopoh apabila hanya berhadapan penjaga gol Chelsea, Peter Cech dan langsung tidak dicabar oleh pertahanan Chelsea, tetapi dia percubaannya jauh tersasar.

Tidak banyak harapan diberikan kepada skuad Pilihan Malaysia yang menggunakan 13 tonggak Harimau Muda di samping dibantu 9 pemain senior, namun persembahan mereka terbaik jika dibandingkan dengan dua keputusan sebelum ini ketika skuad Harimau Malaya kalah 0-4 kepada Arsenal dan 3-6 kepada Liverpool.

Seperti mana yang dijanjikan jurulatih Ong Kim Swee, dia menurunkan semua pemain senior pada permulaan perlawanan dengan hanya dua pemain skuad Olimpik, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Zubir Azmi mengisi kesebelasan utama.

Sementara Chelsea tidak menyenaraikan beberapa pemain utama seperti Peter Cech, Didier Drogba, Ashley Cole, John Obi Mikel dan John Terry sebaliknya memberikan ruang kepada beberapa pemain muda seperti Ryan Bertrand dan Joshua McEachran pada babak awal perlawanan.

Kim Swee berkata, percaturan menggandingkan pemain senior berhasil apabila dapat membimbing pemain muda dalam skuad Pilihan Malaysia sehingga mengikat kedudukan tanpa jaringan pada babak pertama.

"Malahan pada babak kedua, apabila saya menurunkan sebahagian besar pemain muda, permainan lebih tersusun malahan kita hampir menyamakan kedudukan.

"Ia merupakan satu persembahan baik daripada skuad negara malam ini sebagai persediaan ke Kelayakan Olimpik," katanya.

Monday, July 18, 2011

Harimau Malaya siri-1...

Pasukan HARIMAU MALAYA akan bertemu SANG SINGA... apa saja ungkapan nya kita sama-sama saksikan walaupun di mana saja... secara live di STADIUM... atau di live TV di kedai-kedai mamak bersama ahli keluarga @ rakan... ataupun layan je kat rumah bersama-sama anak isteri...

23 Julai dan 28 Julai 2011 nie merupakan detik sejarah kepada pasukan kita MALAYSIA melangkah satu lagi ke peringkat ANTARABANGSA... dulu mungkin pasukan belasahan... tapi berkat pemain-pemain kita mereka berjaya mengeluarkan diri dari kelompok tercorot...
Kemenangan pertama nie akan menjadi pembakar semangat kita untuk terus maju kedepan lagi... SOKONGAN PADU kepada pasukan negara akan tetap di teruskan...

Nak kongsi sikit serba sedikit tentang 2 perlawanan persahabatan pasukan MALAYSIA... bagi aku la.. team kita mempunyai pemain-pemain bermutu tinggi... cuma kesilapan-kesilapan tertentu menjadi malam KEKALAHAN negara.... aku tahu perasaan pemain... mereka pun tak nak pasukan kita KALAH... malah semangat yang di tunjukkan beberapa pemain BANGKIT menentang sehingga ke TITISAN DARAH TERAKHIR cam kata tema... TANAH TUMPAH DARAHKU....

Pasukan Malaysia perlu memperbaiki di bahagian PERTAHANAN... banyak yang perlu dielakkan... antara nya kesilapan mudah di dalam KOTAK PENALTI... mudah sangat beri GOL-GOL sagu hati nie... pemain TENGAH hari di beri pujian mampu mengerakkan serangan untuk memudahkan PENYERANG KEBANGSAAN menjaring GOL... kena tambah atau cari lagi PENYERANG pasukan jangan mengharapkan SAFEE SALIE je... FREE KICK memang TERBAIK... banyakkan cari peluang-peluang begini...

Predict aku tentang perlawanan MALAYSIA vs SINGAPURA nanti 2-0 pun cukup dah... pemain yang akan buat GOL adalah bermula dengan 2 S kita.... Safee dan Safiq... cari GOL dulu dan harap pemain PERTAHANAN tidak melakukan kesilapan lagi... kesian kepada orang yang mencari GOL....

Apa pun TUNGGU 23 Julai nie HARIMAU MALAYA mengaum di STADUIM JALAN BESAR Singapura....

New Handphone...

Sunday, July 17, 2011

Malaysia (3) vs Liverpool (6)

KUALA LUMPUR – Kalah tapi ada peningkatan. Itu perwatakan yang dipamerkan skuad kebangsaan apabila tewas 3-6 kepada Liverpool dalam aksi persahabatan dalam Siri Jelajah Asia kelab itu di Stadium Nasional, semalam.

Walaupun kalah, pujian harus diberikan kepada skuad Datuk K. Rajagobal yang bangkit selepas ketinggalan 4-1 pada babak kedua untuk merapatkan jurang gol kepada 4-3.

Namun akibat kelalaian benteng pertahanan, Malaysia akhirnya terpaksa akur dengan kehebatan Liverpool, apabila melepaskan dua gol pada masa kecederaan.

Safee Sali paling mencuri tumpuan apabila menjaringkan dua gol dalam tempoh tiga minit selepas dimasukkan pada babak kedua.

Keupayaan meledak dua gol sewajarnya menjadi amaran kepada Singapura, apabila berdepan Malaysia pada kelayakan Piala Dunia 2014 pada 23 dan 28 Julai ini.

Aksi menarik semalam bermula dengan skrip yang sama ketika menentang Arsenal Rabu lalu berulang buat Harimau Malaya, apabila Liverpool mendahului hasil sepakan penalti pada minit ke-24.

Ia bermula apabila pemain pertahanan Fadhli Shas dipersalahkan kerana menjatuhkan Andy Carroll.

Namun, keputusan pengadil Nagor Amir Noor Mohamed memberikan penalti mencetuskan kontroversi kerana Carroll yang melanggar Fadhli.

Pemain yang baru dibeli Liverpool, Charlie Adam mudah menyempurnakan penalti, walaupun sepakan pertamanya dibatalkan

Ketinggalan satu gol tidak melenyapkan semangat pemain negara sebaliknya bangkit mengikat kedudukan apabila ketua pasukan, Safiq Rahim menggegar jaring lawan dengan gol menarik hasil sepakan bebas.

Ia seakan-akan menjadi tradisi buat Safiq apabila sebelum ini menjaringkan gol yang hampir sama iaitu pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 pusingan pertama menentang Taiwan, di mana Malaysia menang hasil kelebihan gol di tempat lawan.

Liverpool akhirnya membuktikan kehebatan sebenar, ditambah dengan kelalaian pertahanan Fadhli dan Muslim Ahmad, apabila menjaringkan gol pada minit ke-64 dan 65 melalui David Ngog untuk menjadikan kedudukan 3-1.

The Reds menambah jaringan keempat pada minit ke-74, melalui Maxi Rodriguez namun seperti harimau luka, Malaysia berjaya merapatkan jurang 4-3 hasil kehebatan Safee, yang tenang memperdayakan benteng pertahanan Liverpool.

Hajat untuk Harimau Malaya menjaringkan gol penyamaan berkecai apabila kelalaian pertahanan Malaysia membolehkan Rodriguez dan Dirk Kuyt menambah gol Liverpool pada masa kecederaan.

Saturday, July 16, 2011

Sinopsis Sekali Lagi...

Penerbit : David Teo
Pengarah : Hashim Rejab
Penerbit (syarikat) : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Melayu
Genre : Drama, Romantik (Cinta) , Komedi
Klasifikasi : U
Tarikh tayangan : 30 June 2011
Tempoh : No Info
Audio : Stereo
Skrip : MIG Script Panel
Pelakon : Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Mia Sara Nasuha, Bront Palarae, Kartina Aziz, Shasha, Zul Handyblack, Ana Dahlia, Bob Lokman, Amylia Nastasha Aziz


Sinopsis filem Sekali Lagi 

Sekali Lagi menceritakan tentang Arman (Shaheizy Sam) percaya bahawa dirinya merupakan seorang pengidap autisme. Namun realiti sebenarnya bakal berubah dalam sekelip mata, ketika dirinya semakin menghampiri hari perkahwinannya. Untuk sebab yang tidak diketahuinya, Arman mendapat mimpi yang menyuruhnya agar tidak meneruskan perkahwinan dengan Farina (Shasha Zurazie).Pada satu hari, Arman hampir menjadi mangsa ragut samseng. Mujurlah, Amy (Mia Sara Nasuha), telah menyelamatkan Arman.

Disebabkan kejadian itu Arman dan Amy berkawan rapat. Arman banyak berkongsi masalah dan pengalaman dengan Amy. Berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri, Amy memberikan banyak idea dan nasihat kepada Arman. Secara beransur-ansur, Farina dan ibu Arman mula merasai perubahan Arman.

Dalam masa yang sama, ibu Amy sendiri, iaitu Shiela (Lisa Surihani), turut merasai perubahan yang berlaku pada Amy. Amy nampak lebih ceria berbanding dahulu. Shiela merasakan dirinya terhutang budi pada Haris (Bront Palarae), si duda baik hati, yang sanggup menjaga Amy ketika Shiela pergi bekerja sebagai kerani pada waktu siangnya. Sebagai balasannya, Shiela akan membantu Haris membasuh pinggan mangkuk di warungnya selepas waktu kerjanya itu. Selama ini, Haris sememangnya jatuh hati pada Shiela, tetapi Shiela cuba berdalih kerana dia sendiri sedang terkurung dalam sejarah hitam yang tidak diketahui sesiapa, termasuk Haris. Amy amat menyukai Haris dan mahu Shiela bersetuju sahaja dengan perkahwinan itu. Demi anaknya itu, Shiela akhirnya bersetuju menerima lamaran Haris.

Segalanya sepatutnya menggembirakan, namun, dalam sekelip mata, hidup Shiela juga bagaikan berubah, apabila dia bertemu Amy bersama Arman.


4/5 STAR RATING....

Warden ooo warden episod-2...

Dah lama dah pak cik nak menulis artikel cam nie... pak cik join warden pada tahun 2003... macam-macam cerita ada... ada yang pahit ada yang manis.

Mula bertugas menjadi warden di asrama Kekwa di sebuah institut nie. Nak kata tak best.. best la gak... pelbagai karenah penghuni dapat di lihat. Pelbagai ragam yang di pertonton kan.

Siang bertugas sebagai pengajar... malam lak bertukar menjadi warden. Bak kata orang siang malam kerja... kerja dan kerja. Nak tahu apa tugas-tugas warden. Salah satu nya menjaga kebajikan penghuni asrama. Punya la jaga sampai ada dua tiga pelajar tak suka la kat kita... maklum la jadi warden nie kerja dia cari salah pelajar je... hehehe.

Bila tamat je waktu kerja jam 5.00 petang balik rumah sambung kerja warden. Buat ro-call penghuni boleh kira la berapa kali je. Malam jam 10.00 pacak depan post gat... tunggu penghuni balik lewat. Jaga penghuni nie lebih dari menjaga anak sendiri. Bila dapat mangsa penghuni yang pulang lewat je... apa lagi... hukum terus di lakukan la... kira lepas tue penghuni tue tak melakukan lagi kesalahan nya.

Pelbagai kes disiplin penghuni... antaranya hisap dan menjual rokok, mencuri barang penghuni lain, balik lewat, bilik tidak kemas, pasang lampu selepas jam 12.00, bergaduh, minum arak dan sebagainya...

Yang paling syok jadi warden sangat bukan nya apa pun...BOLEH duduk rumah FREE.... tak payah duk bayar apa pun... BOLEH datang lewat.... BOLEH balik tidur... BOLEH meniaga... BOLEH buat suka hati la... hehhe...

Kepada kekawan yang bergelar warden...

Jadilah warden yang mengikut arahan-arahan yang diwajibkan terutama tahu apa tugas warden.

Kalau nak cerita pasal warden nie... banyak.. tak tercerita... biar la ia menjadi pengalaman dalam hidup aku. Kenangan yang sentiasa indah walaupun pahit.

GOOD LUCK WARDEN BARU....

Apa pun aku enjoy dengan penghuni-penghuni asrama 2003-2009 semua nya tersemat di dalam ingatan...

Kenangan di Wales, UK siri 1....

 Aku tak ingat berapa haribulan masa tue.. yang aku tau aku baru je tamat SPM... tahun 1997 agak nya...

Masa tue aku baru je baik demam... demam campak la tue... tak sangka la nak kena campak...

Pagi tue aku tengah baik duk layan mengecat pintu rumah di Taman Wira Mergong... telefon rumah berbunyi. Mak aku angkat... lepas tue dia panggil aku dia kata orang JPJ tepon nak cakap... cuak juga muka aku masa tue. Aku buat kesalahan apa.

Aku pun angkat telefon... cakap ngan orang JPA rupanya. Dia cakap aku terpilih untuk interview program HND di UK. Aku ingat ULU KINTA ke ULU KELANG ke.. rupa nya United Kingdom. Lepas cakap ngan dia.. sampai la telegram yang pertama dalam hidup aku...

Aku kena pergi interview ke ILP IPOH, Jelapang. Aku dapat ngan kawan satu sekolah aku Pa'Li. Aku pun pie sama ngan dia.. tumpang naik Van dia... masa tue muka macam budak rekrut lagi.

Dengan muka semangat... aku melangkah ke bilik temuduga. Masa tue aku jumpa lagi dua tiga orang rakan yang sama-sama ke UK... Shamsul. Masa aku tunggu giliran... aku tengok la orang lain punya result ngan sijil... pergh... aku rasa aku tak ada harapan kalau cam nie punya result... result aku cukup makan je.

Okay... sekarang giliran aku di panggil. Aku pun melangkah masuk... ada tiga orang panel.

Takut, gelabah dan macam-macam rasa pun ada... aku pun buat selamba dan dek je... soalan demi soalan di tanya...
antaranya... siapa menteri sumber manusia... siapa orang pertama panjat gunung everest.. dan banyak lagi la...

Soalan yang sentiasa ingat dalam hidup aku adalah berkaitan ngan BUAH

Panel : Saya ada satu soalan untuk awak... kalau awak berjalan di satu tempat... tiba-tiba awak terjumpa BUAH... awak ambik tak ?

Aku : BUAH ??? tak kot....

Panel : Kata la BUAH DURIAN yang ada depan mata awak... awak ambik tak.

Aku : Tak rasa nya... sebab saya tak makan BUAH DURIAN.....

Panel : (dalam keadaan tension) Okay la... kalau gitu anggap la BUAH yang kamu suka... BUAH apa yang kamu suka

Aku : BUAH LIMAU....

Panel : Okay kamu ambik tak buah tue...

Aku : Saya kena pastikan siapa tuan BUAH tue baru la ambik... kalau tuan BUAH kasi saya ambik la...

Panel : OOO... kalau gitu bila kamu kat UK nanti bila jumpa minah saleh yang bagi BUAH dia kamu ambik la.. hehhe

Aku : (sambil senyum) oooo BUAH tue lain encik... saya masih waras dan tahu mana baik buruk nya...

Panel : (terdiam)

Rupa nya panel nie nak uji aku rupa nya... dengan penuh kesyukuran ALHAMDULLILLAH akhirnya aku dicampakkan ke University Wales College Newport dalam kursus HND in Production Technology dari tahun 1997 sehingga 2000

akan bersambung lagi...

Wednesday, July 13, 2011

Semester 2/2011 bermula...

Hari nie aku mula mengajar semula seperti biasa setelah pelajar kembali semula ke JMTI... 2/2011 kali nie aku mengajar beberapa subjek lama aku... seperti biasa subjek kegemaran aku Practice on CNC EDM 3 kredit untuk semester 4.... untuk semester 3 macam biasa subjek TEORI CAD/CAM/CAE for Production 1 kredit je... nak bagi cukup kredit hour aku... jadi semester nie aku kena ajar bebudak SEMESTER 1 kembali... kali nie subjek Engineering Safety 1 kredit gak....

Best tak best kena AJAR, jangan KURANG AJAR... hehehe.. di samping tue pelbagai tugas-tugas menanti... salah satu nya menjadi PENYELIA FINAL PROJEK 2 bagi kumpulan PHUA... selain tue MENYELIA FINAL PROJEK 1 bagi semester 4 gak....

Selain dari tue aku menjadi PENGURUS kelas semester 3B...

Ada satu tugasan untuk aku dari bos... aku kena sertai pertandingan INOVASI di ADTEC BATU PAHAT... aku kena mempersembahkan FINAL PROJEK dari group Suhail.... entah la... aku rasa setakat menyertai je kot... kalau MENANG alhamdullillah... kalau KALAH adatlah... hehehe

Okay la esok kalau ada masa terluang aku akan coret lagi BLOG nie...

Mungkin akan aku download nota-nota buat kegunaan pelajar-pelajar aku.... INSYALLAH...

Sunday, July 10, 2011

Sinopsis Filem KL Gangster

Senarai Pelakon:
Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Zizan Raja Lawak, Adi Putra, Sofi Jikan, Sheera Iskandar dan Ridzuan Hashim

Pengarah:
Syamsul Yusof

Tarikh Tayangan:
9 Jun 2011

SINOPSIS PENUH KL GANGSTER
Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi “Raja” di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.

Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.

King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan… Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka…segala-galanya akan terjawab dalam “KL GANGSTER”

POSTER KL GANGSTER


5/5 STAR RATING....

Saturday, July 9, 2011

Tahniah PDRM!!!

TERIMA KASIH kepada PDRM.... Inilah foto untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia bahawa PDRM mesra kepada tahanan yang di tahan di dalam perhimpunan haram hari ini. Layanan yang mereka terima...memang 'First Class'.

Lihatlah sendiri foto yang di keluarkan oleh PDRM ini. Adakah perkara ini akan berlaku di luar negara???

Fikirkanlah sendiri wahai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan...


Tahanan boleh solat dan surau sementara di sediakan

Tahanan mengambil wuduk

Tahanan menjamu selera dan ada yang menghisap rokok

Tahanan menjamu selera macam ada kenduri kahwin

Tahanan di periksa kesihatan mereka...manalah tahu ada darah tinggi ke...

Sangat sistematik.... tahanan di ambil keterangan oleh Polis dan tak perlu tunggu lama

Perhimpunan Untuk Perjuangkan Agenda Politik - Penganalis

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Perhimpunan haram di ibu negara Sabtu, yang kononnya bagi menuntut sistem pilihan raya yang bersih dan adil, bertukar menjadi medan memperjuangkan agenda politik pihak tertentu, demikian menurut penganalisis politik.

Mereka berkata ini kerana laungan 'reformasi' yang popular ketika demonstrasi jalanan 1998 pimpinan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini dilaungkan kembali.

Profesor Datuk Dr Zainal Kling dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata perhimpunan itu sepatutnya disertai badan bukan kerajaan (NGO), tetapi sebaliknya jelas mempunyai agenda politik pihak tertentu.

Turut kedengaran laungan sentimen politik anti-kerajaan seperti "hancur Barisan Nasional" di beberapa lokasi seperti Masjid Negara, Masjid Jamek, Puduraya, KLCC dan Stadium Merdeka.

Sebelum ini, penganjur perhimpunan mengemukakan lapan tuntutan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu membersihkan senarai undi, mereformasi undi pos, menggunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah serta menghentikan politik kotor.

Selain itu, kanak-kanak dan warga emas seolah-seolah dipergunakan apabila turut diheret ke perhimpunan tersebut serta terikut-ikut melaungkan slogan berbaur politik.

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata perhimpunan haram itu jelas didalangi pemimpin pembangkang yang mahu mencari populariti untuk kepentingan politik.

Beliau berkata sebenarnya pemimpin pembangkang berkenaan yang lebih beria-ria mahu mengadakan perhimpunan itu.

"Tuntutan kononnya mahu pilihan raya bersih dan adil hanya digunakan sebagai alat, dan akhirnya tujuan asal perhimpunan itu terpesong ke arah politik," katanya.

-- BERNAMA

PM Bersyukur Perhimpunan Haram Tidak Bawa Kesan Serius

KUALA TERENGGANU, 9 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri melahirkan rasa syukur perhimpunan haram yang berlangsung di ibu negara Sabtu tidak berakhir dengan kesan serius kepada rakyat dan juga harta benda.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau juga bersyukur kerana sebahagian besar rakyat khususnya yang tinggal di Kuala Lumpur dan Lembah Klang tidak menyertai perhimpunan haram itu, membuktikan mereka tidak menyokong demonstrasi jalanan.

"Mereka (yang tidak menyertai perhimpunan haram) merupakan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian, dan mereka juga telah terima nasihat yang dititahkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor dan juga kerajaan.

"Saya ingin ucap tahniah kepada pasukan keselamatan khususnya polis yang telah bertindak untuk menyuraikan perhimpunan itu dengan sebaik-baiknya dan saya berharap apa yang telah berlaku hari ini dijadikan iktibar kepada rakyat Malaysia," katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas menyampaikan hadiah Kejohanan Sukan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Se-Malaysia di Stadium Negeri di sini, hari ini.

Turut hadir, Datin Seri Rosmah Mansor yang merupakan Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan isteri Toh Puan Norliza Mahmud.

Perdana Menteri berkata kerajaan cuba mengelakkan kejadian sedemikian yang jelas menyusahkan dan mengganggu ketenteraman awam khususnya yang tinggal di Kuala Lumpur daripada berlaku.

"Kita tawarkan sebuah stadium untuk adakan perhimpunan itu tapi malangnya saya amat kesal mereka telah tolak tawaran itu.

"Ini jelas menunjukkan niat dan tujuan mereka ialah untuk mendapatkan publisiti yang seluas-luasnya, sebab itulah mereka nak berarak juga di tengah-tengah bandar kerana mereka nak beri gambaran bahawa Malaysia tidak ada kestabilan politik dan mereka eksploit isu ini sebanyak mungkin," katanya.

Beliau berkata sekiranya apa yang dituntut adalah untuk mendapatkan pilihan raya yang adil dan bersih, maka ia tidak berbeza sama sekali dengan kehendak kerajaan.

Perdana Menteri berkata kerajaan sentiasa bersikap terbuka dan sedia mendengar serta mempertimbangkan tuntutan munasabah pihak berkenaan namun tidak dengan cara demonstrasi jalanan.

Beliau menegaskan kerajaan sendiri sekiranya mahu mengadakan demonstrasi jalanan dengan senang dapat menghimpunkan tiga juta anggota Umno, namun apa akan jadi kepada negara sekiranya saban hari ada demonstrasi jalanan.

"Kalau Bersih boleh buat, kerajaan boleh buat, Umno boleh buat, pihak lain pun boleh buat, jadi di mana akan kesudahannya cara seperti ini? Pada akhirnya timbul keadaan huru-hara, merosakkan ekonomi dan keyakinan orang pada negara kita.

"Apakah ini yang kita kehendaki atau kita nak pertahankan apa yang kita telah warisi dan nikmati keadaan aman di mana kita boleh lakukan proses transformasi negara dengan baik?" soal beliau.

Ditanya kemungkinan akan ada lagi perhimpunan haram seperti itu pada masa akan datang, Najib berkata rakyat majoriti yang tidak mahu perkara seumpamanya berlaku perlu menyuarakan kehendak mereka.

"Jangan kita jadi 'silent majority' (majoriti pasif). Kita suarakan, kita buat bantahan dengan pelbagai cara untuk menunjukkan majoriti besar tidak boleh terima cara demokrasi jalanan ini sama sekali," katanya.

-- BERNAMA

Ambiga, Hadi, Khairy ditangkap, Anwar cedera

Sekurang-kurangnya lima lokasi dijadikan tempat berkumpul perhimpunan BERSIH 2.0 hari ini. Antaranya di Jalan Petaling, berhampiran Kompleks Daya Bumi, Masjid Jamek, Pudu dan Sogo.

NONEPolis terus melepaskan tembakan meriam air dan gas pemedih mata bagi menyekat kemaraan rakyat.

Akibat asakan dan tangkapan ke atas tangkapan lebih 500 orang, penunjuk perasaan mula menuju ke kawasan Puduraya-Menara Maybank. Jumlah mereka kini dianggarkan tidak kurang 10,000 orang.
LAPORAN LANGSUNG:
4.50pm: Fadiah Nadwa Fikri dari Lawyers for Liberty berkata polis menggunakan Seksyen 28A (8) - yang menafikan hak akses kepada peguam ke atas mereka yang ditahan itu.

NONEKatanya, tidak kurang 1,000 orang ditahan hari ini dan ada yang ditempatkan di Pulapol.

Menurut Fadiah tindakan kerajaan itu jelas mencabuli Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.
4.50pm: Hotel Hilton - Beberapa pemimpin Pakatan seperti Datuk Kamaruddin Jaafar, Nurul Izzah mula meninggalkan hotel.
4.45pm: Hotel Midah - Jawatankuasa BERSIH dilapor sedang mengadakan sidang media di Hotel Midah pada masa ini.
4:40pm: Pudu - Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah mengecam tindakan keras pihak berkuasa ketika berdepan dengan penunjuk perasaan.

NONEPasukan polis bukan sahaja tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun tetapi juga menjejaskan keselamatan dan kesihatan awam dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital Tung Shin.
Ditanya apakah sepatutnya respons rakyat terhadap tindakan tersebut, beliau berkata, rakyat Malaysia perlu memilih wakil yang boleh melindungi hak mereka.
4.30pm: Menurut sumber PKR, Tian Chua yang ditahan di Balai Polis Jinjang berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih ditahan dalam trak polis. Sekurang-kurangnya 100 ditahan di sana.
4.21pm: Jawatankuasa BERSIH akan mengadakan sidang akhbar di Hotel Midah pada jam 4.45 petang ini.
4.10pm: Hotel Hilton - PAS memberi tempoh 24 jam supaya polis membebaskan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau himpunan kedua akan dilakukan.

NONEJawatankuasa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad pada sidang mediabya, berkata, jika Hadi tidak dibebas, sejuta ahli parti Islam itu akan berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
4.10pm: Stesen LRT yang masih ditutup, menurut RapidKL - Pasar Seni, KL Sentral, Masjid Jamek dan Dang Wangi.
4.01pm: Facebook PDRM - Antara pemimpin teratas yang ditahan ialah:

Mahfuz Omar - KL Sentral
Salahuddin Ayub - KL Sentral
Mohamad Sabu - Jalan Mahameru
Fauziah Salleh - KL Sentral
Tian Chua - KL Sentral
S Ambiga - KL Sentral
Hadi Awang - KL Sentral
Azeez Rahim - Jalan Bukit Bintang
NONE4pm: Istana Negara - Delegasi BERSIH 2.0 seramai kira-kira 20 orang yang diketuai oleh A Samad Said dihalang oleh polis kira-kira 200 meter dari pintu pagar istana.

Rundingan dengan pihak polis gagal dan kumpulan itu bersetuju untuk bersurai. Bagaimanapun, Samad berkata beliau perlu berehat dan kumpulan itu meninggalkan beliau di situ.
3.50pm: KL Hilton - Dalam satu sidang akhbar, naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar, N Surendran dan timbalan setiausaha agung PAS, Syed Azman mengutuk kekejaman polis yang didakwa mereka menyebabkan kecederaan terhadap beberapa pemimpin Pakatan.

Mereka berkata, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang telah dihantar ke Hospital Pantai, ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad dan pemimpin BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah dan A Samad Said juga mengalami kecederaan.
NONE3.50pm: Istana Negara - Sekumpulan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 menuju ke arah istana dari Hotel Midah Hotel. Mereka sedang menunggu kelulusan pihak istana untuk menyerahkan petisyen BERSIH 2.0.

3.50pm: Pasar Seni - Pemimpin BERSIH, Wong Chin Huat, selepas membaca lapan tuntutan BERSIH 2.0, meminta orang ramai bersurai.
3.49pm: Pudu - Kumpulan penyokong BERSIH 2.0 yang terperangkap di antara dua sekatan polis dan berlindung di Hospital Tung Shin kini bersurai apabila polis bertindak menyerbu ke arah mereka dan memulakan tangkapan.

Ramai yang lariNONE mengikuti lorong belakang tetapi tidak kurang juga penyokong tegar yang bersembunyi di tempat letak kereta hospital berkenaan. Namun tindakan polis melepaskan gas pemedih mata menyaksikan mereka terus melarikan diri.

Orang ramai mula bersurai secara aman tetapi ada yang masih melaungkan 'Reformasi' dan 'Bersih' di bawah stesen LRT Pasar Seni.

Polis bertindak dengan menembak gas pemedih mata ke arah mereka.
3.40pm: Taman Tasik Titiwangsa - Kira-kira 20 ahli PERKASA dilihat di sebuah restoran di sini. Mereka hanya mengikuti perkembangan perhimpunan BERSIH melalui siaran televisyen.
Namun presiden kumpulan itu, Ibrahim Ali dan timbalannya langsung tidak kelihatan.

Terdapat sepuluh anggota polis yang berkawal di pintu masuk taman rekreasi itu.

NONE3.38pm: Pudu - 2,000 orang kini di Pudu selepas dinafikan laluan selamat yang didakwa dijanjikan sebelum ini menuju ke Jalan Sultan. Polis anti rusuhan terus melepaskan meraim air dan gas pemedih mata kepada mereka yang cuba mendapatkan perlindungan di Hospital Tung Shin.

Mereka kini terperangkap di tengah-tengah antara dua sekatan FRU.

Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata selepas rundingan dengan MP Pakatan R Sivarasa dan Ngeh Khoo Ham gagal berhubung apa yang sepatutnya dilakukan oleh mereka yang berarak itu.

Adalah dipercayai orang ramai yang menggunakan separuh daripada jalan itu tetapi pihak polis mahu mereka bersurai dalam kumpulan kecil sebelum dibenarkan berarak.

Adalah dipercayau Sivarasa juga telah ditahan tetapi tempat beliau dibawa belum dapat disahkan.
NONE3.37pm: Pasar Seni - kumpulan BERSIH berarak melalui Jalan Sultan ke arah Pasar Seni, tetapi mereka ditembak gas pemedih mata berhampiran Stesen LRT Pasar Seni. Ia memaksa mereka berundur ke Jalan Sultan.

3.22pm: Bukit Bintang - 300 penyokong Pemuda Umno di Jalan Bukit Bintang di depan Hotel Federal mula bersurai selepas mengadakan rundingan dengan pihak polis.

Sambil mendakwa telah mencapai kemenangan moral - walaupun hanya mampu bergerak 200 meter sepanjang Jalan Bukit Bintang - masih jauh dari destinasi mereka di Stadium Merdeka - Exco Pemuda Umno, Megat Omardin berkata mesej mereka sudah disampaikan.

Katanya mereka telah datang dan telah mencapai tujuan mereka, diikuti dengan pembacaan doa.

NONEKemudian, Ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Arman Azha memberitahu Malaysiakini bahawa exco Pemuda, Lokman Noor Adam serta 20 lagi ahli mereka telah ditangkap.
Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin, yang juga turut ditangkap, kemudian menulis dalam tweetnya yang beliau dibawa ke Pulapol, manakala exco pergerakan itu, Ahmad Zaki Zahid cedera.

Tulisnya, FRU telah menembak gas pemedih mata terus ke arah mereka.

3:20pm:
Pudu - Orang ramai mula berarak dari Pudu ke arah Jalan Sultan, sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana memberi mereka laluan selamat. Kumpulan seramai 2,000 orang itu, juga menyanyi Negaraku ketika berjalan.

3.15pm: Pudu - Polis bersetuju memberi laluan selamat kepada ribuan penunjuk perasaan yang berkumpul di Pudu sehingga Jalan Sultan dengan syarat mereka hanya menggunakan separuh jalan dan berarak secara aman.

NONEPersetujuan dicapai selepas ahli parlimen Pakatan Rakyat, R Sivarasa dan Ngeh Khoo Ham berunding dengan pihak polis.
3.10pm: Facebook PDRM Facebook - Jumlah yang ditangkap setakat jam 2.30 petang tadi adalah 672 orang.
3.00pm: TV Selangor melaporkan laman webnya digodam. Bagaimanapun ia masih bersiaran menerusi alamat www.itv.com/tv_channels/p5577 dan alamat pintas www.itv.com.
Video perarakan perhimpunan BERSIH 2.0 ke Stadium Merdeka yang sedang berlaku boleh ditonton menerusi www.intisari tvsnews.blogspot.com
NONE2.57pm: Bukit Bintang - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ditangkap ketika sedang membersihkan matanya ketika gas pemedih mata dilepaskan, di sebuah pondok yang terletak kira-kira 100 meter dari benteng FRU.

Meriam air dan gas pemedih mata juga ditembak ke arah baki penyokong Pemuda Umno, menyebabkan mereka berundur 50m dari tempat asal mereka.

Kumpulan itu tinggal kira-kira 200 orang.
2.55pm: Bukit Bintang - Kira-kira tiga orang ditangkap apabila penyokong Pemuda Umno cuba melepasi benteng anggota FRU, menyebabkan berlaku pergelutan dan gas pemedih mata dilepaskan.
2:50: KL Sentral - Naib presiden PKR, N Surendran memberitahu Malaysiakini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdarah di kepala dan mencederakan di lutut.
2.48pm: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ditahan.
NONE2:45pm: KL Sentral - Datuk Seri Anwar Ibrahim tweet bahawa dia mengalami kecederaan dan dua anak perempuannya - Nurul Izzah dan Nurul Hana - juga telah ditahan.

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga mengesahkan beliau telah ditangkap. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut ditangkap.
2.43pm: KL Sentral - Huru hara berlaku di sini apabila polis melepaskan gas pemedih mata di kawasan tertutup. Penyokong BERSIH cuba melarikan diri dari stesen itu melalui Brickfields.

Tembakan gas pemedih mata itu memaksa orang ramai bertempiaran ke dalam stesen. Wartawan di luar KL Sentral juga dilarang memasuki kawasan itu dan menyukarkan tugas mereka bagi mengesahkan keadaan sebenar situasi.

NONEBeberapa pemimpin Pakatan termasuk MP Batu Tian Chua, MP Pantai Dalam MP Nurul Izzah Anwar, MP Kuala Selangor Dzukefly Ahmad, dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga disahkan telah ditangkap.
2:41pm: Facebook PDRM: Sehingga jam 2 petang, 644 ditahan - 597 lelaki dan 47 wanita.
2:40pm: Puduraya - Orang ramai berpecah kepada kumpulan yang lebih kecil. Mereka percaya akan mengambil laluan yang berasingan menuju ke Stadium Merdeka.

2:35pm: Bukit Bintang - kumpulan Pemuda Umno berhenti di hadapan Hotel Royale Bintang di mana mereka berjalan menuju ke arah satu lagi kumpulan BERSIH di persimpangan Jalan Pudu-Bukit Bintang.
NONE2.30pm: Puduraya - Orang ramai yang berjumlah tidak kurang 10,000 itu kini mula berkumpul semula dan dipimpin oleh oleh pemimpin PAS Dr Hatta Ramli dan pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin. Mereka juga sedang menuju ke pusat bandar.

Polis dilaporkan terus melepaskan gas pemedih mata bagi memaksa orang ramai supaya bersurai.
2.30pm: Brickfields - Penyokong Pakatan Rakyat dan BERSIH 2.0 berjaya keluar dari KL Sentral yang sebelum ini dikepung oleh polis dan menuju ke Jalan Tun Sambanthan dimana mereka disertai oleh kira-kira 1,000 lagi penyokong.

Ketua BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang dan beberapa lagi dilihat berada bersama penyokong mereka.

NONEDalam perjalanan menuju pusat bandar beberapa tong gas pemedih mata dilepaskan ke arah mereka. Ambiga dan seorang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah kemudiannya dilapor juga ditangkap.
2:20pm: Puduraya - Kumpulan 10,000 orang yang diketuai oleh pemimpin PAS, Dr Hatta Ramli dan pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin berkumpul semula dan bergerak ke arah pusat bandar.

Bagaimanapun, polis menembak satu lagi pusingan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.
2.18pm: Pudu-Bukit Bintang - Walaupun basah kuyup akibat hujan, semangat orang ramai tidak pudar dan mereka mula terus melaungkan "Bersih! Bersih!”.
2.15pm: KL Sentral - Pemimpin Pakatan Rakyat dan Bersih lsedang berarak ke Hotel Hilton menuju ke KL Sentral sambil melaungkan "Bersih! Bersih!” tetapi dihalang oleh police.

Orang ramai bersama pemimpin PKR, termasuk naib presidennya Tian Chua berjaya melepasi sekatan polis dan terus berarak. Beliau kemudiannya ditangkap polis.
NONEMereka dipercayai sedang menuju ke Stadium Merdeka.
2.10pm: Puduraya - Polis dilaporkan semakin garang terhadap penunjuk perasaan. Ada yang diheret. Seorang penunjuk perasaan juga dilaporkan cedera dengan kepalanya berdarah.
2.05pm: Puduraya - Polis terus bertindak menangkap lebih ramai penunjuk perasaan dengan anggota polis bergerak dalam kumpulan lima dan enam orang bagi menangkap individu tertentu.

Mereka juga didakwa dilihat menumbuk dan menolak tahanan. Beberapa tahanan wanita juga dilaporkan dikasari.
2:01: Bukit Bintang - perarakan Patriot telah terhenti seketika.

NONEMenurut sumber-sumber Pemuda Umno, kumpulan itu sedang menunggu selepas laluan mereka ke Stadium Merdeka dihalang pihak polis.

Kumpulan itu juga sedang menunggu kumpulan kecil penyokong Pemuda Umno yang berarak dari Kampung Attap dan PWTC.
2pm: Hotel Hilton - Hujan masih turun di luar hotel dan suasana di dalamnya tegang ketika pemimpin Pakatan Rakyat bersedia untuk berarak.

Bagaimanapun, mereka kelihatan bertenaga dan berikrar untuk meneruskan perarakan ke Stadium Merdeka bila dapat melepasi benteng polis di luar hotel yang menunggu kemunculan mereka.

Pemimpin Pakatan dikelilingi oleh wartawan ketika mereka bergerak keluar perlahan-lahan.
NONE1.59pm: Menara Maybank - Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah kira-kira orang ramai yang kini dianggarkan berjumlah tidak kurang 10,000 orang. Mereka berarak di hadapan bangunan Menara Maybank dan sepanjang Jalan Tun Perak.

Mereka dari arah Masjid Jamek pula mula bergerak ke arah Puduraya.

Polis melepaskan gas pemedih mata selepas tembakan meriam air gagal menyekat kemaraan rakyat. Ramai juga yang pulih selepas terkena tembakan gas pemedih mata bangkit semula dan terus berarak.
1.57pm: Hotel Malaysia - Khairy Jamaluddin muncul di perhimpunan Pemuda Umno dan memberi ucapan ringkas. Katanya, BERSIH 2.0 tidak boleh disokong kerana ia telah resapi parti-parti pembangkang.

NONEBeliau kemudian mengetuai kumpulan itu berarak menuju ke Stadium Merdeka.
1.55pm: Hujan mula mencurah di Kuala Lumpur.

1.52pm: Masjid Jamek - Terdapat sekurang-kurangnya empat trak polis di stesen LRT Masjid Jamek sekarang ini.

Orang ramai yang berhimpun terpaksa bersurai kerana polis telah melepaskan gas pemedih mata tetapi mereka dijangka berkumpul semula.
1:44pm: Menara Maybank - Trak meriam air melepaskan tembakan ke atas orang ramai untuk kali kedua - kali ini menggunakan air bercampur kimia dan pewarna biru.

NONEDaripada bersurai, orang ramai teras bergerak. Sesetengahnya kelihatan menumbuk trak meriam air.

Ini diekori dengan satu lagi pusingan gas pemedih mata yang dapat menyuraikan orang ramai secara perlahan-lahan.
1:43pm: Masjid Jamek - Sekumpulan kira-kira 10 pegawai polis tugas am yang memakai topeng gas, mengejar penunjuk perasaan yang berlari lintang pukang ke dalam kawasan Masjid India. [video - 17 saat]
1:40pm: Menara Maybank - Tembakan meriam air dilepaskan terhadap 1,000 penunjuk perasaan.
NONE1:38pm: LRT Masjid Jamek - Seorang pegawai polis dengan menggunakan pembesaran suara mengumumkan: “Perhimpunan hari in tak ada kebenaran jadi diminta semua bersurai serta merta atau kami suraikan dengan kekerasan.”

Pegawai itu juga memberi masa tiga minit kepada orang ramai supaya bersurai.

Ia dijawab dengan laungan 'Takbir" dan ejekan dari orang ramai yang berjumlah kira-kira 500 orang.

1.35pm: Kenyataan akhbar dari IPK KL.

Setakat ini, 540 orang telah ditangkap (479 lelaki, 58 wanita, tiga remaja bawah umur) untuk disiasat.

NONEAntara yang ditahan itu, 11 kerana memakai baju T kuning BERSIH 2.0 dan seorang yang memakai baju merah PATRIOT.

Sementara itu, tiga individu yang dipercayai pemimpin perhimpunan itu juga telah ditangkap. Mereka adalah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, dan naib presiden Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.
1.33pm: Jalan Tun Perak - pemimpin PAS Dr Hatta Ramli yang memegang sebuah pembesar suara memberitahu kira-kira 4,000 hadirin bahawa naib presiden parti itu Mahfuz Omar dan lebih 300 yang lain telah ditangkap.

"Perjuangan rakyat memerlukan pengorbanan... Mereka di bawah umur 40 tidak pernah menyaksikan demokrasi di negara ini,” katanya.

Orang ramai menyambut ucapan itu dengan laungan "Allahuakbar".

NONETerdapat marshal BERSIH yang mengarahkan orang ramai supaya membuka laluan kepada kenderaan supaya mereka boleh meneruskan perjalanan masing-masing.
1.30pm: Kira-kira 300 anggota Pemuda Umno telah berkumpul di Jalan Bukit Bintang. Mereka semua memakai baju-T- merah bertulis 'Patriot'. Baju-T itu juga didedarkan kepada orang ramai.
Antara yang hadir ialah pemimpin Pemuda Umno Arman Azhar, Reezal Merican Naina Merican, Zaki Zahid, tetapi ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin tidak kelihatan. Pegawainya bertegas bahawa Khairy akan tiba kemudian.

NONEKumpulan itu melaungkan "hancur Bersih" dan "Siapakah saya? Patriot!". Mereka berselisih dengan kumpulan BERSIH 2.0 yang melewati kawasan itu kira-kira 10 minit lebih awal.
1.22pm: Petaling Street - kumpulan beberapa ribu orang yang berarak ke Stadium Negara, berpatah balik ke Jalan Tan Cheng Lock selepas berdepan dengan satu sekatan jalanraya.

Sekumpulan besar rakyat Sarawak melaungkan 'Hidup Sarawak', disambut tepukangemuruh dari yang lain.
1.20pm: Masjid Jamek - Jumlah yang berhimpun terus bertambah ramai dengan polis pula menunggu bantuan bagi memperkukuhkan sekatan mereka.

NONE1.21pm: Pemimpin utama BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan, Haris Ibrahim, Wong Chin Huat dan Sadterawan Negara A Samad Said juga berada di Hotel Hilton. Mereka disertai oleh ahli politik William Leong, Datuk Kamaruddin Jaafar, Zaid Kamaruddin, Syed Azman Syed Nawawi dan Tian Chua.

Berita timbalan presiden PKR Azmin Ali ditangkap kini disahkan. Sebelum ini, dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub juga telah ditangkap.
1.15pm: Angka rasmi tangkapan setakat ini ialah 514 - 478 lelaki dan 36 wanita.
1.15pm: Masjid Negara - Masjid ini hampir kosong dan dipenuhi anggota polis. Ada yang mengadu tandas dikunci sehingga menyusahkan orang ramai.
1.14pm: Akaun twitter palsu @bersihrally dikesan. Ia diwujudkan pagi tadi jam 9.42.

NONETwitter yang mendakwa akan “menyiarkan laporan langsung perhimpunan BERSIH 2.0 dengan bantuan sukarelawan yang membuat liputan” itu menyebarkan berita palsu.

Antaranya berlaku kejadian menjarah di Pasar Seni, pertembungan dengan polis di KLCC dan juga tembakan dilepaskan di Bangsar.

Selepas dikesan oleh pengguna Twitter lain, @bersihrally akhirnya mengalah dengan mesej ini: "Took you guys long enough to figure it out. I've done my job. Thanks for playing."
1.00pm: Masjid Jamek - Jumlah penunjuk perasaan semakin ramai dengan tidak kurang 1,000 orang yang bersiap sedia untuk berarak.

NONESebelum itu, seorang pelajar dilaporkan terkena tembakan kanister gas. Beliau memohon gambarnya yang cedera tidak disiarkan kerana bimbang akan dikenakan tindakan oleh kerajaan kerana beliau seorang pelajar.

12.51pm: Hotel Hilton - Pemimpin PKR Nurul Izzah Anwar, Syed Husin Ali, Lateefah Koya tiba di bilik hotel Anwar Ibrahim. Wartawan tempatan dan luar negara sudah bersiap sedia untuk sidang akhbar yang dijadualkan itu.
12:50: Kira-kira 3,000 hingga 4,000 orang berarak dari Petaling Street menuju ke arah ke Stadium Negara.

Mereka melaungkan 'Bersih, Bersih, Pilihanraya' dan 'Hidup, Hidup, Rakyat'.

NONEEnam penunjuk perasaan pertengahan umur mula menyanyikan Lagu Negaraku, dan terus disambut oleh yang lain.

Salah seorang daripada mereka, Dr Wong Fort Pin, berkata, mereka meraikan keamanan.
12.45pm: Kampung Baru - Lagi 16 orang yang dipercayai penyokong BERSIH di kawasan sekitar ditangkap. Seorang daripada mereka membawa baju kuning BERSIH.

Sebelum itu, polis kelihatan mengejar dipercayai penyokong BERSIh yang duduk di sekitar masjid di Jalan Raja Abdullah menyebabkan mereka lari bertempiaran.
12.45pm: Beberapa perarakan daripada pelbagai lokasi mula bergerak dari arah yang berbeza, manakala pihak polis bertindak dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata.
Di Dataran Merdeka, polis melepaskan gas pemedih mata ke atas kumpulan penunjuk perasaan yang berarak ke arah kawasan tersebut.

NONEKumpulan ini dipercayai telah berarak dari bekas ibu pejabat KTM berdekatan. Kumpulan itu dianggarkan sekitar 1,000 orang.
12.45pm: Pusat Latihan Polis (Pulapol) - Menurut sumber PKR, timbalan presiden parti itu ditangkap dan kini di Pulapol, Jalan Semarak. Malaysiakini sedang cuba mengesahkan laporan itu.
12:42: Stesen lama KTM - Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam berkata mereka memandang berat terhadap tangkapan beramai-ramai sehingga ini.
"Polis kata, mereka akan ditahan di Pulapol (Pusat Latihan Polis)," kata sambil menambah bahawa pihaknya sedang memantau keadaan.
Nayagam, bagaimanapun, tidak mahu mengulas sama ada polis kasar dalam tindakan mereka terhadap suspek.
NONE12.34pm: Kira-kira 1,000 orang mula bergerak dari stesen lama KTM menuju Dataran Merdeka.

12.32pm: Masjid Jamek - Ahli Majlis MPSJ Michael Tamil dan Mohd Hafifudin, yang juga adalah pengerusi Persatuan Penjaja Bumiputera Masjid India, sedang memantau kawasan sekitar.

"Saya di sini untuk lihat betapa banyak yang penjaja rugi kerana orang ramai tidak berani datang sini,” kata Hafifudin yang kesal dengan tindakan polis hari ini.

"Jika penjaja kerugian kerana jalan ditutup siapa yang patut mereka tuntut kerugian itu. Mereka patut tuntut daripada kerajaan,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di Bazaar Jalan Melayu.

Hampir semua kedai dan gerai di kawasan sekitar ditutup hari ini.
NONE12.30pm: Menurut Facebook polis, seramai 441 orang, termasuk 20 wanita, ditahan sehingga jam 12 tengahari.
12.20pm: KL Sentral - Selain Anwar dan Dr Wan Azizah turut berada di sini adalah ketua pemuda DAP Anthony Loke dan setiausaha PKR Saifuddin Nasution di Hotel Hilton yang terletak di bangunan itu.

Mereka dijadual mengakan sidang akhbar sebentar lagi. Semua mereka adalah antara 91 individu yang dilarang memasuki Kuala Lumpur.
12.16pm: Masjid Jamek - Hampir tidak ada kedai yang dibuka, kebanyakan orang berlegar di jalan dan lorong belakang Little India, menunggu masa untuk berhimpun.

Polis terus memeriksa dan menangkap mereka yang disyaki akan berhimpun.

NONE"Mereka arah kami buka beg, macam mana bom didalamnya,” kata seorang wanita Melayu dari Klang yang berang apabila begnya diperiksa oleh empat anggota polis.

"Kenapa kami tak boleh duduk sini? Ini hak asasi kami,” kata seorang lagi wanita yang juga dari Klang.
12.15pm KL Sentral - Dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub ditahan ketika dalam perjalanan ke Hotel KL Hilton. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail sudahpun berada di sana.
12:10pm: Menurut Facebook polis, mereka menafikan dakwaan twitter BERSIH 2.0 bahawa berlaku pertembungan antara penunjuk perasaan dan polis di KLCC dan menafikan juga gas pemedih mata telah digunakan.

12:12 pm: IPK KL - Seramai 338 orang telah ditangkap - 321 lelaki dan 17 perempuan.

Mereka ditahan di sekitar Dataran DBKL, Istana Negara, Pasar Seni dan Masjid Jamek.

12:15pm: Bekas ibupejabat KTM - tandas dalam bangunan itu telah dikunci oleh pihak polis.
NONE12.05pm: Ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut agak lenggang dengan hanya kira-kira 50 orang di luar, termasuk ketua penerangan PAS Misbahul Munir.
Empat kereta peronda polis diletakkan kira-kira 50 meter dengan 15 pegawai polis. Sekumpulan anggota polis Cawangan Khas berlegar dengan orang ramai.
11:58am: Petaling Street - Kira-kira 50 orang berkumpul di dalam kelompok kecil di sepanjang jalan pasar, yang dipercayai penunjuk perasaan. Bagaimanapun, tidak ada yang berpakaian kuning.
11.55pm: Stesen lama KTM - Masih ramai yang berlegar di sekitar stesen keretapi ini. Mereka diminta meninggalkan kawasan itu melalui jejantas berhampiran Mahkamah Syariah.

NONEPuluhan telah ditahan di kawasan ini. Polis juga dikatakan bertindak kasar terhadap suspek. Ada yang dicekup di tengkuk. Lori polis kedua yang penuh dengan tahanan beredar ke balai polis.

Polis anti-rusuhan juga bersiap-sedia dan dipercayai akan bergerak masuk ke stesen KTM bagi menyuraikan rakyat yang cuba berhimpun itu.
11.50am: Timbalan presiden PKR Azmin Ali menulis di tweeter - "Saya sudah berjaya tiba di 'forbidden city of KL'."
Beliau antara 91 individu yang dilarang oleh perintah mahkamah daripada memasuki Kuala Lumpur hari ini.
11:47pm: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menghantar tweet berkata kumpulan Patriot akan berkumpul di Jalan Bukit Bintang pada jam 1 tengah hari. "Ketua Pemuda Umno Pahang Abu Jimi telah ditangkap polis di stesen bas Putra."
11:45am: Sogo - Seorang wanita dilihat merayu kepada pihak polis supaya membebaskan suaminya yang telah ditahan selepas pasangan itu membeli-belah di Haniffa Textile.

"Polis minta saya ambil teksi, tapi tak ada teksi di sini," kata wanita itu ketika trak polis yang membawa suami beredar dari situ.
11.44am: Jumlah terbesar orang ramai yang berhimpun adalah di kawasan sekitar Masjid Jamek dan Masjid Negara. Namun, pintu pagar Masjid Jamek dikunci manakala di Masjid Negara polis tidak membenarkan mereka memasuki kawasan masjid. Ramai yang berkumpul sekitar kawasan stesen lama KTM.
11.35am: Stesen lama KTM - Ketegangan berlaku di disini. Anggota polis cuba menyuraikan orang ramai di dalam bangunan.
11.34am: Masjid Jamek - Seorang pemuda yang mempunyai baju BERSIH 2.0 di bagnya ditangkap di hadapan restoran McDonald.

NONEDari jam 10.50 pagi hingga sekarang, jumlah yang ditangkap di kawasan ini adalah hampir 40 orang. Mereka dibawa dengan lori dan van polis. Polis juga mengarahkan lori baru kerana menjangkakan lebih ramai akan ditahan dan kenderaan itu digunakan sebagai tempat tahanan sementara.

Stesen LRT Masjid Jamek yang dikawal ketat itu masih beroperasi dan orang ramai masih dibenarkan menggunakannya.

Jumlah wartawan tempatan dan luar negara yang berada di sini berjumlah kira-kira 50 orang.
11.30am: Menurut Facebook PDRM, sehingga 11 pagi, 236 orang telah ditangkap 228 lelaki dan lapan wanita.

Mereka melaungkan 'Allahu Akbar'. Sekurang-kurangnya enam orang ditahan di kawasan tersebut pagi ini.
NONE11:25am: Menurut sumber, pemimpin Pakatan Rakyat telah bergerak ke pusat bandar.
11:12am: Sogo - Seorang daripada tiga lelaki yang ditahan di sekitar Masjid India berkata, polis memeriksa begnya dan menemui baju-T kuning.

"Bubuh gambar saya, biar besar sikit," katanya sambil senyum sebelum dibawa menaiki trak polis.

11:10am: KLCC - Tiada bukti bahawa gas pemedih mata telah digunakan ke atas penunjuk perasaan di sini. Pengunjung kelihatan mundar-mandir seperti biasa.
11.04am: Stesen LRT Hang Tuah LRT kini ditutup kerana "sebab-sebab keselamatan".
11am: Satu sumber Bukit Aman berkata lebih 100 orang telah ditangkap pagi ini setakat ini.
NONE
10.55am: Stadium Merdeka - Polis menutup stesen monorail Maharajalela dan stesen Hang Tuah yang terletak berhampiran Stadium Merdeka.
Perkhidmatan monorail masih diteruskan di stesen-stesen lain.
10.55am: Masjid Negara Kira-kira seratus anggota polis sedang mengawal pintu masuk ke Masjid Negara. Beberapa penyokong Pakatan Rakyat kelihatan sedang disoal.
10:45am: Kampung Baru - Sekumpulan lagi ditahan, termasuk seorang lelaki yang memiliki baju-T BERSIH. Beliau tidak ditempatkan bersama yang lain dan dibawa di tempat lain untuk disoalsiasat.
10:43am: Sogo - Tiga lagi lelaki, membawa beg galas, ditahan di sekitar kawasan tersebut.

Seorang daripadanya yang berbadan tegap dan berjanggut kelihatan memakai tag akhbar Bernama.
NONEKetika ditemui kemudiannya, wartawan Bernama itu berkata, dia dilepaskan apabila polis berpuashati dengan penjelasannya. Katanya disoalsiasat kerana membawa walkie-talkie. Bagaimanapun, dua orang lagi dibawa menaiki trak polis.
10:25am: Masjid Jamek - Terdapat lebih banyak tangkapan di sekitar stesen LRT Masjid Jamek. Trak polis yang diletakkan di sebelah masjid Masjid Jamek mempunyai sekurang-kurangnya 16 orang di dalamnya.
10:23am: Laporan PDRM - sehingga jam 9 pagi, 'Operasi Polis Perhimpunan 9 Julai 2011' membabitkan 21 tangkapan.
10:21am: KLCC - BERSIH tweet bahawa berlaku pertembungan polis dengan penyokong. "Kanister gas digunakan," katanya. Malaysiakini sedang cuba mengesahkannya.
NONE10.20am: Stesen LRT Masjid Jamek - Tangkapan penyokong BERSIH 2.0 berterusan. Turut ditahan adalah seorang lelaki selepas polis menggelidah bagnya tetapi tidak menjumpai barangan berkaitan BERSIH. Dia bagaimanapun mengakui sedang mengumpulkan derma semasa ceramah PAS sebelum ini.
10.06am: Stadium Merdeka - Polis memasang kawat duri pada di
kedua-dua arah masuk Jalan Stadium, dan menutupnya bukan sahaja kepada kenderaan tetapi juga pejalan kaki.
Kira-kira 20 wartawan juga sedang berkumpul di kawasan ini yang penuh dengan anggota polis.
10.06am: Di stesen lama KTM - seorang warga emas berusia 70 tahun yang memakai serban dan jaket Pakatan Rakyat ditahan bersama dua lagi selepas beliau berkeras untuk pergi ke Masjid Negara untuk bersolat. Ketiga mereka dibawa dengan jip polis.
10.05am: Masjid Negara - Jumlah orang ramai juga semakin bertambah di kawasan ini. Dianggarkan tidak kurang seribu telah berada di sekitar sini.
NONE9.55am: Masjid Jamek - Lebih ramai yang datang melalui stesen LRT. Polis belum memeriksa mereka tetapi hanya memerhatikan keadan. Kawasan ini adalah antara lokasi panas pada perhimpunan BERSIH pada 2007.
9.50am: Masjid Negara - Seorang lelaki tua yang cuba menghampiri masjid dengan niat untuk bersolat telah dihalau oleh pihak berkuasa. Jumlah penyokong BERSIH 2.0 di persekitaran stesen keretapi lama itu semakin bertambah ramai.

9.45am: Masjid Negara - Sekurang-kurang 1,000 penyokong BERSIH 2.0 berjaya berkumpul di kawasan sekitar ibu pejabat lama KTM dan sedang melaung-laungkan slogan.
9.41am: Istana Negara - Sebuah trak meriam air dan anggota polis pencegah rusuhan berkawal di kawasan ini. Kawasan ini di Jalan Mahameru kini ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melaluinya.
NONE9.40am: IPK Kuala Lumpur - Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan 21 orang telah ditangkap pihak polis.
Polis memberitahu semua tangkapan terdiri daripada 20 orang berbangsa Melayu dan seorang berbangsa Cina yang dipercayai penyokong BERSIH 2.0.
Mereka ditahan atas kesalahan mengganggu penjawat awam dan disiasat mengikut Akta Polis.
Secara tidak rasmi, seorang lagi pegawai berkata tidak kurang 100 orang yang telah ditangkap.
9.38am: Kampung Baru - Tambahan 18 lagi ditahan dipercayai penyokong BERSIH di sekitar kawasan ini. Jumlah itu tidak termasuk dengan tangkapan pertama pada kira-kira sejam sebelum ini di mana sembilan orang dicekup.
9.35am: Masjid Jamek - Tujuh orang ditahan. Alasan penahan mereka belum dapat dipastikan. Wartawan tidak dibenarakan berada berhampiran trak tempat mereka ditahan.

"Awak tak boleh berada di sini. Sila bercakap kepada pegawai saya jika awak mahu berada di sini,” kata anggota polis itu.
NONE9.30am: Maju Junction - Empat lelaki ditahan apabila polis menjumpai sehelai baju berwarna kuning di begnya.
9.15am: DBKL - Kira-kira 60 anggota polis dan sepuluh trak dilihat berada di persimpangan T di hadapadan bangunan DBKL.
9.05am: KL Sentral - Polis sedang memeriksa bag-bag kepunyaan penyokong PAS yang baru tiba dari Kelantan.
9.00am: Stadium Merdeka - Jalan ke stadium itu dari Jalan Maharajalela sudah dikepung dengan halangan kawat berduri. Wartawan yang ingin memasuki kawasan itu perlu berdaftar dengan polis.
8.50am: Dataran Merdeka - Police telah menutup kawasan Dataran Merdeka. Lebih enam trak FRU, termasuk trak meriam air diletakkan di lokasi ini.

NONESepanjang Jalan Tun Perak, berhampiran stesen Masjid Jamek, puluhan trak FRU dan sebuah trak meram air bgersiap sedia. Kawasan ini adalah lokasi yang lazimnya menjadi tempat berkumpul bagi penunjuk perasaan.

Dianggarkan tidak kurang 300 anggota FRU dan anggota polis lain berkawal di sini.

"Tiada sesiapun yang yang boleh masuk kawasan ini,” kata seorang polis apabila wartawan Malaysiakini cuba meninjau kawasan sekitar Dataran Merdeka.

8.45am: Ibu pejabat PAS - Belum kelihatan anggota polis berpakaian seragam mahupun kenderaan mereka. Namun sekumpulan yang tidak dikenali dilihat memasang kamera video bertentangan bangunan itu. Adalah dipercayai pemimpin utama PAS sedang berkumpul di sana.

8.40am: Jalan Tunku Abdul Rahman - Pasukan pemantau Majlis Peguam turun ke jalanan dengan berpakaian suit hitam dan tag 'Pemantau' di jaket mereka.

NONE"Kami akan pantau perhimpunan ini dan merakamkan gambar jika perlu. Terdapat kira-kira 100 pemantau Majlis Peguam. Ada yang membekalkan khidmat guaman,” kata HR Dipendra, yang mengetuai pasukan 15 pemerhati.
8.30am: Kampung Baru - Sembilan penyokong BERSIH 2.0 ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai.

8.25am:
Sogo - Pusat membeli belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman lebih mirip seperti pangkalan polis. Lebih 10 trak polis dan 100 anggota juga berada di kawasan ini. Terdapat sekatan jalan di kawasan ini. Setiap kenderaan juga diperiksa.

NONE8.10am: Hotel Tune - Persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tunku Abdul Rahman kini dikawal tidak kurang 100 anggota polis yang memeriksa semua kenderaan yang melalui kawasan ini. Pelancong dilaporkan sukar mendapatkan teksi.

8.00am: Jalan Bukit Bintang - Kawasan pelancongan di Bukit Bintang masih kosong. Tidak banyak kereta mahupun pejalan khaki. Tidak terdapat ramai anggota polis di kawasan ini. Lokasi ini akan dijadikan tempat berkumpul Pemuda Umno pada jam 1.30 petang nanti.

7.50am: Masjid Jamek - Kehadiran polis yang ramai. Jalan di hadapan masjid telah ditutup kepada orang ramai.
7.45am: Masjid Negara - Puluhan jeep FRU dan lori meriam air ditempatkan sekitar bulatan Jalan Keretapi bertentangan kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Tiada sekatan jalanraya di kawasan ini tetapi kelihatan ramai anggota polis.

petikan dari MALAYSIAKINI